Surau-Buku Ilmu

Surau-Buku Ilmu “Semakin lama, hitungan harimu memang semakin banyak. Tapi pada hakikatnya, setiap hari berkurang terus dan semakin mendekati batas akhir, kematian.”

28/06/2026

Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, s**ar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.

2. Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan الخصم p**a bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.

3. Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).

Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.
(Al-Baqarah ayat 204)

4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.

5. Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.

6. Seor

16/06/2026

Hijrah Menjadi Muslim Sejahtera

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Dan seorang Muhajir (penghijrah) yang sebenar ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain melalui penjagaan lidahnya dengan bercakap benar, menjauhi umpatan, fitnah, menyebarkan berita palsu, adu domba juga mengelakkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

2. Menurut Ibn Hajar, lidah disebut terlebih dahulu kerana kebanyakan dosa yang merosakkan hubungan sesama manusia bermula daripada percakapan. Pada zaman moden, termasuk dalam makna "lidah" ialah tulisan di media sosial, komen di internet, mesej dan hantaran digital.

3. Muslim yang sempurna juga merupakan seorang yang sejahtera kepada orang lain melalui tangan atau perbuatannya seperti mengambil hak orang lain, menipu, menzalimi, merosakkan harta orang, menyalahguna kuasa, penindasan hak, mencuri dan sebagainya.

4. Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

5. Muhajir atau seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan dosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala, daripada kelalaian kepada ketaatan.

6. Hijrah dengan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, meninggalkan sifat mazmumah seperti hasad, takabur, riak adalah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

7. Dalam era media sosial, ramai orang tidak memukul dengan tangan, tetapi menyakiti manusia melalui hantaran di media sosial, komen yang menghina, penyebaran berita palsu juga fitnah dan tohmahan. Oleh itu, seorang Muslim perlu bertanya kepada dirinya: “Adakah orang lain merasa selamat daripada lidah, tulisan dan tindakanku?”

8. Hadis ini mengajar kita bahawa seorang Muslim yang sebenar ialah yang menjaga akhlak terhadap sesama manusia dan berusaha menjauhi segala bentuk dosa. Ia menekankan pentingnya menjadi insan yang membawa keamanan dan kebaikan dalam masyarakat serta berhijrah sikap dan amal dengan meninggalkan larangan Allah.

9. Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari maksiat kepada ketaatan, dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah.

*Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.*

30hb Zulhijjah1447H
16hb Jun 2026

13/06/2026

Rahmah Terhadap Orang Jahil

عن أنس بن مالك بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

Daripada Anas B. Malik RA. Beliau berkata: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing didalam masjid. Para sahabat Rasulullah SAW ingin mengertaknya, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah SAW memanggil dan menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan membuat kotor, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran.” Atau sebagaimana sabda Nabi SAW yang sesuai. Setelah itu, Nabi SAW memerintahkan seorang sahabat untuk mengambil satu baldi air dan menyiram keatas kencingnya.”
(HR Muslim, 2/133, no. 429). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

2. Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, membaca al-Quran, dan majlis ilmu.

3. Rasulullah SAW menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan dalam menangani orang yang jahil iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan mengotorkan masjid, tetapi Rasulullah SAW tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan.

4. Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.

5. Islam mengajar kaedah menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudarat yang lebih besar. Mungkin ia akan terkejut lalu lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya p**a.

6. Kebijaksanaan Rasulullah SAW, dengan tidak diperlakukan orang jahil itu dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Rasulullah berjaya menasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah kepada Badwi tersebut.

7. Kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga.

8. Kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.

Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita menghadapi pelbagai jenis dan karenah manusia. Ada yang melakukan tindakan seperti orang jahil. Berlaku hikmahlah dalam menghadapi mereka.

28hb Zulhijjah1447H
14hb Jun 2026

10/06/2026

Miliki Sifat Zuhud

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ الَى النَّبِيِّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَمَ فَقَالَ: يَا رَسولَ الله دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ اَحَبَنِيَ اللهُ وَ اَحَبَنِيَ النَّاسُ فَقَالَ: ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ وَ ازْهَدْ فِي مَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ حَدِيثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَ غَيْرُهُ بِأَسَانِيدَ حَسَنَةٍ

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu amalan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Bersikap zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan bersikap zuhudlah engkau terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka akan mencintaimu.”
(HR Ibn Majah no. 4102) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Suatu sifat penting yang wajib ada pada diri setiap mukmin ialah sifat zuhud.

2. Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. Bukan bererti membenci sehingga s**a agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

4. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn ‘Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

5. Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal, zuhud ialah: Tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama hati, walaupun dunia berada di tangan.

6. Hadis ini menghimpunkan satu formula kehidupan yang sangat ringkas tetapi mendalam. Rasulullah mengajar bahawa sesiapa yang ingin memperoleh cinta Allah hendaklah bersikap zuhud terhadap dunia, dan sesiapa yang ingin memperoleh cinta manusia hendaklah tidak tamak terhadap apa yang dimiliki oleh mereka.

7. Zuhud yang sebenar bukan meninggalkan dunia, tetapi menjadikan dunia berada di tangan dan bukan di dalam hati. Apabila hati dipenuhi kecintaan kepada Allah dan keyakinan kepada rezeki-Nya, seseorang akan memperoleh ketenangan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah serta manusia.


23hb Zulhijjah1447H
09hb Jun 2026

07/06/2026

Doa Iftitah Pembuka Pintu Langit

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا؟ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: عَجِبْتُ لَهَا، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ: فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَٰلِكَ

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: "Ketika kami solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki daripada kalangan Jemaah mengucapkan: 'Allahuakbar kabira walhamdu lillahi katsira wasubhanalla hibukratawwa ashiila' (Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik pada waktu pagi mahupun petang). Selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, 'Siapakah yang mengucapkan kalimat tadi?' Seorang sahabat menjawab, 'Saya, wahai Rasulullah.' Baginda lalu bersabda: 'Sungguh aku sangat kagum dengan kalimat zikir tadi sebab pintu-pintu langit dibuka kerana kalimat itu' Kata Ibnu Umar: 'Sejak aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan demikian, aku tidak pernah meninggalkan bacaan itu.' (HR Muslim No 601) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa iftitah adalah pembuka dalam solat yang mengandungi pujian dan tasbih kepada Allah. Ia adalah ungkapan keagungan dan ketundukan kepada-Nya sebelum kita memasuki bacaan surah dalam solat. Rasulullah SAW sendiri mengagumi lafaz zikir doa ini kerana ia menyebabkan pintu langit terbuka.

2. Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani, kenyataan tentang “terbukanya pintu-pintu langit” menunjukkan Zikir itu diterima serta-merta di sisi Allah.

3. Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kump**an lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat, selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah Al-Fatihah.

4. Jadilah seperti Abdullah bin Umar yang berazam tidak akan meninggalkan doa iftitah tersebut ketika solat dan semoga ia menjadi pembuka pintu Rahmat Allah buat kita.

5. Amalkan bacaan doa iftitah setiap kali kita solat dan sebelum membaca surah al fatihah. Terdapat beberapa lafaz zikir antaranya dengan bacaan ini yang mengandungi kalimah Takbir membesarkan Allah, Tahmid memuji Allah dan Tasbih mensucikan Allah.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

6. Zikir seperti ini menghidupkan hati, menguatkan hubungan dengan Allah dan menanam rasa kebesaran Allah dalam jiwa.

22hb Zulhijjah1447H
08hb Jun 2026

03/06/2026

Sifat Santun dan Berhati-hati

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allah, iaitu, lemah lembut dan sifat berhati-hati (tenang – tidak tergesa-gesa)."
(Sunan Tirmizi No: 1934) Status: Hadis hasan Sahih

Pengajaran:

1. Allah mencintai orang yang memiliki sifat:

*a) Lemah lembut (santun)*
*b) Berhati-hati (tidak tergesa-gesa)*

2. Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina).

3. *Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah.* Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya, mampu mengawal marah dan tidak bertindak kasar.

4. Seorang yang memiliki sifat al-Hilm adalah orang yang berlapang dada dan hatinya sentiasa terbuka. Ia sangat mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, malah ia akan cepat merasa dan mengakui kesilapan jika tersilap.

5. Al-Anah - Sifat Berhati-hati (tenang)* adalah sifat yang tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu dengan tidak terus membuat tindakan atau menghukum tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

6. Hadis ini menonjolkan dua akhlak besar yang sangat dicintai Allah SWT iaitu sifat lemah lembut dan tenang dalam tindakan. Rasulullah ﷺ mendidik umat Islam supaya tidak bersikap kasar, terburu-buru atau emosional dalam menghadapi kehidupan.

7. Seorang Mukmin yang memiliki kesabaran, kebijaksanaan dan ketenangan akan lebih mudah membawa kebaikan kepada dirinya dan masyarakat. Akhlak seperti inilah yang menjadi ciri insan yang dekat dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Marilah kita miliki sifat al-hilm iaitu mampu menguasai diri dengan tidak terburu-buru bertindak balas. Berusaha memiliki sifat tenang iaitu sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang perkara dengan tidak bertindak dengan tergesa-gesa.

29/05/2026

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak s**a kekejian dan perbutan keji, janganlah bersifat bakhil, kerana sifat itu yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan perkara yang haram, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim (kekeluargaan) mereka."
(HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.

2. Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, menindas orang lain, mengambil hak orang lain, tidak berlaku adil, menyakiti, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah.

3. Allah tidak s**a kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk. Seorang Muslim perlu menjaga lidah dengan mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar, mencaci, menghina dan memalukan orang lain.

4. Muslim juga dilarang bersifat bakhil dan tamak. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.

5. Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim.

6. Sifat bakhil berpunca dari sifat tamak dan cinta dunia. Sifat ini boleh menghancurkan individu, keluarga dan Masyarakat.

7. Keruntuhan umat bukan hanya kerana kelemahan fizikal atau ekonomi, tetapi kerana rosaknya hati dan akhlak.

8. Hadis ini menghimpunkan tiga amaran besar dalam kehidupan manusia iaitu sifat zalim, keji dan bakhil. Ketiga-tiganya menjadi sebab kehancuran individu dan masyarakat. Rasulullah SAW mendidik umat Islam supaya membina kehidupan atas asas keadilan, akhlak mulia, kasih sayang dan pengendalian nafsu dengan baik.

Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.

12hb Zulhijjah1447H
29hb Mei 2026

28/05/2026

Berbuat Ihsan Kepada Makhluk

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Daripada Syadad bin Aus, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang paling baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa semasa menyembelihnya."
(HR Muslim No: 1955) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) kepada setiap makhluk di muka bumi ini termasuk haiwan.

2. Seorang Muslim dituntut melakukan semua perkara dengan cara yang terbaik serta penuh adab dan tanggungjawab

3. Islam melarang perbuatan kasar serta kejam walaupun terhadap haiwan apatah lagi terhadap diri juga orang lain.

4. Termasuk ihsan ialah berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya diluar kemampuan binatang tersebut serta tidak menyiksa ketika menyembelihnya (antaranya dengan memastikan menyembelih menggunakan senjata tajam serta dengan sekali sembelihan). Penyembelihan dilaksanakan penuh rahmah, adab dan ihsan.

5. Marilah kita berbuat ihsan dengan melakukan sesuatu urusan dengan menyempurnakan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batok ditangga atau menzaliminya.

6. Hadis ini merupakan panduan agung tentang konsep ihsan dalam Islam. Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya melakukan setiap perkara dengan penuh rahmat, adab dan kesempurnaan, termasuk ketika menyembelih haiwan. Ia menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang menegakkan nilai kasih sayang dan menolak kekejaman terhadap semua makhluk. Seorang Muslim sejati ialah mereka yang mempraktikkan ihsan dalam seluruh aspek kehidupannya.

11hb Zulhijjah1447H
28hb Mei 2026

26/05/2026

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

_*Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (sunat hari raya Aidil Adha), maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (sunat hari raya), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin."*_ (HR Bukhari No: 5120) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Penyembelihan korban adalah amal yang lebih dis**ai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2. Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3. Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa.

4. Hadis ini menjelaskan bahawa ibadah korban mempunyai waktu tertentu yang mesti dipatuhi. Penyembelihan sebelum solat Aidiladha tidak dikira sebagai korban, manakala yang dilakukan selepas solat menepati sunnah Rasulullah SAW. Ia mengajar umat Islam bahawa setiap ibadah mesti dilaksanakan dengan ilmu, disiplin dan kepatuhan kepada syariat agar diterima oleh Allah SWT.

5. Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

6. Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna, mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

Bismillahirrahmanirrahiim                                                                                Sekadar ingat-m...
18/05/2026

Bismillahirrahmanirrahiim

Sekadar ingat-mengingati, batas waktu bagi kita untuk bercukur dan memotong kuku, jika kita akan melakukan Qurban, adalah :

Ahad 17 Mei 2026, adalah hari terakhir untuk bercukur dan memotong kuku jika kita berniat hendak berqurban.

1 Zulhijjah = Isnin 18 Mei 2026
2 Zulhijjah = Selasa 19 Mei 2026
3 Zulhijjah = Rabu 20 Mei 2026
4 Zulhijjah = Khamis 21 Mei 2026
5 Zulhijjah = Juma'at 22 Mei 2026
6 Zulhijjah = Sabtu 23 Mei 2026
7 Zulhijjah = Ahad 24 Mei 2026
8 Zulhijjah = Isnin 25 Mei 2026
9 Zulhijjah = Selasa 26 Mei 2026

DIHARAMKAN BAGI KITA BERPUASA :
10 Zulhijjah = 27 Mei 2026
11 Zulhijjah = 28 Mei 2026
12 Zulhijjah = 29 Mei 2026
13 Zulhijjah = 30 Mei 2026

Catatan :
Pada 18 Mei - 26 Mei 2026, kita disunnahkan untuk berpuasa dan memperbanyak amal soleh
kerana pahalanya akan dilipatgandakan.

Puasa Arafah 9 Zulhijjah = 26 Mei 2026
'Idul Adha 10 Zulhijjah = 27 Mei 2026

Pada 28, 29, dan 30 Mei 2026 / 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1447 H adalah hari TASYRIK = HARAM BAGI KITA BERPUASA

Sila sebarkan informasi ini, kerana bagi mereka yang kita beri tahu, kemudian mereka mengamalkan amal soleh itu, maka kita akan ikut mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakan amal soleh itu.

'Semoga bermanfaat'

Address

Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau-Buku Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share