Dr Adam Zubir

Directions Website Contact the business

Dr Adam Zubir 💰 Doktor Kewangan
💡 Founder | 41,958 students
👇🏼 Trade Saham - Cara Buat Extra Income untuk Orang Busy

02/11/2026

Ramai reques saya ulas Belanjawan 2027.

Cuma saya nak ulas bukan sekadar tentang bantuan kerajaan.

Apa peluang dan cabaran untuk SME dan business owners tahun depan?

Kalau anda owner bisnes, ini antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Share video ni dengan kawan-kawan bisnes anda!

TUAN ZAYED REAL OG!Bila Tuan Zayed sendiri dilabel “sifu kepada sebahagian sifu”, anda kena pay 100% attention!Dalam gam...
29/10/2026

TUAN ZAYED REAL OG!

Bila Tuan Zayed sendiri dilabel “sifu kepada sebahagian sifu”, anda kena pay 100% attention!

Dalam game saham, ilmu dan strategi sangat penting sebelum mula melabur.

Tapi lebih penting, siapa yang turunkan ilmu dan strategi itu sendiri.

Of course The Real OG, Tuan Zayed! (real life practitioner).

Join LIVE 2 jam Sabtu ini!

Tak kisah anda newbie atau pro dalam saham US, masih banyak ilmu mahal boleh dipelajari!

Daftar sekarang: https://absorich.com/saham-global-fbp/

ISU TUNGGAKAN GAJI BOLA SEPAK: MALAYSIA CATAT KES SEKATAN FIFA TERTINGGI DI ASEAN! 🇲🇾Bukan satu atau dua kelab, tetapi 1...
28/10/2026

ISU TUNGGAKAN GAJI BOLA SEPAK: MALAYSIA CATAT KES SEKATAN FIFA TERTINGGI DI ASEAN! 🇲🇾

Bukan satu atau dua kelab, tetapi 11 kelab bola sepak Malaysia terlibat dengan 33 kes sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA.

Lebih mengejutkan, angka ini meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Indonesia mencatatkan 21 kes, manakala Thailand hanya 9 kes.

Antara kelab yang paling banyak terlibat ialah Kelantan Red Warrior FC dengan 9 kes, diikuti Kedah Darul Aman FC dengan 6 kes.

Kes-kes ini melibatkan pertikaian kewangan termasuk tunggakan gaji, bayaran kepada pemain dan tuntutan lain.

Apabila komitmen kewangan gagal diselesaikan, kesannya bukan sekadar kepada pihak pengurusan.

Kelab boleh dikenakan sekatan daripada mendaftarkan pemain baharu. Prestasi pasukan juga boleh terjejas.

Bagi saya, isu ini memberi satu pengajaran besar tentang pengurusan kewangan.

Tidak kira sama ada kita menguruskan kelab bola sepak, perniagaan ataupun kewangan sendiri, satu perkara sangat penting.

Jangan buat komitmen kewangan melebihi kemampuan kita.

Ada bajet besar belum tentu kewangan sihat.

Ada pendapatan tinggi belum tentu aliran tunai terurus.

Sebab itu, perancangan kewangan bukan sekadar tentang berapa banyak duit yang masuk, tetapi bagaimana kita menguruskan duit tersebut untuk memenuhi setiap komitmen.

Saya harap isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya pengurusan kewangan bola sepak negara lebih mampan.

Apa pandangan anda? Adakah isu ini berpunca daripada masalah kewangan kelab, atau kelemahan pengurusan yang lebih besar?

27/10/2026

Kenapa orang baik tak masuk politik? 🏛️

Ramai yang bijak dan jujur tahu realiti politik, dan malas nak hadap. Bila politik jadi kerjaya dan periuk nasi, yang dijaga ialah survival sendiri, bukan rakyat.
Lain dengan orang yang masuk sebab tujuan for the people.

Apa pendapat anda?

HARGA EMAS JATUH RM503/GRAM, ORANG RAMAI PAKAT SERBU KEDAI EMAS!Saya terbaca satu berita, orang ramai di Kota Bharu, Kel...
27/10/2026

HARGA EMAS JATUH RM503/GRAM, ORANG RAMAI PAKAT SERBU KEDAI EMAS!

Saya terbaca satu berita, orang ramai di Kota Bharu, Kelantan berpusu-pusu ke kedai emas selepas harga dilaporkan jatuh sehingga RM503 segram.

Menariknya, bila harga emas turun, ramai nampak ini sebagai peluang untuk membeli.

Tapi ada satu perkara yang saya nak anda fikirkan.

Harga emas murah tak semestinya bermaksud kita terus kena beli.

Kenapa?

Sebab harga yang kita beli di kedai tak semestinya sama dengan harga yang kedai sanggup beli balik daripada kita.

Dalam dunia emas, ini dipanggil spread.

Contohnya, kalau kita beli emas hari ini, kemudian esok terpaksa jual semula, belum tentu kita dapat balik modal walaupun harga pasaran tak banyak berubah.

Sebab itu, sebelum beli emas, faham dahulu jenis emas, kos upah, harga buyback dan tujuan kita membelinya.

Nak pakai sebagai barang kemas? Tak salah.

Nak simpan sebagai aset jangka panjang? Pun boleh.

Cuma jangan beli semata-mata sebab semua orang tengah membeli.

Dalam pelaburan, keputusan yang baik bukan hanya tentang bila nak beli, tetapi kenapa kita membeli.

Saya nak tanya anda, kalau harga emas jatuh sekarang, anda akan tambah simpanan emas atau tunggu harga turun lagi? 🤔

komen di bawah.

OPR DIJANGKA NAIK KEPADA 3.00% TAHUN DEPAN? INI APA ANDA KENA SUDAH BRACE DARI SEKARANG! 📊💸Ramai yang ingat lepas OPR ke...
26/10/2026

OPR DIJANGKA NAIK KEPADA 3.00% TAHUN DEPAN? INI APA ANDA KENA SUDAH BRACE DARI SEKARANG! 📊💸

Ramai yang ingat lepas OPR kekal, kita boleh selesa kejap. Tapi laporan terbaharu daripada CIMB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) bakal naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00% menjelang Mac 2027.

Kenapa BNM nak naikkan balik?

Secara ringkasnya: Gaji naik, perbelanjaan naik, inflasi pun mengekor sekali.

1- Banjir Tunai RM11.5 Bilion: Pelaksanaan gaji minimum RM2,000, pelarasan gaji GLC, dan pelbagai bantuan kerajaan dijangka menambah pendapatan isi rumah.

2- Permintaan Pasaran Meningkat: Apabila orang ramai ada lebih banyak duit poket, perbelanjaan akan melonjak. Ini membolehkan peniaga menaikkan harga barang dan menolak kos kepada pengguna.

3- Langkah Awal (Pre-Emptive): Untuk elak inflasi teras terlepas kawalan pada suku ketiga 2027 (dijangka mencecah 2.5%), BNM dijangka 'tekan brek' awal-awal lagi dengan menaikkan OPR.

APA ANDA KENA BUAT SEKARANG?

Bila OPR naik, kadar faedah pinjaman bank (terutamanya pinjaman rumah/kadar terapung) akan turut melonjak. Ansuran bulanan anda akan jadi makin mahal!

- Semak Aliran Tunai (Cash Flow): Jangan belanja habis percutian atau komitmen baru sebab ada kenaikan gaji minimum/bonus.

- Sediakan Tabung Kecemasan: Pastikan sekurang-kurangnya ada 3 hingga 6 bulan simpanan bertahan.

- Pertimbangkan Refinancing / Langsaikan Hutang: Mana-mana hutang faedah tinggi, mula rancang pelan pelunasan awal.

Pengurusan kewangan bukan tentang berapa banyak kita dapat, tapi berapa bijak kita urus bila keadaan ekonomi berubah.

Anda rasa langkah BNM ni tepat untuk bendung inflasi, atau bakal membebankan pembeli rumah? Komen di bawah

26/10/2026

Masa Saham tengah murah orang tak bising, tapi bila tengah mahal, orang heboh exit sebab capai target profit, baru nak FOMO beli Saham, lepastu mengadu domba kata Saham ni scam.

24/10/2026

Gaji masuk, separuh terus hilang bayar hutang? 😮‍💨

Dari 2017 hingga 2020, saya hidup tanpa hutang langsung. Tiada hutang kereta, tiada hutang rumah, kad kredit pun bayar full setiap bulan.

Dalam video penuh, saya kongsikan 3 tips hidup bebas hutang:

Jadi, masih realistik ke hidup tanpa hutang zaman sekarang? Komen pendapat anda 👇

Tonton video penuh di YouTube malam ini 8pm

Address

4-1-1A, Blok 4, Level 1, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Adam Zubir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dr Adam Zubir:

Shortcuts

Share