financiallegacy.com

financiallegacy.com Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from financiallegacy.com, Financial aid service, Nilai, Kuala Lumpur.

25/03/2022

Dengan membuat perbandingan, kita akan lebih memahami persamaan dan perbezaan di antara instrumen pelaburan yang ada

24/01/2022

Pelaburan ASB merupakan pelaburan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, banyak pelaburan lain yang boleh dipertimbangkan

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda memperoleh potensi keuntungan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan ata...
17/01/2022

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda memperoleh potensi keuntungan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen melalui penyediaan modal.

Terdapat empat (4) sebab utama kenapa kita digalakkan untuk mula melabur;

1. Potensi peratusan pulangan yang diterima melalui pelaburan boleh mengatasi inflasi (dengan syarat ianya perlu melebihi kadar inflasi negara). Inflasi merujuk kepada susut nilai matawang yang menjadikan nilainya semakin mengecil sepanjang tahun. Sebagai contoh, jika dahulu dengan RM100 kita boleh membeli 1 troli penuh barangan keperluan, kini dengan nilai yang sama mungkin kita hanya boleh membeli tidak sampai 10 barangan dapur sahaja.

2. Pelaburan mewujudkan pendapatan pasif. Anda boleh bekerja seperti biasa serta melabur pada masa yang sama bagi mendapatkan potensi pendapatan tambahan tanpa perlu memenatkan diri anda melakukan 2-3 kerja. Sebagai permulaan, asingkan 10% daripada pendapatan bulanan anda dan lakukan pelaburan secara berkala.

3. Berbanding dengan simpanan di bank, pelaburan berpotensi memberikan pulangan yang lebih baik. Betul, tiada sebarang jaminan pulangan dan setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Tetapi pernah dengar perumpamaan "higher the risks, higher the return"? Apa yang penting, pastikan anda memahami terlebih dahulu jenis dan risiko yang terlibat dalam pelaburan yang anda pilih.

4. Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda merancang masa depan. Ianya boleh membantu anda untuk mengawal perbelanjaan dan memupuk diri anda untuk menjadi lebih disiplin dalam menguruskan kewangan anda.

Ingin dapatkan maklumat lanjut? PM mana-mana konsultan kami untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dengan pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah ditawarkan PMB Investment.

Selamat Tahun Baru 2022 😘Semoga masa-masa mendatang menjadikan kita lebih berusaha ke arah kebaikan.
01/01/2022

Selamat Tahun Baru 2022 😘
Semoga masa-masa mendatang menjadikan kita lebih berusaha ke arah kebaikan.

Apa itu RCA?
07/11/2021

Apa itu RCA?

Falsafah Raiz ialah melabur jumlah yang kecil secara konsisten – walaupun di pasaran yang sedang jatuh – kerana ini dapat membantu anda menghadapi naik turun pasaran dan merupakan salah satu kunci untuk pulangan pelaburan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang. Ini adalah prinsip yang dikena...

Ada yang berminat?
03/11/2021

Ada yang berminat?

Dana unit amanah global dilihat semakin popular di kalangan pelabur masa kini, terutamanya bagi yang inginkan kepelbagaian dalam portfolio pelaburan mereka yang selama ini tertumpu pada pasaran dalam negara sahaja.

Dana jenis ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur di dalam pasaran modal antarabangsa dengan mudah serta lebih kos efektif. Ini kerana setiap pelaburan akan diuruskan oleh syarikat pengurusan dana bertauliah dan pelabur tidak perlu bimbang mengenai faktor-faktor lain seperti kos transaksi yang tinggi serta kekurangan maklumat mengenai pasaran modal antarabangsa berkenaan.

PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) merupakan dana unit amanah global terbaharu dan pertama PMB Investment yang menggunakan metadologi dan strategi pelaburan Nasdaq Dorsey Wright (NDW), sebuah syarikat penasihat kepada Wall Street dan pelaburan dunia.

PMBSGEF memberikan akses kepada orang ramai untuk melabur dalam kaunter-kaunter patuh Syariah di pasaran saham 15 buah negara terpilih dan menawarkan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang serta sesuai untuk pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko sederhana dan tinggi dalam pelaburan unit amanah.

Berminat? Sebelum melabur, pastikan anda baca dan fahami dahulu prospektus dana yang boleh dimuat turun di laman web kami, www.pmbinvestment.com.my dan ambil kira segala risiko, fi dan caj berkaitan. Atau lebih mudah, PM sahaja mana-mana konsultan kami yang aktif di media sosial atau hubungi pejabat jualan/agensi berdekatan untuk dapatkan lebih informasi.

02/11/2021

Sebelum Memulakan Pelaburan Pertama

1. Pastikan CASHFLOW positif. Lebihkan bahagian SURPLUS.

2. Minima SURPLUS sebaiknya 30%. Kenapa 30%? Ia untuk:-

a. 10% utk SIMPANAN
b. 10% utk PERLINDUNGAN
c. 10% utk PELABURAN

3. Untuk permulaan, 20% peruntukkan SIMPANAN DAN PELABURAN digabungkan sekali menjadi 20% SIMPANAN.

4. Peruntukkan 10% utk PERLINDUNGAN, fokus kpd INCOME PROTECTION, (menyamai 10 tahun gaji) dan MEDICAL CARD.

5. Kenapa perlu INCOME PROTECTION dan MEDICAL CARD? Supaya, INCOME, aset SIMPANAN dan PELABURAN tidak terjejas jika berlaku musibah (3D – Death, Disabled dan Disease).

6. Sambungan dari no 4, lakukan SIMPANAN sehingga sehingga dapat mengumpulkan 3 BULAN INCOME. Gunakan Tabung Haji sbg instrumen dgn pulangan 6% setahun, maka ia memakan masa kira-kira 30 bulan utk mengumpulkan sasaran 3 BULAN INCOME tadi.

7. Dalam tempoh 30 bulan atau 2 tahun setengah itu, mulakan PELABURAN ILMU. Beli buku, datang seminar dan berguru tentang pelaburan. Jika SIMPANAN sebanyak 30% INCOME, sasaran tersebut akan capai dlm masa tidak sampai 24 bulan atau kurang 2 tahun.

8. Kenapa perlu SIMPANAN 3 BULAN? Supaya kita tidak melabur dengan emosi. Dan ia sebagai RESERVE FUND utk situasi yg tidak dicover TAKAFUL, spt kereta rosak, paip bocor, duit hilang dll

9. Selepas tempoh 30 bulan tamat, teruskan peruntukkan 20% tadi untuk PELABURAN.

10. Boleh mulakan dgn PELABURAN TUNAI seperti SAHAM dan SAHAM AMANAH.

11. Modal + keuntungan daripada PELABURAN TUNAI dapat digunakan untuk PELABURAN HARTANAH.

12. Kenapa PELABURAN HARTANAH? Paling kurang, rumah dapat kita diami kelak. Tidak kisah rumah kecil, asalkan ia rumah, sama ada flat, apartment atau teres.

13. PELABURAN yg baik mempunyai ciri:

a. Passive INCOME, dan
b. CAPITAL appreciation.

http://bukubmw.com

Belajarlah dari orang yang tahu
27/10/2021

Belajarlah dari orang yang tahu

Ramai yang ingin bersara tanpa dibebani hutang yang menganggu aliran tunai. Ketika usia ini sepatutnya kita menjalani kehidupan dengan tenang tambahan

12/10/2021

Dalam Masa 6 Bulan Boleh Dapat RM3,700 Ikut Cara Simpanan Mudah Ini Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit, dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya. Simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep den

07/10/2021

Ramai yang kecundang dengan nafsu sendiri dan menyebabkan masalah kewangan kepada diri. Ikuti cara ini untuk mengawal perbelanjaan anda

Rezeki client saya melalui PMB Shariah Premier Fund. Kita switch dulu untuk gandakan keuntungan. Manfaatkan EPF dengan m...
29/09/2021

Rezeki client saya melalui PMB Shariah Premier Fund. Kita switch dulu untuk gandakan keuntungan.
Manfaatkan EPF dengan menggandakan nilai pelaburan anda.

27/09/2021

Berdasarkan kepada statistik, ramai orang muflis disebabkan masalah kewangan daripada pinjaman peribadi serta pinjaman kad kredit.

Address

Nilai
Kuala Lumpur
71760

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when financiallegacy.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to financiallegacy.com:

Share