The Zoa HLMT

Call Directions

The Zoa HLMT Takaful Consultant
Risk Management Specialist
Guided by Top Producer & MDRT HLMT Regional
Hong Leong MSIG Takaful

👨‍👩‍👧‍👦 Medical Card
👫 Hibah

“Saya tak nak anak isteri saya merempat kalau saya tiba-tiba tak ada.”Hari ni saya closing seorang engineer, suami dan a...
20/09/2026

“Saya tak nak anak isteri saya merempat kalau saya tiba-tiba tak ada.”

Hari ni saya closing seorang engineer, suami dan ayah kepada 3 orang anak.

Setiap hari dia drive 60km sehala — 120km sehari untuk pergi dan balik kerja. Panas, hujan, jem, risiko jalan raya… semua ditempuhi demi keluarga.

Bila sembang pasal perlindungan, dia terus terang cakap:

“Saya kerja kuat hari-hari sebab anak isteri. Jadi kalau satu hari saya tiba-tiba tak ada, sekurang-kurangnya saya nak tinggalkan sesuatu untuk mereka.”

Akhirnya dia pilih:
Hibah RM750,000
CI Rider RM350,000
Booster Saving
Caruman sekitar RM490/bulan

Jika berlaku kematian akibat kemalangan, ada tambahan manfaat RM750,000, tertakluk kepada terma dan manfaat pelan.

Bagi dia, ini bukan soal takut mati.

Ini soal tanggungjawab.

Kalau diuji penyakit kritikal hingga tak mampu bekerja, ada bantuan kewangan.
Kalau berlaku kemalangan, ada perlindungan.
Kalau ditakdirkan pergi dulu, sekurang-kurangnya anak isteri tak perlu bermula dari kosong.

Kita tak tahu apa jadi esok.
Tapi kita masih boleh buat persediaan hari ini.

Kadang-kadang tanda sayang bukan sekadar apa yang kita beri ketika masih ada…

tetapi apa yang kita tinggalkan bila kita sudah tiada.

Tertakluk kepada terma, syarat dan manfaat pelan yang dipilih.

Semalam saya nampak sendiri sebuah kereta terbakar di tengah jalan.Jalan terus sesak teruk. Ambulans belum sampai, polis...
08/09/2026

Semalam saya nampak sendiri sebuah kereta terbakar di tengah jalan.
Jalan terus sesak teruk. Ambulans belum sampai, polis pun baru tiba.
Yang paling bermain dalam fikiran saya cuma satu:

Kalau ada mangsa di dalam, macam mana nasib dia dan keluarga?

Kereta mungkin boleh dibaiki atau dituntut melalui insurance.
Tapi kalau yang terjejas itu manusia?
Kalau masuk hospital?
Kalau tak mampu bekerja sementara waktu?
Kalau alami cacat kekal?
Kalau meninggal dunia?

Sebab itu perlindungan kemalangan (accidental benefit) sangat penting.

Bila berlaku kemalangan, perlindungan ini boleh bantu dari segi:

* kemasukan hospital
* bantuan kewangan ketika tidak mampu bekerja
* perlindungan jika berlaku cacat kekal
* manfaat kepada waris jika berlaku kematian akibat kemalangan

Accident ni tak pilih masa.
Boleh berlaku di jalan raya, tempat kerja, atau masa tengah cari rezeki macam biasa.

Ramai orang fikir,
“Aku sihat lagi, aku okay lagi.”
Tapi hakikatnya, bila musibah datang,
yang paling terasa bukan pada kenderaan —
tapi pada tubuh badan, income, dan keluarga yang bergantung pada kita.

Untuk yang kerja jauh, naik motor, drive hari-hari, kerja site, kerja buruh, atau kerja berisiko —
perlindungan accidental bukan kemewahan, tapi persediaan.

Sebelum jadi apa-apa, susun awal perlindungan diri.
Sekurang-kurangnya kalau musibah datang, beban tak jatuh 100% atas keluarga.

Kita boleh berhati-hati. Tapi kita tak boleh kawal semua benda.Setiap hari kita keluar rumah untuk cari rezeki.Ada yang ...
02/09/2026

Kita boleh berhati-hati. Tapi kita tak boleh kawal semua benda.

Setiap hari kita keluar rumah untuk cari rezeki.

Ada yang naik motor 20km.
Ada yang ulang-alik 60–80km satu hala.
Ada yang sehari atas jalan sampai 120–160km.
Belum masuk musim hujan, jalan licin, tumpahan minyak, kenderaan lain hilang kawalan atau kejadian yang langsung kita tak jangka.

Accident p**a bukan berlaku atas jalan sahaja.

Jatuh di tempat kerja.
Tergelincir di bilik air.
Terjatuh dari tangga.
Kemalangan ketika bercuti.
Atau perkara kecil yang akhirnya menyebabkan kecederaan serius.

Sebab itu Accidental Protection bukan sekadar cerita pasal “meninggal dunia”.

Yang lebih merisaukan kadang-kadang ialah…

👉 Kita masih hidup, tetapi tak mampu bekerja seperti biasa.

Kalau accident menyebabkan hilang upaya kekal, kehidupan mungkin berubah sepenuhnya.

Kalau menyebabkan hilang upaya sementara, mungkin beberapa bulan kita tak boleh bekerja seperti biasa.

Kalau berlaku kematian akibat kemalangan, sekurang-kurangnya ada dana yang boleh membantu keluarga meneruskan kehidupan dan komitmen yang kita tinggalkan.

Bayangkan seorang suami umur 35 tahun.

Gaji RM5,000–RM8,000.
Ada rumah.
Ada kereta.
Ada anak kecil.
Setiap hari commute jauh untuk bekerja.

Kalau satu hari berlaku accident dan dia tak dapat bekerja beberapa bulan…

Siapa sambung bayar komitmen rumah?
Siapa tanggung belanja anak?
Berapa lama emergency fund mampu bertahan?

Sebab itu bagi aku, kalau ada pelan perlindungan kemalangan sekitar RM90–RM100+ sebulan, bergantung kepada umur, manfaat dan pelan yang dipilih, ia memang sesuatu yang patut dipertimbangkan.

Bukan sebab kita menjangka accident akan berlaku.

Tapi sebab kita tahu…

Accident tak pernah buat appointment.

Lagi-lagi kalau kerja kita memang mempunyai exposure tinggi:
🏍️ Ulang-alik kerja dengan motosikal
🚗 Drive jarak jauh setiap hari
🚌 Banyak menggunakan public transport
🏗️ Bekerja di site / kawasan berisiko
✈️ Kerap travelling atau outstation

Semakin tinggi exposure kita, semakin penting kita fikir tentang risk transfer.

Kita mungkin tak boleh elakkan semua risiko.

Tetapi kita boleh pastikan kalau sesuatu terjadi, kewangan keluarga tak jatuh sekali.

Umur 30-an mungkin masa paling sesuai untuk mula susun perlindungan sedikit demi sedikit.

Tak semestinya terus ambil semuanya.

Medical Card → Hibah → Income Protection → Accidental Protection

Ikut kemampuan dan keutamaan masing-masing.

Yang penting, jangan tunggu accident berlaku baru kita terfikir:

“Kalaulah dulu aku ada buat protection…”

Kalau nak tahu berapa coverage accidental yang sesuai ikut pekerjaan, cara commute dan bajet bulanan, boleh PM saya. Kita tengok ikut keperluan dahulu—bukan semata-mata nak ambil plan paling mahal.

Kadang-kadang kita ingat bila dah beli rumah, kita dah tinggalkan harta untuk keluarga.Tapi cuba fikir balik…Rumah tu be...
02/09/2026

Kadang-kadang kita ingat bila dah beli rumah, kita dah tinggalkan harta untuk keluarga.

Tapi cuba fikir balik…

Rumah tu betul-betul dah jadi harta ke?

Atau sebenarnya masih ada baki hutang 30 tahun?

Realitinya, ramai orang umur 30-an sekarang bukan ada satu hutang sahaja.

Ada hutang rumah.
Ada hutang kereta.
Ada personal loan.
Ada kad kredit.
Ada AEON.
Ada Grab PayLater.
Ada Shopee PayLater.
Ada hutang-hutang lain yang waris pun mungkin tak tahu.

Bila campur semua, tak mustahil jumlah hutang boleh cecah RM500k hingga RM750k.

Soalan dia…

Kalau kita meninggal tiba-tiba akibat accident atau sakit mengejut, siapa nak selesaikan semua hutang ni?

Isteri?

Anak-anak?

Mak ayah?

Waris?

Sebab kita bukan hanya boleh tinggalkan harta.

Kita juga boleh tinggalkan hutang.

Di sinilah pentingnya MLTT.

MLTT boleh jadi alat hibah untuk bantu waris selesaikan hutang yang kita tinggalkan.

Bukan sebab nak jadikan waris kaya.

Tapi supaya waris tak terbeban bila kita dah tiada.

Bayangkan keluarga yang asalnya bahagia…

Tiba-tiba hilang pencari nafkah.
Tiba-tiba kena fikir bayaran rumah.
Tiba-tiba kena bayar kereta.
Tiba-tiba kena urus bil, sekolah anak dan hutang tertunggak.
Tiba-tiba kena buat keputusan kewangan waktu emosi tengah hancur.

Kalau tiada perancangan, hutang boleh jadi punca keluarga mula goyang.

Rumah mungkin terpaksa dijual.
Kereta mungkin ditarik.
Simpanan keluarga mungkin habis.
Masa depan anak-anak mungkin terganggu.

Sebab tu MLTT penting.

MLTT bantu hutang tidak jatuh terus ke bahu waris.

MLTT bantu rumah kekal jadi tempat berteduh, bukan punca tekanan.

MLTT bantu keluarga ada ruang untuk bernafas selepas kehilangan pencari nafkah.

Hibah bukan sekadar tinggalkan duit.

Hibah ialah cara kita susun kasih sayang supaya sampai kepada orang yang kita sayang pada waktu mereka paling perlukan.

Jangan sampai kita rancang nak tinggalkan legasi…

Tapi yang sampai kepada keluarga cuma legasi hutang.

MLTT bukan cerita mati semata-mata.

MLTT ialah cerita tanggungjawab seorang ketua keluarga.

Sebab bila kita dah tiada, keluarga bukan cuma perlukan kenangan.

Mereka perlukan perlindungan.

Anak kita mungkin baru umur 3, 5 atau 8 tahun hari ni…tapi masa depan dia sebenarnya dah mula berjalan. 🎓Hari ni kita te...
01/09/2026

Anak kita mungkin baru umur 3, 5 atau 8 tahun hari ni…
tapi masa depan dia sebenarnya dah mula berjalan. 🎓

Hari ni kita tengok dia masih kecil.

Main.
Sekolah.
Belajar ABC.
Belajar kira-kira.

Tapi beberapa tahun lagi, kita akan mula dengar dia cakap:

“Ayah, saya nak jadi engineer.”
“Ibu, saya nak jadi doktor.”
“Saya nak sambung universiti.”

Masa tu, soalan sebenar bukan lagi:

“Anak nak jadi apa?”

Tapi…

“Kita dah bersedia ke untuk bantu dia sampai ke sana?”

Kalau nak jadi Civil Engineer contohnya, perjalanan dia panjang.

Umur 13–15 tahun mula bina asas Maths, Science & English.

Umur 16–17 tahun fokus STEM, Add Maths, Physics dan Chemistry.

Lepas SPM, sambung Matrikulasi / Asasi / STPM.

Kemudian masuk Degree Civil Engineering di IPTA.

Lepas degree p**a, perjalanan belum habis.

Masuk industri.
Jadi Graduate Engineer.
Tambah software skill.
Ambil professional certification.
Dan mungkin sambung Master.

Baru kita nampak…

Nak bina seorang professional bukan projek 4 tahun.
Ia perjalanan 10–15 tahun.

Dan perjalanan itu perlukan persediaan kewangan.

Kalau pada umur 18 anak dah ada dana sekitar RM70,000, sekurang-kurangnya ia boleh bantu cover:

✅ Yuran degree IPTA
✅ Laptop engineering
✅ Buku, project & PPE
✅ Sebahagian besar kos sara hidup

Mungkin belum cukup untuk cover semuanya.

Tapi satu benda pasti…

Kita tak bermula dari kosong.

Sebab itu, kalau anak masih kecil, jangan tunggu Form 5 baru nak mula fikir.

Hari ini mungkin RM200.
Mungkin RM250.
Mungkin lebih.

Jumlahnya mungkin nampak kecil sekarang.

Tapi masa + konsisten boleh jadikan simpanan kecil hari ini sebagai peluang besar untuk anak nanti.

❤️ Kita mungkin tak boleh tentukan anak akan jadi apa.
Tapi kita boleh pastikan bila peluang itu datang, kita dah bersedia.

Kalau anda ada anak umur 3–8 tahun, mungkin sekarang masa paling sesuai untuk mula bina dana pendidikan mereka.

Jangan tunggu impian anak datang dulu baru nak bersedia.
Bersedia dulu, supaya bila impian itu datang… kita mampu bantu dia ke sana.

UMUR 33 TAHUN, MASIH SEMPAT PLAN HAJI 🕋Contoh mudah:💰 RM175 sebulan📆 27 tahun➡️ Jumlah simpanan: RM56,700Kalau simpan bi...
25/08/2026

UMUR 33 TAHUN, MASIH SEMPAT PLAN HAJI 🕋

Contoh mudah:

💰 RM175 sebulan
📆 27 tahun
➡️ Jumlah simpanan: RM56,700

Kalau simpan biasa, duit tu berkembang ikut p**angan simpanan.

Kalau sebahagian bajet tu disusun melalui i-Tulus, selain bina dana, ada juga elemen:

✅ Manfaat tunai tahunan
✅ Manfaat Umrah
✅ Manfaat Haji
✅ Nilai matang
✅ Perlindungan takaful

Contoh ilustrasi dalam pelan:

RM175 × 12 bulan × 27 tahun = RM56,700

Dengan manfaat yang berkaitan, anggaran keseluruhan boleh mencecah sekitar:

RM73,800*

Bezanya lebih kurang RM17,100 daripada jumlah yang disumbangkan.

Point dia bukan nak jadi kaya.

Point dia nak jadikan bajet kecil hari ini sebagai persediaan untuk Tanah Suci satu hari nanti.

Kalau umur dah masuk 30-an, kita masih ada satu kelebihan besar:

MASA.

Jangan tunggu duit banyak baru mula plan Haji.

Mula kecil dulu, yang penting mula. 🕋

Nak tahu contoh ikut umur & bajet korang?
📲 WhatsApp saya.

*Angka hanyalah ilustrasi berdasarkan contoh tertentu dan tertakluk kepada terma, manfaat serta prestasi pelan.

Anak makin sedikit. Tapi impian mereka makin besar. 👨‍👩‍👧‍👦🎓Sekarang ramai parents awal 30-an dah mula fikir bukan sekad...
23/08/2026

Anak makin sedikit. Tapi impian mereka makin besar. 👨‍👩‍👧‍👦🎓

Sekarang ramai parents awal 30-an dah mula fikir bukan sekadar nak “besarkan anak”…

Tapi nak bentuk masa depan anak.

Nak dia jadi doktor? 👨‍⚕️
Pilot? ✈️
Engineer? 👷
Arkitek? 🏙️

Impian tu mungkin percuma.
Tapi perjalanan ke sana ada kosnya.

Hari ini, anggaran kos pengajian boleh mencecah:

🩺 Doktor: ± RM616,000
✈️ Pilot: ± RM350,000
👷 Engineer: ± RM169,000

Kalau kos pendidikan meningkat sekitar 5% setahun, dalam 10 tahun angka itu boleh jadi sekitar:

🩺 Doktor → ± RM1 juta
✈️ Pilot → ± RM570k
👷 Engineer → ± RM275k

Sebab tu kalau anak sekarang baru umur 5–8 tahun, jangan rasa universiti masih jauh.

10 tahun nampak lama…
tapi RM300,000 bukan boleh kumpul dalam semalam.

Tak semestinya kita kena sediakan 100% kos pengajian.

Yang penting, mula dulu.

RM100.
RM200.
RM300 sebulan.

SSPN, simpanan sendiri atau pelan pendidikan takaful — pilih ikut kemampuan dan objektif keluarga.

Sebab bila anak umur 18 tahun nanti, kita nak dia pilih kerjaya berdasarkan potensi dan minat dia…

bukan semata-mata berdasarkan
“Ayah dengan ibu mampu ke tak?”

❤️ Bila anak mula ada impian, parents mula bina tabungnya.

RM50k nampak kecil masa kita sihat, tapi boleh jadi duit penyelamat bila waris tengah kelam-kabut.Dalam konteks keluarga...
22/08/2026

RM50k nampak kecil masa kita sihat, tapi boleh jadi duit penyelamat bila waris tengah kelam-kabut.

Dalam konteks keluarga Islam, hibah RM50k ni bukan semata-mata “duit banyak”. Dia lebih kepada duit cepat sampai kepada orang yang kita pilih.

Contoh mudah:

Kalau suami meninggal, keluarga mungkin perlukan duit segera untuk:

1. Kos urusan awal
Pengurusan jenazah, perjalanan keluarga, dokumen, urusan mahkamah/pejabat, dan hal-hal kecemasan.

2. Nafkah sementara
RM50k boleh tampung belanja rumah beberapa bulan.
Contoh kalau kos hidup keluarga RM3,000 sebulan, RM50k boleh bantu lebih kurang 16 bulan sebelum keluarga stabil semula.

3. Bayar komitmen tertunggak
Bil rumah, kereta, kad kredit, yuran sekolah anak, sewa, barang dapur — benda ni tak tunggu proses pusaka selesai.

4. Elak waris terpaksa meminjam
Kadang-kadang bukan waris tak ada keluarga. Tapi waktu susah, nak minta tolong pun berat. Hibah RM50k boleh jaga maruah isteri/anak.

5. Duit ini boleh terus kepada penerima hibah
Kalau disusun betul melalui takaful hibah, penerima hibah boleh terima manfaat itu tanpa perlu berebut atau tunggu pembahagian pusaka biasa.

24/05/2026
Kelebihan 10,000 steps setiap hari1. Bantu jaga berat badan & kurangkan lemakBerjalan nampak simple, tapi bila dibuat se...
24/05/2026

Kelebihan 10,000 steps setiap hari
1. Bantu jaga berat badan & kurangkan lemak
Berjalan nampak simple, tapi bila dibuat setiap hari, kalori yang dibakar akan terkumpul. Ia bantu kawal berat badan, kurangkan lemak badan, dan elakkan badan cepat “naik” terutama bila umur masuk 30-an.

2. Jantung lebih kuat
Berjalan konsisten boleh bantu tingkatkan cardiovascular fitness. Ini penting sebab umur 30-an adalah waktu terbaik untuk mula jaga jantung sebelum masuk 40-an. Aktiviti berjalan juga dikaitkan dengan pencegahan atau pengurusan risiko penyakit seperti sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

3. Kurangkan risiko diabetes jenis 2
Bila awak berjalan setiap hari, badan akan lebih cekap guna gula dalam darah. Ini membantu kawalan insulin dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2. WHO juga nyatakan aktiviti fizikal membantu dalam pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit termasuk diabetes.

4. Mood lebih stabil, stress kurang
Ini antara benefit paling cepat rasa. Lepas berjalan 30–60 minit, kepala biasanya rasa lebih ringan. Berjalan boleh bantu kurangkan stress, improve mood, cognition, memory dan tidur.

5. Tidur boleh jadi lebih baik
Kalau dibuat secara konsisten, berjalan boleh bantu badan lebih mudah masuk mode rehat. Tapi kalau jalan terlalu laju atau terlalu dekat dengan waktu tidur, sesetengah orang mungkin jadi segar p**a. Jadi kalau balik kerja malam, jalan santai atau moderate lebih sesuai.

6. Lutut, kaki dan otot jadi lebih tahan
Berjalan bantu kuatkan otot kaki, glute, betis, sendi dan daya tahan badan.

7. Bagus untuk orang yang banyak duduk
Kalau kerja banyak duduk atau drive lama, 10,000 steps sehari memang boleh bantu lawan kesan sedentary lifestyle.

8. Lebih mudah konsisten berbanding exercise berat

Kalau target awak 10,000 steps, lebih baik pecahkan:

3,000 pagi + 3,000 petang + 4,000 malam

atau kalau sibuk:
2,000 waktu kerja + 8,000 malam

Untuk lelaki & wanita 30-an, apa kesan paling besar?

Pada umur 30-an, 10,000 steps sehari boleh bantu:
Lelaki: jaga perut daripada cepat naik, stamina lebih baik, jantung lebih kuat, stress kerja lebih terkawal, tidur lebih baik, tenaga harian lebih stabil.

Wanita: bantu kawal berat badan, mood lebih stabil, kurangkan stress, sokong kesihatan tulang dan otot, bantu metabolisme dan kecergasan harian.

Tapi secara asas, benefit dia hampir sama untuk lelaki dan wanita: badan lebih aktif, risiko penyakit lebih rendah, mental lebih stabil, dan stamina hidup harian lebih baik.

Nasihat paling praktikal
Kalau awak buat 10,000 steps setiap hari, jangan lupa tambah strength training 2 kali seminggu walaupun 15–20 minit.

Yang penting bukan perfect.
Yang penting jalan juga walaupun penat.
10,000 steps sehari tu bukan sekadar angka.
Itu bukti awak sedang jaga diri sendiri sebelum badan mula “claim” balik nanti.

Address

Jalan Budiman
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+60174567391

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Zoa HLMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share