FifiZulkifflee

FifiZulkifflee Consultant Consultant Planning

Soalan dari prospek: Kenapa takaful ni hanya layak untuk orang tak sakit? Kata nak bantu orang, sepatutnya bantu mereka ...
23/02/2025

Soalan dari prospek:

Kenapa takaful ni hanya layak untuk orang tak sakit? Kata nak bantu orang, sepatutnya bantu mereka yang dah ada sakit lah baru betul.

Jawapan mudah:

Sebab duit yang kita akan guna untuk claim adalah duit SUMBANGAN orang ramai yang mana risiko mereka telah di asses oleh pihak takaful, yang sihat caruman rendah, yang dah sakit ada yang decline and ada yang dinaikkan harga caruman sesuai dengan risiko mereka.

Details answer:

Akad dalam takaful adalah Akad Tabarru' (Derma) dan Akad Mudharabah (Perkongsian Risiko) yang mana kita bersetuju bahawa risiko diri kita akan ditanggung dan dikongsi bersama peserta takaful yang lain. Untuk berlaku adil pada semua agar tuntutan dari tabung tabarru' itu terkawal ialah hanya mereka yang sihat sahaja layak diberi tanggungan risiko sepenuhnya, manakala mereka yang dah ada sakit akan dinilai sakit mereka sama ada wajar untuk dinaikkan caruman atau tidak layak.

Analogi mudah:

Jika awak seorang majikan dan ada 2 orang yang nak apply kerja, sorang masih sihat dan sorang mempunyai penyakit yang mungkin boleh menjejaskan produktiviti kerja akan datang.

Awak akan hire pekerja yang mana untuk memudahkan perjalanan bisnes awak dan memudahkan team awak untuk bekerjasama?

Mesti awak hire yang sihat kan? Sebab kalau awak hire pekerja yang dah ada penyakit, awak tau mungkin dia akan kerap cuti sakit dan ni akan affect bisnes awak secara overall.

Harap membantu🙏🏻

Credit : Naim Afandi

MURAHNYAAA ‼️MEDIKAL KAD HANYA SERENDAH RM3.90  SEHARI  ‼️🔥BIAR BETUL MURAH SANGAT🔥Apa benefits yang akan dapat :🟢Medica...
18/02/2025

MURAHNYAAA ‼️

MEDIKAL KAD HANYA SERENDAH RM3.90 SEHARI ‼️
🔥BIAR BETUL MURAH SANGAT🔥

Apa benefits yang akan dapat :

🟢Medical card UNLIMITED
🟢Perlindungan Kemalangan 24Jam
🟢Perlidungan sakit kritikal ( 45 jenis penyakit )
🟢Chemotherapy & Dialisis FREE
🟢Dirawat di wad SELESA & VVIP
🟢Pampasan kematian HIBAH
🟢Education Benefit
🟢Rawatan di KLINIK untuk kemalangan kecil
🟢Alaun hospital kerajaan
🟢Suntikan imunisasi haji/umrah

Dapatkan FREE QUOTATION dan info lanjut sekarang.

http://www.wasap.my/60194346904/infoperlindungantakaful

http://www.wasap.my/60194346904/infoperlindungantakaful

18/02/2025

Perlindungan ekslusif wanita

KENA BUANG KERJA 😥kalau awk adalah bos, staff awak sakit yang perlukan cuti panjang 6 bulan  (mc), ape awak akan buat?a)...
17/06/2024

KENA BUANG KERJA 😥

kalau awk adalah bos, staff awak sakit yang perlukan cuti panjang 6 bulan (mc), ape awak akan buat?

a) still bayar gaji penuh dan berharap sembuh
b) bayar pampasan 3 bulan gaji then terminate, cari pengganti
c) buang terus

yang mana?

bisnes kita masih perlu dijalankan, bukan bererti kita tak menghargai staff tapi, kebutuhan syarikat, pekerja yang sihat utk menjalankan bisnes

so staff yang dibuang kerja, dari mana kita nak dapat income kalau sakit terbaring?
xde kerja takde income?

kos hospital tu baru bahagian 1

komitmen lain??

rumah still kena bayar walaupun ade amek MRTT
Kereta still kena bayar walaupun ada HIRE PURCHASE
bil utilities
ubat-ubat supplement
anak² sekolah

so faham tak kenapa ade agent2 sangat tekankan penyakit kritikal???

fifi takaful
https://fifie.wasap.my

Nurfitrah
Takaful Advisor
Prudential Wealth Planner

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

SALAH TANGGAPAN TERHADAP HOSPITAL KERAJAANpesakit yang datang ke hospital kerajaan selalunya beranggapan semuanya percum...
23/02/2024

SALAH TANGGAPAN TERHADAP HOSPITAL KERAJAAN

pesakit yang datang ke hospital kerajaan selalunya beranggapan semuanya percuma, settle dengan hanya bayar rm5 utk pendaftaran.

sebagai doktor, kami bukan sahaja merawat pesakit, tetapi kami juga ambil tahu mengenai social history pesakit.

cerita bermula apabila seorg pesakit was referred to icu team. Pada mulanya treat as GBS . Tetapi keputusan MRI menunjukkan saraf tunjang beliau ditekan dan sempit. Satu-satunya rawatan adalah pembedahan tulang belakang.

Selepas perjumpaan dengan ahli keluarga , qoutation diberi kepada keluarga dan jumlah kos untuk pembedahan ialah 18K. Ye.. RM18, 000.

Kenape kene bayar? bukan masuk hospital kerajaan hanya bayar rm5?

KHIDMAT DOKTOR sahaja PERCUMA. Kos PEMBEDAHAN dan ALATAN (implant), perlu dibayar oleh pesakit. Bukan semuanya percuma di hospital kerajaan.

Rancangla kewangan anda, samaada menabung daripada kecil, atau mengambil apa-apa plan kesihatan. Supaya jika anda sakit, anda tidak perlu risau tentang kos.



Nurfitrah zulkifflee
Prubsn Takaful advisor

Langau dan Syaitan.Ada kenalan Facebook aku baru kehilangan bapanya disebabkan kemalangan jalan raya. Semasa tengah kema...
18/02/2023

Langau dan Syaitan.

Ada kenalan Facebook aku baru kehilangan bapanya disebabkan kemalangan jalan raya. Semasa tengah kemas dokumen, dia terjumpa resit Prudential ni. Dia suruh aku datang jumpa dia dan ambil benda ni suruh cek dengan Prudential. Dia syak Ayah dia ada ambil plan dengan Prudential.

Aku baru cek dengan Prudential siang tadi apa benefit yang bapak dia ambil. Rupa rupanya bapak dia ada benefit Hibah Takaful sebanyak RM100,000. Aku tanya inforce atau tidak policy nya?

Rupanya dah SURRENDER pada 21 Oktober 2016.

Jadi aku tanya pada dia kenapa arwah surrender? Dia tak tahu. Dia tanya Mak nya. Mak nya bagitahu, Jiran yang hasut suruh berhenti katanya insurans ni penipu dan takkan dapat claim.

Rupanya kenalan Facebook ni di tahun akhir belajar di UiTM, adik ada 2 masih sekolah. Tingkatan 4 dan 5. Mak nya suri rumah sepenuh masa. Jadi aku terfikir, macam mana nak teruskan kelangsungan hidup?

Entah berapa p**a si Jiran tu bagi kat Keluarga kenalan aku ni, aku harap cecah la 5 angka. Disebabkan sorang yang telah beri salah info dan memperjudikan masa depan keluarga ni, aku harap kau rasa bersalah sampai mati nanti.

Bila sakit jumpa Doktor.
Bila kereta rosak jumpa Mekanik.
Bila nak belajar agama, jumpa Ustaz.
Bila nak tanya pasal Takaful, jumpa Ejen. Jangan jumpa langau atau Syaitan.

**credit to penulis asal😘

Address

Kuala Lumpur
51200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FifiZulkifflee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FifiZulkifflee:

Share