Nana Hj Yusof - Your Takaful Sister

Nana Hj Yusof - Your Takaful Sister Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nana Hj Yusof - Your Takaful Sister, Insurance Agent, Kuala Lumpur.

Apakah perbezaan hibah,wasiat dan faraid? Sudahkan kita semua membuat perancangan ? Tinggalkan yang terbaik untuk yang t...
22/09/2022

Apakah perbezaan hibah,wasiat dan faraid? Sudahkan kita semua membuat perancangan ?

Tinggalkan yang terbaik untuk yang tersayang.

Kak Nana

22/08/2022

Alhamdulillah.. another submission for my client🥰. Semua case .

HIBAH DAN MANFAAT DISEBALIKNYA 🥰Bagi ketua keluarga, anda perlu ambil pampasan kematian bagi memastikan orang yang anda ...
12/08/2022

HIBAH DAN MANFAAT DISEBALIKNYA 🥰

Bagi ketua keluarga, anda perlu ambil pampasan kematian bagi memastikan orang yang anda tanggung tidak terbeban selepas kematian anda.

Fungsi lain yang anda boleh gunakan dengan pampasan kematian.

* #1 MLTT Untuk Hutang Rumah*

🍀 Jika anda beli rumah dengan menggunakan pinjaman atau pembiayaan dari pihak bank, anda wajib ada insuran sama ada MRTT atau MLTT.

Manfaat pampasan kematian juga boleh digunakan sebagai pelindung kepada pinjaman perumahan anda dan digunakan sebagai MLTT

* #2 Insuran Hutang Kereta*

🍀Ramai yang tidak tahu bahawa pinjaman kereta yang mereka ambil tidak mempunyai insuran. Walaupun sesetengah bank ada menawarkan insuran untuk pinjaman tersebut, namun tidak secara menyeluruh.

Manfaat pampasan kematian juga boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak kereta anda. Ini bagi memastikan waris anda tidak terbeban perlu menyelesaikan hutang tersebut

* #3 Dana Pendidikan Anak-Anak*
🍀Dengan memasukkan jumlah yang sama iaitu RM60,000 dalam manfaat kematian, anda juga sudah menyediakan satu dana pendidikan jika berlaku kematian.

* #4 Hadiah*

🍀Apabila menyebut tentang pampasan kematian, ramai yang hanya fokus kepada pasangan dan anak-anak.

Namun, ramai yang terlupa bahawa pampasan kematian tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa walaupun sudah tidak menanggung mereka

* #5 Pelengkap Faraid*

🍀Sistem pengurusan harta utama dalam Islam adalah sistem faraid.

Manfaat kematian atau hibah boleh digunakan sebagai pelengkap kepada sistem faraid tersebut.

Contohnya, individu yang mendapat bahagian yang rendah seperti isteri boleh diberikan hibah yang lebih kepadanya. Tujuannya supaya isteri dapat menjalankan tugas menjaga anak-anak dengan baik dan sempurna

Kak Nana
Wealth Advisor
Sun Life Takaful Malaysia

Selamat landing ketika hujan. Yang nama rezeki itu kadang tak terjangkau dek akal. Client di Terengganu, sis di KL. Hany...
05/08/2022

Selamat landing ketika hujan. Yang nama rezeki itu kadang tak terjangkau dek akal. Client di Terengganu, sis di KL. Hanya sedikit penerangan diberikan dan dia terus setuju nak signup for . Aturan Allah swt jua. Kun fayakun. Apa pun, sebagai amanah kita tetap cuba create plan terbaik dan sesuai utk client ni.

Male/19y
Annual limit 1juta
No lifetime limit
RNB 200(upgraded 20% every 3y) tnc
Personal accident 99k
Back end load
No Ko-takaful
0 deductible
Waiver
Ada cash value
Ada

Premium fix Rm210. ok x? ok sgtt tau.😍

Apa pun terima kasih pada client yg percaya pada Kak Nana. Moga urusan kita semua dimudahkan.

Kak Nana
Principal Assets Management
Sun Life Takaful

04/08/2022

Ehem... semak polisi korang betul2 k.

Kak Nana
Sun Life Malaysia✔️
Principal Assets Management✔️

29/07/2022

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam! 🌙

Semoga kita semua dapat berhijrah kepada kehidupan dan amal yang lebih
baik.

Dapatkan yang terbaik – perlindungan kewangan insurans hayat dan takaful
keluarga untuk ketenangan minda anda.





🍀Seorang suami yang baru kematian isteri berumur 38 tahun datang membawa letter offer rumah utk bertanyakan MRTA insuran...
27/07/2022

🍀Seorang suami yang baru kematian isteri berumur 38 tahun datang membawa letter offer rumah utk bertanyakan MRTA insurance coverage. Isteri meninggal kerana stroke, sakit 2 minggu sahaja.

🍀Letter of offer stated *Joint Name* dan memang ada ambil *MRTA insurance only atas nama wife sahaja*, dan lagi menyedihkan *hanya utk 5 tahun*. Maka MRTA ini tidak valid lagi dan *SUAMI harus meneruskan Pembayaran rumah sepergi biasa.* Jangan sampai tertunggak dan rumah dilelong.

🍀 Waris dari pihak keluarga isteri menuntut harta peninggalan termasuk rumah ini.

🍀 *Selagi masih ada pinjaman, harta tidak boleh bahagi atau dihibahkan*

🍀 isteri *BARU meninggal 2 minggu* , semua dah datang *tuntut harta* tak kira masih ada hutang atau tidak.

*Itu memang kebiasaan. Pasal harta, adik beradik, sepupu, mertua semua pun boleh bermasam muka*.

Tidak banyak yang menyedari bila bercakap tentang *TABUNG TAK NAMPAK* dan Kepentinganya. Saya Minta Tolong Bagi saya Masa anda *(yang tengah baca posting ni)* dalam 15 min, untuk kita cuba susun dan sediakan platform untuk *DANA IMMEDIATE WEALTH CREATION* agar perkara sebegini tak tempias kepada Kita Esoknya.

Komen 'Nak', nanti saya pm anda
*Nauzubillah min zalik*

26/07/2022

Antara orang yg kak nana follow. S**a dengar financialfaiz ni cerita. Straightforward dan tak bias. Banyak ilmu financial dan money management boleh belajar dari dia.

Bak kata seorang guru, kita ambil takaful bukan sebab kita kaya, sebab kita tak kayalah kita kena ambil. Nanti sampai masa susah takaful akan bantu bayarkan balik. Kalau ada kawan2 yang masih mencari financial protection and takaful hibah, meh sini kita mengopi mengeteh .Ramai lagi yang belum faham tentang kepentingan takaful ni. Ini misi Kak Nana. Perjuangan ini kecil dan jauh. Tapi sangat bermakna. Walaupun ramai yang reject, dengan izin Dia.. semua tak mustahil. Doakan Kak Nana k kawan2.

Adakah polisi takaful anda cover bil berkaitan Covid-19 ? Semak kembali kerana tidak semua operator takaful ada polisi i...
22/07/2022

Adakah polisi takaful anda cover bil berkaitan Covid-19 ? Semak kembali kerana tidak semua operator takaful ada polisi ini.

Hakikat yang ramai tak sedar. Allow me to assist you.
21/07/2022

Hakikat yang ramai tak sedar. Allow me to assist you.

Alhamdulillah. Hibah RM100K diluluskan dan diberikan terus kepada isteri arwah.  Selesai sudah amanah dari client. Belia...
21/07/2022

Alhamdulillah. Hibah RM100K diluluskan dan diberikan terus kepada isteri arwah. Selesai sudah amanah dari client. Beliau ambil pada tahun APRIL 2019, meninggal pada tahun APRIL 2021. Premium bulanan RM45.10. Selama 2 tahun bayarannya tak sampai RM1100 pun. Tapi coverage yang diberi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu kelangsungan hidup balu dan anak2 yang telah menjadi yatim.

Mungkin 100k nilainya tidaklah terlalu besar untuk orang yang berharta, tetapi sangat besar maknanya untuk balu arwah seorang suri rumah. Saya tidak boleh tidur mengingatkan riak wajah balu ketika menerima cek dari kami. Semuanya bercampur baur. Walaupun masih sedih tapi ianya sangat melegakan. Terbayang masa depan anak yatim yang akan terbela. Ianya menginsafkan. Terselit juga rasa bangga pada kerjaya yang dipilih. Sekaligus memberikan kekuatan untuk saya meneruskan dakwah ini. Moga saham akhirat diri ini bertambah.

Benar ini jihad baru saya. Masih ramai umat Islam perlu diberikan ilmu dan kefahaman tentang kepentingan hibah takaful. Sebagai manusia, saya sedih client saya meninggal. Tetapi on the other side, saya juga belajar melihat kekuatan dan semangat dari keluarga arwah. Ada ibrah untuk saya. Kita hanya hamba. Pada Dia juga kita berserah.

Moga Allah swt bantu mudahkan semua.

Kak Nana
Sunlife Takaful/CIMB PRINCIPAL

20/07/2022

part1

1) Tanya orang yang melabur Unit Trust dan rugi, of course dia akan jawab rugi dan jangan labur. Cuba tanya orang yang untung? 😁
2) Tanya orang yang melabur dalam gold dan rugi, of course dia akan jawab rugi dan jangan labur. Cuba tanya orang yang untung? 😁
3) Tanya orang yang melabur dalam crypto dan rugi, of course dia akan jawab rugi dan jangan labur. Cuba tanya orang yang untung? 😁
4) Tanya orang yang melabur dalam hartanah dan rugi, of course dia akan jawab rugi dan jangan labur. Cuba tanya orang yang untung? 😁
5) Tanya orang yang melabur dalam saham dan rugi, of course dia akan jawab rugi dan jangan labur. Cuba tanya orang yang untung? 😁

Adakah salah bertanya? Tidak salah. Cuma tanyalah pada orang yang selayaknya berilmu dan berpengalaman. Memberikan jawapan yang jujur tanpa bias. Jika sekadar pengalaman dijadikan sandaran keputusan, ketahuilah pengalaman kita semua tak sama. Investment involve figures and figures dont lie.

Setiap pelaburan ada risiko(low,medium,high), timeframe(short, mid, long) liquidity(high,low), capital(big,small) bahkan seni lenggok trading yang tak sama.

Sebelum memulakan pelaburan, paling utama disemak adakah ianya shariah compliance?Buat sedikit bacaan di haji google. Kemudian buat risk assesment. Risk appetite kita semua tak sama. Dapatkan sedikit ilmu bagaimana proses berjalan. Apakah waktu yang sesuai untuk entry/exit melabur.

Nanti sambung... maghrib pulak. 😆

Kak Nana
Yang s**a melabur tapi taknak lebur 😉

Address

Kuala Lumpur

Telephone

0124736902

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nana Hj Yusof - Your Takaful Sister posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nana Hj Yusof - Your Takaful Sister:

Share