SyMO OTAi

SyMO OTAi Perintis usahawan burger tempatan. Kaedah ini adalah merupakan satu pendekatan murni berkonsepkan amalan berjemaah yang ingin diterapkan dalam perniagaan OTAi.

Selaras dengan hasrat untuk menjadikan perniagaan OTAi lebih dinamik dan berdaya maju serta mampu bersaing, pihak Pengurusan OTAi telah bersetuju mewujudkan dan menggunapakai kaedah persepakatan simbiotik (symbiotic alliance). Sejajar dengan keputusan tersebut Pejabat Pengurusan SYMO telah diwujudkan dan mula beroperasi pada 1 Februari 2012. "OTAi" yang bermaksud sebuah organisasi tempat ambil ilm

u, telah ditubuhkan dengan tujuan tunggal bagi mengubah operasi burger tradisional ke dalam perniagaan yang profesional. Sebagai perintis dalam perniagaan burger tempatan, syarikat telah mencipta resipi sendiri yang unik untuk menghasilkan burger yang terbaik. Nama OTAi juga dikenali di kalangan rakan-rakan dalam industri makanan sebagai produk yang berkualiti dan berpiawaian tinggi. OTAi turut memperkenalkan model perniagaan francais dengan menyediakan perniagaan yang mempunyai pendekatan yang lebih sistematik untuk meningkatkan tahap daya saing dan keberkesanan di kalangan francaisi. OTAi juga mempunyai pusat sehenti yang memenuhi semua keperluan perniagaan di bawah satu bumbung. Ini dilakukan dengan menyediakan Program Pembangunan Usahawan OTAi yang komprehensif, membekalkan peralatan memasak dan bahan-bahan mentah, mengurus hal berkaitan pinjaman perniagaan serta permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan. Dengan pengurusan perniagaan yang komprehensif itu, maka tidak menghairankan bagi mereka untuk menghasilkan beribu-ribu burger setiap minggu di 200 lokasi di seluruh Lembah Klang dan Selangor. Syarikat OTAi menyediakan pelbagai kemudahan untuk bakal usahawan. Antara khidmat yang disediakan :

i.Pusat latihan usahawan OTAi (program pembangunan usahawan OTAi)
ii.Membuat dan membekal kiosk serta peralatan memasak burger
iii.Membekal dan mengedar barangan burger dan sejuk beku
iv.Mengurus lokasi serta lessen niaga
v.Mengurus modal perniagaan (MARA, TEKUN, PNS, PUNB dan SME BANK)
vi.Kawalan mutu serta servis berterusan
vii.Khidmat sokongan selama 2 tahun

Kelebihan :

i.Modal francais yang terendah di antara francaisor-francaisor yang lain
ii.Jenama unggul di pasaran dengan mempunyai 200 kiosk di sekitar Lembah Klang dan Selangor
iii.Menentukan sokongan pelanggan yang berterusan
iv.Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan
v.Resepi tersendiri dengan jenama OTAi
vi.Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi ekonomi global

pencarian usahawan siswazah...
08/08/2012

pencarian usahawan siswazah...

Special for Ramadhan...
08/08/2012

Special for Ramadhan...

Special for Ramadhan....
08/08/2012

Special for Ramadhan....

jawatan kosong
08/08/2012

jawatan kosong

Address

No 1-2, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama
Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SyMO OTAi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SyMO OTAi:

Share