26/12/2024
Semalam, client share yang duit hibah takaful sebanyak RM200 ribu dah masuk akaun penama. Penama ini seorang balu, suri rumah kini menjaga anak seorang diri.
Di sinilah kita nampak beza antara hibah takaful dan duit sedekah ketika ziarah. Bila jiran atau saudara-mara datang ziarah, biasanya mereka hulur RM20, RM50, paling banyak mungkin RM200. Itu pun sekali beri, lepas tu kita kena terus usaha sendiri.
Tapi bila ada hibah takaful, wakil takaful datang dan serahkan RM200 ribu, RM500 ribu, malah ada yang sejuta. Duit itu bukan sekadar angka, tapi ia jadi penyelamat untuk balu dan anak-anak yang ditinggalkan.
Hibah takaful bukan ganti kasih sayang orang yang telah pergi, tapi ia memastikan keluarga tak terbeban. Hidup perlu diteruskan, bil masih perlu dibayar, anak-anak masih perlu ke sekolah, makanan tetap perlu dihidang di meja. Dengan hibah takaful, yang tinggal dapat teruskan hidup dengan lebih tenang tanpa perlu bergantung pada belas ihsan orang lain.
Inilah indahnya hibah takaful. Satu tindakan kecil semasa kita masih ada, impaknya besar untuk mereka yang kita sayang bila kita tiada.
๐cerita indah indah je ok harini