12/06/2015
πΈ[ Pengurusan Kewangan ] πΈ
Katakan jumlah pendapatan bulanan anda ialah RM5000. Maka, duit ni perlu disimpan ke dalam 6 tabung. Iaitu:
1. Necessity / Keperluan (55%)
πΈπΈπΈπΈ
- duit untuk perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, kereta, bil letrik, barang dapur, petrol, yuran sekolah anak dan sebagainya... termasuklah duit untuk bagi pada ibubapa kita.
- 55% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 55% = RM2750 sebulan.
2. Long Term Saving for Spending (10%)πΈπΈπΈ
- duit untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, seperti perbelanjaan untuk umrah / haji, melancong luar negara dan sebagainya.
- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
3. Education (10%)πΈπΈπΈ
- duit untuk pendidikan diri anda sendiri (bukan untuk pendidikan anak2). Contoh: untuk beli tiket NDT, Bengkel Nutrisi, kelas mengaji, kelas marketing dan sebagainya.
- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
4. Fun (10%)πΈπΈπΈπΈ
- duit ni digunakan untuk hiburan contohnya, bercuti di tempat peranginan, spa treatment, menonton movie di pawagam, makan2 bersama keluarga dan sebagainya.
- duit ni perlu dihabiskan setiap bulan. Maknanya, setiap bulan kita perlu spend sedikit masa dan duit untuk berehat, berhibur dan bersama keluarga.
- kita akan lebih produktif sekiranya kita mempunyai masa rehat yang cukup setiap bulan.
- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
5. Financial Freedom Account (10%)πΈπΈπΈπΈπΈ
- duit ni untuk disimpan ke dalam bank sebagai pasif income. Apabila nilainya sudah cukup, ia boleh digunakan untuk beli property atau saham.
- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
6. Charity (5%)πΈπΈπΈπΈπΈπΈ
- duit untuk diberikan kepada orang lain, contohnya bersedekah untuk anak2 yatim, badan2 kebajikan dan sebagainya.
- 5% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.
- contoh: RM5000 x 5% = RM250 sebulan.
Allah s**a pada orang yang rajin bersedekah dan Dia akan menambahkan lagi nikmat rezki kepada orang yang bersedekah. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan lebihan, contoh: elaun overtime, simpan duit ni ke dalam tabung ke. 5, iaitu Financial Freedom Account (FFA). Jangan sesekali guna untuk Fun. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.
Apabila FFA anda sudah cukup matang, nilainya akan bertambah dengan sendiri. Ini lah yang dikatakan pasif income, money works for you. Anda boleh gunakan sebahagian pasif income anda untuk berhibur atau untuk menikmati kehidupan yang lebih mewah.πΈπΈπΈπΈπ
Dr Azizan Osman