Rural Capital Berhad

Call Directions Website Contact the business

Rural Capital Berhad RURAL CAPITAL BERHAD (198401015843) adalah merupakan syarikat subsidiari di bawah MARA Corporation.

24/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 1448𝗛 🌙✨

Rural Capital Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap saling menghormati, kejujuran serta keprihatinan terhadap sesama insan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW terdapat contoh teladan yang terbaik.” 🤍

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Rural Capital Berhad.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗬𝗣𝗠 @ 𝗞𝗞𝗗𝗪 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲Rural Capital Berhad (RCB) turut hadir da...
24/08/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗬𝗣𝗠 @ 𝗞𝗞𝗗𝗪 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲

Rural Capital Berhad (RCB) turut hadir dalam Majlis Perasmian Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW dan Selangkah ke Universiti Parlimen Gerik Tahun 2026 yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama Kolej Vokasional Gerik, Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh akses pendidikan serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Turut mendapat perhatian ialah penyerahan mock-up cheque oleh YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad (RCB) sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan di negeri Perak. RM100,250 disumbangkan bagi Negeri Perak, manakala RM60,250 diperuntukkan khusus bagi Parlimen Gerik.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen RCB dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan dan pemerkasaan modal insan, khususnya dalam membantu mewujudkan lebih banyak peluang serta sokongan kepada para pelajar dalam mengejar cita-cita dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan, penyampaian cek cura penajaan, sesi fotografi serta walkabout ke reruai pameran yang mengetengahkan pelbagai inisiatif dan peluang pendidikan.

RCB akan terus menyokong usaha yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan sebagai salah satu asas penting dalam membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Melangkah bersama pendidikan, membina masa depan yang lebih bermakna.

MARA PRIHATIN | JEJAK ASPIRASI UPTM @ POS KEMARRural Capital Berhad turut bersama dalam menjayakan Program MARA Prihatin...
24/08/2026

MARA PRIHATIN | JEJAK ASPIRASI UPTM @ POS KEMAR

Rural Capital Berhad turut bersama dalam menjayakan Program MARA Prihatin – Jejak Aspirasi UPTM @ Pos Kemar yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) di Pos Kemar, Gerik, Perak.

Program ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Majlis Amanah Rakyat, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), rakan-rakan strategik serta komuniti setempat dalam memperkasa masyarakat Orang Asli melalui pendekatan menyeluruh merangkumi aspek pendidikan, kebajikan, pembangunan modal insan, keusahawanan dan pemerkasaan sosioekonomi.

Antara penglibatan RCB dalam program ini adalah menerusi Program Penyelenggaraan Motosikal bersama GIATMARA, yang menyediakan perkhidmatan penukaran minyak enjin motosikal kepada penduduk setempat. RCB turut menyumbangkan minyak hitam motosikal sebagai sebahagian daripada usaha menyokong keperluan dan kesejahteraan komuniti Pos Kemar.

Lebih bermakna, program ini turut mendapat sokongan dan kehadiran YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad, yang bersama-sama menyantuni komuniti serta menyokong usaha memperkukuh hubungan strategik antara MARA, RCB, rakan-rakan strategik dan masyarakat setempat. Dalam program ini, YBhg. Datuk turut menyempurnakan penyerahan mock cheque sumbangan bakul makanan berjumlah RM20,400 kepada komuniti Pos Kemar.

Dalam aspek kebajikan, sebanyak 220 orang penerima menerima sumbangan bakul makanan, manakala 1,034 orang pelajar menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA.

Program ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Speaker Yang-Dipertua Dewan Rakyat serta YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA merangkap Pro-Canselor UPTM.

RCB berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif MARA Prihatin ini dalam menyumbang kepada usaha memperkasa komuniti, memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta menyokong pembangunan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

Bersama Menyantuni, Bersama Memperkasa.

🎓 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-24 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥!Seluruh warga Rural Capital Berhad mengucapkan Selamat Ulang Tahun k...
20/08/2026

🎓 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-24 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥!

Seluruh warga Rural Capital Berhad mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-24 kepada Universiti Kuala Lumpur! 🎉

Tahniah atas 24 tahun perjalanan dalam memperkasa pendidikan tinggi, membangunkan bakat serta melahirkan graduan berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem MARA, RCB turut berbangga dengan komitmen dan pencapaian UniKL dalam menerajui kecemerlangan akademik, inovasi serta pembangunan modal insan negara.

Semoga UniKL terus melakar kejayaan, memperluas impak dan kekal menjadi antara pemangkin utama dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, kompeten dan berdaya saing.

Selamat Ulang Tahun ke-24, UniKL! Terus Maju, Terus Cemerlang! 🎓✨





Universiti Kuala Lumpur

RCB X MERDEKA | MALAM BOLA SEPAKSemangat Merdeka bukan sahaja dikibarkan dengan Jalur Gemilang, tetapi turut dizahirkan ...
19/08/2026

RCB X MERDEKA | MALAM BOLA SEPAK

Semangat Merdeka bukan sahaja dikibarkan dengan Jalur Gemilang, tetapi turut dizahirkan melalui semangat kesukanan, kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga kerja Rural Capital Berhad.

Pada 18 Ogos 2026, warga RCB bersama YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB, telah turun ke padang bagi menjayakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak RCB bertempat di UIA Football Turf.

Perlawanan ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, mengukuhkan semangat berpasukan serta merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja RCB dalam suasana santai dan penuh semangat 🇲🇾⚽️

Tak kira siapa menang, yang penting semangat satu pasukan! 💪🔥




19/08/2026

✨🇲🇾 RECAP PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG 🇲🇾✨



PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG Rural Capital Berhad hari ini turut memeriahkan Program Semarak Jalur Gemilang yang berla...
18/08/2026

PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG

Rural Capital Berhad hari ini turut memeriahkan Program Semarak Jalur Gemilang yang berlangsung di Atrium, BUSANA@Menara MARA, sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Yahaya bin Sani, Group Chief Executive Officer (GCEO), MARA Corporation Sdn. Bhd., dan turut disertai oleh warga kerja dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Dengan mengenakan pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang – Merah, Biru, Putih dan Kuning, warga RCB bersama-sama menyemarakkan semangat Malaysia MADANI serta menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Semoga semangat patriotisme ini terus mekar dalam diri setiap warga RCB dan menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama memberikan yang terbaik kepada organisasi, masyarakat dan negara.

Jom kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat Malaysia!



RCB RETREAT 2026 | MENCORAK MASA DEPAN, MEMACU KELESTARIANRural Capital Berhad telah menganjurkan Program RCB Retreat 20...
18/08/2026

RCB RETREAT 2026 | MENCORAK MASA DEPAN, MEMACU KELESTARIAN

Rural Capital Berhad telah menganjurkan Program RCB Retreat 2026 yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan penyertaan seramai 35 orang warga kerja RCB.

Mengangkat tema “Mencorak Masa Depan, Memacu Kelestarian”, program ini menjadi platform kepada warga RCB untuk berkongsi idea, bertukar pandangan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam mendepani cabaran dan peluang masa hadapan.

Antara pengisian utama program adalah sesi perbincangan dan pembentangan cadangan oleh para peserta yang kemudiannya dipersembahkan kepada YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad.

Program turut menjadi ruang untuk mempereratkan silaturahim, membina kesepakatan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga RCB.

Semoga segala idea dan aspirasi yang dicetuskan sepanjang RCB Retreat 2026 dapat diterjemahkan kepada langkah yang lebih strategik dalam memacu RCB ke arah organisasi yang lebih relevan, berdaya tahan dan mampan.

Mencorak Masa Depan, Memacu Kelestarian.





11/08/2026

Berapa tahun dah anda berkerja?

Address

Tingkat 14, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326381000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rural Capital Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rural Capital Berhad:

Share