01/09/2021
[Ada anak lelaki sahaja, benarkah tidak perlu merancang harta?]
Seperti yang dijanjikan, Qien kongsikan kisah bicara pusaka di Pejabat Pusaka Kecil di Batu Pahat minggu lalu.
Allahyarham ini meninggal pada Ramadhan tahun lepas, secara mengejut selepas berbuka puasa. Balu Allahyarham dirujukkan kepada Qien oleh existing klien untuk bantu beliau.
Pada sesi penerangan pertama, pada Qien takde masalah untuk balu Allahyarham nak uruskan sendiri. Sebab beliau sendiri educated, independent & mempunyai kerjaya yang bagus.
Dua bulan selepas sesi perjumpaan pertama, balu ini kembali mencari Qien. Rupanya drama dah bermula. Allahyarham ini meninggalkan seorang isteri, dua orang anak lelaki masih di bawah umur 18 tahun dan ibu ayah. Ketika balu ini ingin meminta kad pengenalan ibu dan ayah untuk menguruskan pusaka, berlaku salah faham seolah-olah balu ini ingin merebut harta arwah. Jadi di pihak keluarga ibu ayah, telah pun melantik peguam. Apabila situasi tersebut berlaku, maka balu arwah pun bersetuju untuk melantik pihak Wasiyyah untuk mewakili beliau menguruskan pusaka arwah.
Sepanjang menunggu proses bicara pusaka ini lebih kurang setahun, ini adalah antara 10 cabaran utama yang dilalui oleh balu.
1. Buntu kena uruskan pusaka sendiri. Sebab tu beliau pilih untuk melantik pihak Wasiyyah Shoppe Bhd.
2. Tak tahu proses berurusan dengan setiap agensi seperti pihak bank.
3. Cabaran waris yang tidak memberi kerjasama. Selepas mereka lantik peguam, komunikasi kami hanyalah melalui peguam mereka.
4. Urusan yang rumit terutamanya yang berkaitan dengan harta masih dalam hutang. Dari tarikh arwah meninggal sehingga ke hari bicara hampir setahun, balu telah mendahulukan duit beliau untuk membayar hutang sebanyak hampir RM 50, 000. Cuba bayang kalau isteri tak bekerja. Mana nak korek duit bayar hutang?
5. Kekangan kerja dan urusan membesarkan anak-anak.
6. Harta Allahyarham jauh daripada tempat tinggal isteri. Urusan pusaka perlu dibuat di mana kebanyakan harta berada.
7. Kesukaran mencari dokumen pemilikan harta arwah.
8. Cabaran berurusan dengan pihak bank.
9. Bicara tertangguh lama akibat PKP.
10. Berlaku kematian berlapis, di mana bapa arwah p**a meninggal selepas itu. Kemudian ibu arwah bed ridden. Jadi segala keputusan berkaitan pemilikan harta berada pada tangan kedua-dua adik beradik Allahyarham suami.
Dalam kes ini, Allahyarham meninggalkan harta berikut:
1. Rumah bernilai RM 300,000
2. Tanah bernilai RM 70,000
3. Kereta bernilai RM 50,000
4. Duit KWSP
5. Pampasan insurans syarikat beliau bekerja.
Apakah yang dituntut oleh keluarga mertua?
1. Keseluruhan rumah
2. Keseluruhan tanah.
3. Bahagian faraid kwsp.
4. Pampasan insurans diagihkan secara faraid, tetapi tidak dibenarkan oleh pegawai pusaka kerana pampasan bukanlah pusaka si mati.
Ada juga yang tanya, kenapa balu tak tuntut harta sepencarian dan nafkah anak-anak bawah umur? Kenapa tak tuntut bahagian faraid rumah dan tanah ditebus pusaka menggunakan tunai.
Jawapannya, balu enggan memanjangkan cerita. Kerana ingat pesanan arwah suami. Walaupun rumah itu arwah pesan untuk anak-anak, tetapi balu akur dengan permintaan keluarga mertua. Keputusan dibuat oleh adik beradik arwah. Balu tidak mahu menjadi menantu yang kejam kepada ibu mertua beliau.
Ini adalah keputusan akhir pegawai pusaka, walaupun sehingga ke hari bicara, adik arwah masih lagi bertanya tentang harta. Sementara nak sampai ke hari bicara, banyak kami cuba negotiate dengan beliau. Sampai kami terpaksa bagi kata dua, kalau dia nak tuntut setias satu, kami juga akan tuntut harta sepencarian ke atas rumah, dan juga nafkah anak-anak di bawah umur. Akhirnya, beliau akur saja dengan keputusan pegawai pusaka.
Beberapa kesimp**an yang kita dapat dari kisah ini:
1. Ada anak lelaki tidak perlu merancang harta. Ini tidak tepat sama sekali.
2. Bahagian rumah dan tanah boleh ditebus pusaka dengan menggunakan duit. Ini jugak tidak tepat. Kalau diorang kata nak jugak secara mutlak, takkan nak bergaduh lagi.
3. Menantu kesayangan InsyaAllah tak jadi isu. Isteri mungkin menantu kesayangan mak ayah. Tapi di belakang mak ayah, ada orang lain yang boleh menjadi punahsihat.
4. Harta anak yatim. Takkan nak direbutkan. Bila berbicara bab harta, semua lupa bab harta anak yatim ni.
5. Ada mrtt / mrta / mltt / mlta, hutang automatik langsai. Eh, tidak ya. Selagi belum selesai bicara, selagi tu waris kena bayar ya.
6. Nafkah anak bawah umur. Persepsi, mak dia kerja bagus. Mak dia la tanggung. Guys, nafkah anak bawah umur ni di bawah tanggungjawab datuk atau bapa-bapa saudara ya. Walaupun balu tak tuntut, ianya jelas dalam Islam. Jangan kita hanya nak bolot harta, tapi lupa bab tanggungjawab.
7. Kita rasa kita beli rumah untuk pasangan dan anak-anak. Tetapi apabila kita gagal buat perancangan semasa hidup, anak - anak dan pasangan terpaksa melepaskan rumah tersebut. Mujur kes ini wife ada rumah sendiri. Kalau wife takde rumah, nak kena duduk bawah jambatan ke? Think about it ketua keluarga semua.
8. Last but not least. Tak kisahlah kita ada anak lelaki atau anak perempuan, perancangan harta itu sangat penting semasa hidup. Kerana the true colour, kita hanya akan nampak selepas kematian dan bila angka angka harta dibentangkan.
Sekian perkongsian untuk kes ini. Saya personally terharu dengan balu Allahyarham. Walaupun dalam keadaan keluarga arwah menekan beliau sehingga menggangu emosi, beliau redha saja melepaskan hak kepada keluarga mereka, dan kesian pada ibu mertua jika beliau tidak ikut hasrat keluarga mereka. Kami pernah berbicara, ada masa melepaskan sesuatu itu lebih baik. Allah lebih tahu apa yang Allah aturkan untuk kita.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Banyak atau sedikit harta kita, rancanglah. Kerana orang akan nampak berapa banyak harta yang kita miliki boleh menjadi milik mereka selepas kita tiada kelak. Jangan bebankan pasangan dan anak-anak kita dengan masalah seperti situasi di atas ini.