23/07/2025
HARGA TELUR, PERMINTAAN DAN PENAWARAN.
Sekarang ni kerajaan umum subsidi telur ayam bakal ditamatkan sepenuhnya 1 Ogos nanti, tapi Mat Sabu kata bekalan masih stabil, harga pun bawah RM10 untuk sebiji papan telur gred D.
Nampaknya buat masa ni, tak ada panic buying lagi. Bekalan masih steady sebab pengeluar masih boleh salur ke pasaran macam biasa.
Ramai pengguna pun dah mula cari telur gred lebih murah, jadi demand tu tak melonjak terlalu tinggi dalam masa singkat.
Tapi kita kena ingat, sebelum ni subsidi banyak bantu pengeluar cover kos makanan ayam macam jagung dan soya yang semua ni kita import dari luar.
Bila subsidi dah hilang, pengeluar terpaksa adjust. Sama ada kena naikkan harga sikit, kecilkan operasi, atau cari makanan alternatif yang lebih murah.
Malaysia hasilkan lebih kurang 9.4 bilion biji telur setahun, sedangkan rakyat kita makan dalam 7.5 bilion biji je.
Tapi lebihan tu bukan semua boleh tampung krisis sebab ada juga yang masuk sektor industri dan eksport.
Harga telur lepas ni banyak bergantung pada dua benda: kos pengeluaran dan demand pengguna.
Kalau harga makanan ayam naik lagi macam jagung yang dah cecah USD 5.30/bushel Julai ni (naik 12% dari suku pertama 2024) pengeluar confirm rasa terbeban.
Bila kos naik, harga pun boleh naik. Kalau kerajaan tak campur tangan, risiko harga naik RM0.02โRM0.05 sebiji tu realistik. Bayangkan sepapan gred D jadi RM11 atau lebih hujung tahun nanti.
Lagi satu, bila semua orang tumpu beli telur murah gred D atau C, demand akan padat kat situ. Bila supply tak cukup, harga pun automatik naik.
Kedai mula kekurangan stok, orang merungut, dan akhirnya peniaga naikkan harga untuk kawal permintaan.
Jadi walaupun sekarang nampak ok, tapi kalau input kos masih tinggi dan pengeluar tak dapat bantu, kita mungkin akan rasa kesan sepenuhnya hujung tahun ni terutama rakyat B40 yang memang bergantung pada makanan murah macam telur.
Sumber: page Nazri Hamdan