05/04/2022
Ilmu Saham: Largest shareholder vs Majority shareholder
Tular hari ini tentang pembelian saham syarikat twitter oleh orang terkaya dunia, Encik Elon Musk. Beliau memiliki hampi 10% saham syarikat twitter menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar (largest shareholder) di dalam twitter.
Admin bukan nak membicarakan tentang Encik Elon Musk atau syarikat twitter. Hari ini admin mahu anda semua faham perbezaan antara pemegang saham terbesar (largest shareholder) dengan pemegang saham majoriti (majoriti shareholder)
largest shareholder - pemegang saham terbesar. Macam dalam kes twitter, Encik Elon Musk merupakan pemegang saham terbesar syarikat tersebut dengan pegangan 9.2%. Namun demikian masih terdapat pemegang saham lain seperti Vanguard (Institusi), Jack Dorsey (Founder) dan pemegang saham institusi serta runcit (retailer)
Majority shareholder - pemegang saham majoriti. Merupakan pemegang saham melebihi 50% di dalam sesuatu syarikat. Nama lain adalah controlling shareholder. Berbanding dengan largest shareholder, majority shareholder mempunyai kuasa penuh ke atas syarikat.
Jika dilihat daripada definisi di atas, maka dapat kita simpulkan Encik Elon Musk tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perubahan ke atas perjalanan syarikat twitter tanpa mendapat restu pemegang saham yang lain.
Dapat sesuatu? Kongsikan dan like tulisan ini