19/04/2026
Kaedah risk & reward serta kekurangannya.
Biasanya trader yg guna kaedah risk & reward ini ada dua cara.
1) By pips.
2) By percentage.
By pips. Trader akan tetapkan SL berapa yg sesuai berdasarkan analisis. Diberi contoh, trader buka entri & kalau position itu hit SL, trader dah siap kira mungkin loss -100pips.
Tapi reward p**a, trader mungkin tetapkan 2x ganda, 3x ganda, 5x ganda atau 10x ganda.
Contoh diberi, balance 10,000$. Trader entri Sell. SL ditetapkan -100pips. Tapi TP 300pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance iaitu 100$, maka lot yg akan dibuka 0.10 lot.
Sepanjang bulan itu, buka apa² posisi,
Saiz entri tetap 0.10 lot.
SL tetap 100pips.
TP tetap 300pips.
Faham dah?
Kekurangan di sini, trader abaikan zon² sensitif. Kadang² saya tengok dekat price akan bounce tu lah SL -100pips trader tu berada, kemudian baru pergi semula ke paras TP.
------------------------
By percentage. Trader masih tetapkan SL berapa² yg sesuai berdasarkan analisis. Tapi SL nya tak tetap. Kadang² boleh jadi 200pips, 100pips, 50pips. Ia bergantung pada situasi.
A) Contoh diberi, balance 10,000$. Trader entri Buy. Tapi analisis kali ni tetapkan SL 80pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance, maka lot yg akan dibuka kali ni 0.13 lot.
"Eh macam mana cikgu kamu kira ni?"
0.13 lot x SL -80pips = -104$. Kan 104$ ni bersamaan SL 1% dari 10,000$. Ngam kan?
B) Contoh lain diberi, balance 10,000$. Trader entri Buy juga. Tapi analisis kali ni tetapkan SL 200pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance, maka lot yg akan dibuka 0.05 lot.
"Eh macam mana cikgu kamu kira ni?"
0.05 lot x SL -200pips = -100$. Kan 100$ ni bersamaan SL 1% dari 10,000$. Ngam kan?
Saiz SL berbeza,
Lot jadi berbeza,
Risiko 1% tetap sama.
Cumanya, kekurangan / bahaya kaedah² ini kalau berlaku gap. Biasanya kalau hold hingga esok. Contoh SL -100pips, TP 300pips. Tapi disebabkan gap esoknya, SL tu tak ditutup -100pips, tapi ditutup paras -500pips.
Kalau SL -100pips = -1%.
Kalau loss -500pips = tak ke -5%?
Loss -5% sehari di akaun firm ni adalah kesalahan jenayah yg tak boleh diampunkan.
Kesannya muka trader masing² akan jadi macam keledek lah tengok akaun funded mereka burn gara² kena gap macam tu.
Faham tak? Kalau kurang faham,
Daftar sini private coaching.
t.me/tradergold3005
Latihan disediakan.