19/02/2024
Belajar saham ni ada fasa atau tingkat-tingkatnya.
Macam kat sekolah dulu, kita bermula dengan masuk tadika atau pre-school untuk mengenal huruf dan bersedia untuk masuk ke alam persekolahan.
Kemudian kita masuk sekolah rendah dari darjah 1 sampai ke darjah 6 lamanya.
Lepas UPSR, kemudian kita naik ke sekolah menengah.
Apa yang kita belajar di sekolah menengah pastinya lebih βadvanceβ berbanding apa yang kita belajar di sekolah rendah.
Di sekolah menengah, kita akan bertemu dengan subjek-subjek killer seperti Add Math, Physics, Biology dan Chemistery atau Prinsip Akaun.
Haa, ingat lagi tak?
Advance tak advance, kalau tak reti mengeja, membaca atau mengira yang kita belajar di sekolah rendah, pasti sekolah menengah akan jadi super mencabar bagi kita.
Kemudian lepas SPM, ada yang sambung buat STPM, ada yang pergi ke Kolej Matrikulasi, ada yang pergi ke Pre-U atau Asasi dan ada juga yang terus sambung diploma mengikut pilihan bidang masing-masing.
Kemudian lepas tu kita boleh sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di peringkat kolej atau universiti.
Seterusnya level Masters dan kemudian sambung lagi untuk dapatkan PHD.
Nampak kan proses belajar tu bertingkat-tingkat banyaknya..
Along the way dalam proses tu kita akan belajar banyak perkara dan membentuk ilmu dalam diri kita.
Jadi samalah juga dengan belajar saham.
Kita perlu bermula dari level paling asas iaitu newbie saham.
Kena kenal dulu
β
apa itu saham sebenar
β
syarikat broker atau investment bank untuk buka akaun CDS
β
asas persediaan untuk terlibat dalam saham
β
peluang dan risiko yang ada dalam pasaran saham
β
adakah saham sesuai dengan kita atau pun tidak
β
dan banyak lagi lah checklist jika nak disenaraikan..
Papepun basically jika nak jadi pelabur dan trader saham ni, memang kena belajar.
Susah melabur saham ni jika tiada ilmu dan kefahaman.
Kalau kita pergi sekolah pun kita kena bayar yuran, beli buku, beli baju uniform sekolah, beli kasut sekolah, beli kelengkapan belajar semuanya adalah kos yang perlu kita laburkan.
Begitulah juga nak belajar saham.
Cuma dalam saham ni tak de lah kita kena beli baju uniform saham. π€£π€£
Pakai je lah baju apa yang ada..
Nak pakai kain pelikat je pun boleh..
Begitulah saham sedikit sebanyak.
Jangan berkawan dengan orang yang cakap tak payah belajar saham, dia hanya s**a anda melingkup sorang-sorang.
Sepatutnya kawan yang baik adalah kawan yang encourage kita untuk belajar dan improve diri ikut minat dan bidang pilihan kita.
Ni tak, ada ke patut dia suruh kita belajar saham kat Youtube je..?
Anda rasa itu nasihat yang bagus ke untuk anda yang nak melibatkan diri dalam dunia saham.
Tak kan..?
Tak de pemain badminton atau pemain bola sepak terbaik dunia yang belajar hanya guna Youtube.
Semua world class players pasti akan ada mentor atau coach yang bimbing mereka menjadi hebat.
Diorg guna Youtube hanya untuk tengok podcast dan dengar lagu je.. π
Haa camtu lah basically.
Apa pendapat korang?
-Nizam Malek