π’πšπ‘πšπ¦ 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala Lumpur
  • π’πšπ‘πšπ¦ 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚

π’πšπ‘πšπ¦ 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 joim Melabur πŸ“Š
trusted πŸ’―

πŸ“ŠπŸ’―
21/10/2024

πŸ“ŠπŸ’―

5 Sebab Kenapa Ramai Orang Takut Nak Beli SahamMelabur dalam saham nampak macam peluang besar untuk jana pendapatan, tap...
21/10/2024

5 Sebab Kenapa Ramai Orang Takut Nak Beli Saham

Melabur dalam saham nampak macam peluang besar untuk jana pendapatan, tapi ramai yang masih takut nak mula.

Perasaan risau dan ragu-ragu ni adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi bila melibatkan wang yang susah payah kita kumpul.

Jadi, jom tengok apa sebab utama yang buat ramai orang rasa takut nak beli saham, dan bagaimana sebenarnya kita boleh atasi kebimbangan tu.

1. Takut Rugi dan Kehilangan Modal.

Banyak orang risau saham boleh jatuh mendadak dan menyebabkan kerugian besar.

Memang betul, pelaburan saham ada risikonya, tapi dengan strategi yang betul seperti menetapkan β€˜auto cut loss’ dan melabur secara beransur-ansur, risiko itu boleh diuruskan atau dikurangkan.

2. Rasa Saham Hanya untuk Orang Kaya atau Pakar Sahaja.

Ramai anggap pelaburan saham ni untuk mereka yang kaya raya atau pakar dalam kewangan.

Sebenarnya, sesiapa pun boleh mula melabur dengan modal kecil dan belajar dari asas.

Bursa Malaysia juga menawarkan saham patuh Syariah untuk mereka yang nak jaga prinsip pelaburan yang halal.

Bagus kan?

3. Bimbang Kena Scammed atau Tertipu.

Isu scam dalam dunia pelaburan memang menakutkan, tapi pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah selamat dan diuruskan dengan kawalan ketat oleh pihak regulators.

Pastikan anda hanya melabur melalui platform yang sah sahaja dan elakkan terpengaruh dengan β€˜janji manis’ pihak-pihak scammer di luar sana terutamanya di Telegram.

4. Tak Ada Masa untuk Monitor Pasaran Setiap Hari.

Ada yang rasa pelaburan saham memerlukan perhatian setiap masa.

Sebenarnya, ada ciri seperti β€˜auto sell’ dan β€˜take profit’ yang boleh membantu anda mengurus pelaburan secara automatik tanpa perlu memantau setiap hari.

Melabur secara konsisten juga membantu menguruskan β€˜timing’ pasaran.

5. Risau Tentang Banyaknya Istilah dan Teknikal yang Sukar Difahami.

Banyak jargon dan istilah teknikal dalam saham memang boleh buat orang rasa pening.

Tapi, anda boleh mula dengan belajar secara asas dan gunakan sumber pendidikan yang disediakan secara percuma oleh Bursa Malaysia.

Langkah kecil pun sudah memadai untuk mulakan perjalanan pelaburan anda.

Tak salah kalau anda rasa takut, itu perkara biasa.

Apa yang penting, cuba fahami risikonya dan mula secara perlahan-lahan.

Yang penting anda mulakan bersaham dengan minat dan niat yang betul k.

Semoga bermanfaat! 😊

-Nizam Malek

P/S: Cuba teka gambar ni saya ada kat mana? Siapa dapat teka betul, saya nak bagi hadiah. 🎁😁

20/10/2024
20/10/2024

Cabaran ada hikmahnya , ingatlah sentisa

πŸš€ BREAKOUT! Apa Maksudnya? πŸš€"Breakout berlaku bila harga melepasi paras tertinggi candlestick sebelum ini."πŸ“ˆ Kalau koran...
19/10/2024

πŸš€ BREAKOUT! Apa Maksudnya? πŸš€

"Breakout berlaku bila harga melepasi paras tertinggi candlestick sebelum ini."

πŸ“ˆ Kalau korang tengok harga saham 'pecah' resistance, itu petanda breakout dah jadi! 😎 Ini lah peluang untuk terus pantau dan ambil tindakan!

Jangan lupa, sabar & disiplin adalah kunci untuk berjaya dalam saham! πŸ”‘πŸ’ͺ

19/10/2024

Rahsia Proses Membina Keuntungan Saham Yang Ramai Orang Tak Faham.

FAREWELL NAJIB TEAM SAHAM MASTERYSemalam, 18 Oktober 2024, the last day Najib bersama Saham Mastery.Najib adalah antara ...
18/10/2024

FAREWELL NAJIB TEAM SAHAM MASTERY

Semalam, 18 Oktober 2024, the last day Najib bersama Saham Mastery.

Najib adalah antara staff yang paling senior berkhidmat sebagai Graphic Designer di Wealth Academy Sdn. Bhd. sejak tahun 2022.

Waktu tu office kami masih lagi di Menara Zurich, Johor Bahru. 😊

Terlalu banyak kenangan yang kami hadapi bersama sebagai team untuk strengthen branding Saham Mastery.

Najib terutamanya sangat dedicated dalam kerja, berikan kerjasama yang baik dan berikan tunjuk ajar yang baik kepada team.

Terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan untuk Team Saham Mastery dan Wealth Academy Sdn. Bhd.

All the best Najib untuk perancangan career growth selepas ni.

Saya mendoakan Najib akan terus berjaya di mana sahaja Najib berada. 😊

-Nizam Malek
Saham Mastery

✨ Kejayaan adalah satu proses yang perlu dibina. ✨Masalahnya ramai orang hari ini melabur saham, mereka inginkan kejayaa...
17/10/2024

✨ Kejayaan adalah satu proses yang perlu dibina. ✨

Masalahnya ramai orang hari ini melabur saham, mereka inginkan kejayaan yang cepat dan terus kaya dalam sekelip mata.

Namun, hakikatnya, kejayaan dalam pelaburan memerlukan masa, usaha, dan pembelajaran yang berterusan.


Jangan terpengaruh dengan angan-angan sendiri, tetapi fokuslah kepada proses.

Pelajari asas saham, buat kajian yang mendalam, dan berpegang pada strategi yang betul.

Ingat, perjalanan ini bukan sprint, tetapi maraton! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Bersama-sama, kita bina kejayaan langkah demi langkah! πŸ’ͺπŸ’°

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when π’πšπ‘πšπ¦ 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to π’πšπ‘πšπ¦ 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚:

Share