08/02/2024
The Protege Exclusive 1 : Day 1
Dah lama saya tak jalankan sesi The Protege secara fizikal. Atas permintaan, kami bawakan sesi fizikal kepada sesiapa yang ingin datang bersemuka menuntut ilmu dalam kumpulan yang kecil.
Hari ini kita fokus kepada ilmu untuk menjadi seorang pelabur bersama Coach Haji Yusnizam Yusoff dan Coach Hajjah Roslinah Laikoi. Fahami langkah demi langkah teknik membaca maklumat syarikat dan perkaitan dengan cerita dalam pasaran.
Kita baca sama-sama, buat sama-sama dan kaji sama-sama. Kita buat sampai boleh nampak apa yang saya nampak dalam pasaran.
Esok kita akan belajar sesuatu yang sebelum ini mungkin tidak terfikir akan belajar. Rehat secukupnya, bersedia fizikal dan mental untuk menyerap lebih ilmu yang akan dikongsikan.