25/03/2024
βTERINGIN NAK RASA PULANGAN YANG BAIK TAPI SAYA TAK ADA WANG UNTUK MELABURβ
Inilah jawapan yang paling common kita dengar bila sebut je pasal pelaburan. Tak ada wang untuk melabur tapi nak sangat merasa pulangan macam orang lain.
Tak berdosa pun tak melabur. Dan kami tak salahkan pun sekiranya ada orang yang tak mahu melabur. Hak dan pilihan masing-masing kan. Cuma kami nak betulkan perspektif kat sini, betul ke rakyat Malaysia majoritinya tak ada wang untuk melabur?
Cuba muhasabah diri kita semulaβ¦
Buka wardrobe terutamanya kalangan wanita. Apa yang anda lihat? Sesetengah orang sampai tak cukup satu wardrobe untuk simpan pakaian. Dan ada yang dah lama kita tak pakai⦠masih nak guna alasan tak ada wang untuk melabur?
Lihat di shopping complex pada hari biasa. Apa yang anda lihat? Ada yang sampai suami dan anak dia yang terpaksa tolong bawa barang βhasil buruanββ¦ masih nak guna alasan tak ada wang untuk melabur?
Perhatikan online shopping platform macam Shopee & Lazada. Kenapa e-commerce ni jadi terkenal? Siapa yang selalu beli? Masih nak guna alasan tak ada wang untuk melabur?
Pokoknya, tak ada wang hanyalah alasan kepada diri sendiri. Sekali lagi, bukan menyalahkan. Tapi fikir kembali selama ni ke mana wang kita mengalir? Adakah hanyut terbazir dalam liabiliti, atau tersimpan rapi dalam aset?
Kita jujur ya⦠kita ni selagi tak kena paksa, tak akan adanya rasa nak menyimpan aset. Betul tak? Mujurlah kita ni diwajibkan untuk mencarum dalam KWSP. Tengok hari ni, akhirnya berguna kan duit KWSP tu di saat terdesak?
Pelaburan bukan perlukan jumlah yang besar pun. Kalau anda boleh menyimpan RM100 sebulan pun, dalam setahun dah boleh mula melabur. Tinggal nak atau tak jer. So berbalik kepada fitrah asal iaitu ilmu pengurusan kewangan.
Jika kita pedulikan masa depan, mulakan menabung dan melabur dari sekarang! Mahu tidak mahu, kenalah disiplin, kenalah paksa!
Bila masa terbaik untuk melabur? Tiada masa atau hari yang tepat untuk mula tapi jika tanya kami mulalah dengan cepat yang mampu. Ingat, nak melabur gunakan wang lebihan kita.
InshaaAllah.. kami akan lancarkan program terbaru Autopilot Investor DDNK tidak lama lagi.
Daftar Pra Pendaftaran di dan dapatkan Chapter 1 buku terbaru DDNK Autopilot Investor 100% Percuma.
p/s: Ada yang bersemangat nak tahu tentang pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang? Jom muncul kat komen!