PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

Call Directions Website Contact the business

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Company No. 199101010745 (221057-V) Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya. PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2018, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Model perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan. Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan aspek-aspek perniagaan mereka, mengekalkan usaha perniagaan yang menguntungkan dan membentuk kecemerlangan perniagaan. Inilah asas kewujudan PUNB.

RM500 JUTA, MEMPERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA πŸ‡²πŸ‡ΎPUNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaa...
09/10/2026

RM500 JUTA, MEMPERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA πŸ‡²πŸ‡Ύ

PUNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI, khususnya YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, atas peningkatan dana pembiayaan PUNB daripada RM350 juta kepada RM500 juta menerusi Belanjawan MADANI 2027

Kepercayaan ini mengukuhkan peranan PUNB dalam membantu usahawan Bumiputera mengembangkan dan menjayakan perniagaan mereka.

Di sebalik setiap perniagaan, ada usaha, impian dan keberanian untuk melangkah lebih jauh. PUNB berharap peningkatan dana ini akan memperluas akses pembiayaan agar lebih ramai usahawan dapat memperkukuh perniagaan, meningkatkan daya saing dan meneroka pasaran yang lebih luas, hingga ke persada antarabangsa.

PUNB komited untuk terus bersama usahawan melalui pembiayaan dan sokongan pembangunan perniagaan. Semoga usaha ini menyemarakkan keusahawanan Bumiputera, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Terima kasih atas kepercayaan ini. Bersama usahawan, PUNB terus melangkah untuk membawa kejayaan lebih jauh. πŸ’™

09/10/2026

Cita rasa yang membina legasi. 🌹

Bermula pada tahun 1982 di Teluk Intan, Perak, Ameen Products Sdn. Bhd. memulakan perjalanan dalam industri minuman menerusi produk ikonik mereka, Sirap Ros Ameen.

Lebih empat dekad kemudian, Ameen Products terus melangkah maju dengan mempelbagaikan rangkaian minuman dan pekatan berperisa, sambil mengekalkan komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan.

Perjalanan ini membuktikan bahawa membina perniagaan yang berdaya tahan memerlukan lebih daripada sekadar produk yang baik. Ketekunan, keupayaan memahami keperluan pelanggan dan kesungguhan untuk terus berkembang merupakan antara kunci dalam membina kejayaan jangka panjang.

Sebagai , Ameen Products mencerminkan semangat usahawan Bumiputera yang terus berusaha mencipta nilai dan mengukuhkan kedudukan dalam industri makanan dan minuman tempatan.

PUNB berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dalam menyokong pertumbuhan perniagaan dan pembinaan legasi usahawan tempatan.

πŸ”— Terokai peluang pembiayaan bersama PUNB:
https://www.punb.com.my/ms/products-services/business-financing

▢️ Tonton kisah penuh Ameen Products:
https://youtu.be/61DtmSkDzTc

Menghubungkan Usahawan, Merentasi SempadanDi sebalik setiap kiriman, ada usaha dan impian usahawan yang ingin berkembang...
09/10/2026

Menghubungkan Usahawan, Merentasi Sempadan

Di sebalik setiap kiriman, ada usaha dan impian usahawan yang ingin berkembang. Perkhidmatan pos menghubungkan perniagaan dengan pasaran yang lebih luas, manakala PUNB terus memperkasa usahawan Bumiputera melalui pembiayaan dan sokongan perniagaan.

Bawa perniagaan anda lebih jauh bersama PUNB! πŸ’™

πŸ”— Ketahui pilihan pembiayaan perniagaan PUNB di https://www.punb.com.my/ms/products-services/business-financing atau imbas kod QR pada poster.

☎️ Talian Khidmat Pelanggan PUNB: 1300 13 7862

Selamat Hari Pos Sedunia! ✨

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π˜π€ππ† ππ€πˆπŠ, ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π π˜π€ππ† π‹π„ππˆπ‡ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑.Setiap projek memerlukan perancangan yang teliti, termasuk memasti...
08/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π˜π€ππ† ππ€πˆπŠ, ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π π˜π€ππ† π‹π„ππˆπ‡ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑.

Setiap projek memerlukan perancangan yang teliti, termasuk memastikan keperluan kewangan dapat dipenuhi sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Melalui ππ‘πŽπ’ππ„π‘ πˆπŒππ€π‚π“ (𝐞-𝐏𝐞𝐫𝐨π₯𝐞𝐑𝐚𝐧), PUNB menawarkan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan Bumiputera melaksanakan projek atau kontrak Kerajaan.

Antara kemudahan yang ditawarkan:
βœ… Pembiayaan sehingga RM20 juta
βœ… Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun
βœ… Kadar keuntungan sehingga 6.5% setahun

Perniagaan mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 24 bulan dengan jualan minimum RM500,000 dalam tempoh 12 bulan, tertakluk pada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Semak kelayakan PROSPER IMPACT (e-Perolehan) di:
https://qrco.de/PUNB_E-PEROLEHAN

*π‘‡π‘’π‘Ÿπ‘‘π‘Žπ‘˜π‘™π‘’π‘˜ π‘˜π‘’π‘π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘šπ‘Ž, π‘ π‘¦π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘ π‘‘π‘Žπ‘› π‘π‘’π‘›π‘–π‘™π‘Žπ‘–π‘Žπ‘› π‘ƒπ‘ˆπ‘π΅.

Penglihatan yang jelas, pembelajaran yang lebih baik. πŸ’™Sempena Hari Penglihatan Sedunia pada 8 Oktober 2026, PUNB mengim...
08/10/2026

Penglihatan yang jelas, pembelajaran yang lebih baik. πŸ’™

Sempena Hari Penglihatan Sedunia pada 8 Oktober 2026, PUNB mengimbas kembali detik bermakna sepanjang pelaksanaan Program CSR Ray of Happiness di Sabah dan Sarawak.

PUNB prihatin terhadap kesihatan mata anak-anak kita. Bersama Rakan Usahawan, PUNB menyediakan pemeriksaan mata dan cermin mata percuma kepada pelajar yang memerlukan, khususnya dalam komuniti luar bandar.

Usaha ini bertujuan membantu mereka melihat dengan lebih jelas dan mengikuti pembelajaran dengan lebih baik, selaras dengan komitmen PUNB terhadap kesejahteraan komuniti serta pendidikan generasi masa depan.

πŸ“Έ Untuk melihat gambar penuh program, layari www.punb.com.my.

07/10/2026

Dari hanya 1 premis, kini berkembang sehingga 8 cawangan!

Kenali Encik Khusairi, Pengasas Salam Tayar (M&N Unic Sdn Bhd), Rakan Usahawan PUNB di Kedah.

Bila kena pilih dan jawab secara spontan, apa agaknya pilihan beliau?

Jom dengarkan jawapan Encik Khusairi dalam sesi Rapid Fire!

🏒 Cari Ruang yang Sesuai untuk Perniagaan Anda?Kembangkan perniagaan anda di lokasi yang strategik dan bersesuaian denga...
07/10/2026

🏒 Cari Ruang yang Sesuai untuk Perniagaan Anda?

Kembangkan perniagaan anda di lokasi yang strategik dan bersesuaian dengan keperluan perniagaan.

Melalui PROSPER Hartanah, PUNB menyediakan kemudahan premis perniagaan untuk disewa bagi membantu usahawan mendapatkan ruang perniagaan yang sesuai untuk mengembangkan potensi perniagaan.

πŸ‘‰ Terokai PROSPER Hartanah dan lihat senarai premis perniagaan yang tersedia untuk disewa: https://www.punb.com.my/ms/products-services/prosper-hartanah/business-premises-for-rent/

06/10/2026

Daripada sebuah impian... menjadi perjalanan yang panjang. πŸ›’πŸ‡²πŸ‡Ύ

Mengimbas kembali kisah U All Mart Sdn. Bhd., yang telah melalui perjalanan bersama PUNB sejak tahun 2004.

Bagi Haji Saiful Bahri, perjalanan dalam dunia perniagaan bukan sekadar tentang membina dan mengembangkan perniagaan, tetapi turut memerlukan sokongan, kepercayaan dan rakan yang sentiasa memahami keperluan usahawan.

Daripada pengalaman menguruskan perniagaan dalam sektor peruncitan, U All Mart terus berkembang dan memenuhi keperluan harian komuniti melalui rangkaian pasar raya mereka.

Sebagai , kisah U All Mart membuktikan bahawa sokongan kepada usahawan bukan sekadar pembiayaan, tetapi sebuah hubungan yang dibina untuk menyokong perjalanan perniagaan secara menyeluruh.

PUNB berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan U All Mart dan terus menyokong usahawan Bumiputera dalam membina perniagaan yang berdaya tahan dan berkembang bersama komuniti.

πŸ”— Terokai peluang pembiayaan bersama PUNB:
https://www.punb.com.my/ms/products-services/business-financing

▢️ Tonton kisah penuh di YouTube:
https://youtu.be/sFjIx0IKUPI

MEMPERKASA USAHAWAN AUTOMOTIF MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL πŸš—πŸ’»PUNB terus meneroka peluang baharu untuk memperkasakan Rakan U...
06/10/2026

MEMPERKASA USAHAWAN AUTOMOTIF MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL πŸš—πŸ’»

PUNB terus meneroka peluang baharu untuk memperkasakan Rakan Usahawan dalam menghadapi perkembangan industri, termasuk melalui penerapan teknologi digital.

Pada 5 Oktober 2026, PUNB menerima kunjungan ServAuto Sdn Bhd (ServAuto) bagi sesi taklimat dan perkongsian mengenai konsep platform digital untuk pusat servis dan bengkel automotif.

Sesi yang turut melibatkan Exco AUTOPRO ini memberi pendedahan kepada peluang perniagaan ServAuto yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan automotif PUNB, di samping membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam membantu usahawan menguruskan operasi dengan lebih sistematik dan efisien.

Antara fokus utama adalah bagaimana penggunaan teknologi dapat membantu usahawan automotif meningkatkan kecekapan perniagaan, mengembangkan operasi serta kekal berdaya saing dalam industri yang semakin dinamik.

PUNB komited untuk terus meneroka pendekatan dan peluang strategik yang dapat memberi nilai tambah kepada Rakan Usahawan.

Bila perniagaan berkembang, keperluannya juga turut berubah.Mungkin sudah tiba masanya untuk menambah stok, mendapatkan ...
06/10/2026

Bila perniagaan berkembang, keperluannya juga turut berubah.

Mungkin sudah tiba masanya untuk menambah stok, mendapatkan aset atau peralatan, meningkatkan kapasiti operasi atau merancang pengembangan perniagaan dengan lebih tersusun.

PROSPER GROW menyediakan kemudahan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera memperkukuh operasi dan menyokong perkembangan perniagaan.

Antara kemudahan yang ditawarkan:
βœ“ Pembiayaan sehingga RM1 juta
βœ“ Kadar keuntungan 3.5% setahun*
βœ“ Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun

Mohon sekarang atau layari:
https://www.punb.com.my/ms/prosper-grow/

*Tertakluk kepada terma, syarat dan penilaian PUNB.

Address

Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60327851515

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD:

Shortcuts

Share