13/05/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua IEP-IEP yang dikasihi 🌹😎🌹
Apa khabar semua? Semoga sihat sentiasa bersama keluarga tersayang. Harini sudah memasuki hari ke 15 Ramadhan dan masih berbaki 15 hari lagi untuk kita tambah amal ibadat di bulan mulia ini. 💪🏻
Bermula Isnin, 4/5/2020 office telah dibuka, dan staff-staff telah kembali bekerja. Bagi IEP yang ada kes-kes pending, kami galakkan agar *signing client dibuat di pejabat* dan menggunakan saksi dari as-Salihin. Hal ini bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak. Di as-Salihin kami mempunyai SOP yang ketat bagi memastikan proses _signing_ itu berjalan lancar dan bagi meminimakan risiko jangkitan atau sebaran Covid-19.
Sekiranya ada yang ingin membawa client signing di pejabat as-Salihin, IEP perlu menghubungi staff kami bagi membuat temu janji. Hal ini kerana, setakat hari ini, sudah banyak yang menempah ruangan dan saksi bagi tujuan _signing_ dokumen.
Jangan lupa ye! Mulai hari ini, komisyen akan dibayar secara mingguan sehingga 20 Mei 2020 (tarikh akhir untuk menghantar dokumen bagi komisyen mingguan). Ini adalah bagi membantu IEP membuat persiapan sempena menyambut *Aidilfitri* yang bakal tiba. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan komisyen sebelum Raya! 🥳😉
Selamat maju jaya semua!🔥🔥