08/02/2021
Dear Friends,
Kindly support aunty Zurina by liking this table runner. Appreciate your support...
Table runner yg lebar 24inchi dan panjang 84 inci.Table runner ini di lukis mengguna fabrik paint dan pen atas kain canvas. Border dari kain batik dan kain cotton hitam. Lukisan ini mempunyai cerita dan juga satu mesej. Dikatakan ikan koi ini selalu hidup dengan penuh keberanian , kesabaran dan penuh keyakinan untuk mencapai kehidupan yang benar , mulia dan dalam cahaya kemurnian selalu, dan mereka sanggup dan selalu berenang melawan arus dan mendaki dari kejatuhan , dan koi yang dapat keatas di kurniakan hadiah dan penhargaan diri menjadi Naga. Ini mesej untuk semua jangan putus asa dan sentiasa berusaha mencapai yg terbaik dan mulia.
Nama saya Zurina binti Kadir asal dari Pulau Pinang. Saya adalah anak yg bongsu kepada sekeluarga yg bilangan nya 15 orang. Allayarharma ibu saya ada lah seorang yg berbakat dalam bidang seni dan jahitan.Dan semasa kami adik beradik masih kecil hingga dewasa ibu selalu menjahit ,mengait semua pakaian kami. Walau pun semasa persekolahan saya dari aliran sains saya amat minati ilmu seni lukisan , dan mengajar diri saya melukis dan menjahit. Saya pernah meyertai kusus dan seminar seni lukis atas porcelain di Australia .Melukis atas batu , kayu dan alat perkakas rumah adalah minat saya.Hingga lah hari ini melangka masuk era 70aan saya tidak pernah jemu dengan melukis dan menjahit, apatah lagi dengan sokongan dan kemesraan guru guru ,kawan kawan dari Sewing World dunia saya sentiasa dipenuhi kebahagian dan kepuasan.