15/06/2022
🌸Keselesaan & Ketenangan Jiwa🌸
Gambar ni diambil ketika anak diserang HFMD minggu kedua raya (time ni dah okay sikit sebab keadaan anak dah makin pulih, tu boleh makan2 sikit tu). Masa detect anak sakit tu sbb dia demam dan susah nak makan. Time tu diperingkat awal HFMD melanda, so tak perasan la anak sakit sbb ape, sebab kt badan dia xda pon nampak blisters merah2 tu. Rupa2 nya dalam mulut dia penuh dengan blisters. Anak lemah je time tu dan xnak bercakap sbb tahan sakit. Anak kalau start je sakit, memang trus bawak hospital untuk check, tak pergi ke klinik, sbb record medical anak mmg dah ada kt hospital tu sejak lahir. Senang bagi kami dan doctor paediatric anak monitor.
Sebagai seorang ibu yang bekerja, sememangnya sibuk dgn kerja dan family, rehat tu sangat penting. So bila anak sakit mmg penat sgt sbb kena sentiasa berjaga setiap waktu kalau dia demam panas. Every 4 hours kena check temperature tu supaya tak terlalu tinggi takut kena sawan. so kalau dah 2 hari temperature asyik tinggi je, memang akan warded hospital. Masa bawak anak ke hospital tu, doctor cakap kalau dia xboleh makan, perlu warded supaya dapat masuk drip air. So kami pon balik, sbb i ada kerja yang perlu disiapkan sebelom warded, hari seterusnya nak warded, bilik hospital full p**ak. Kena buat booking dulu dan keesokkan hari apabila terima call dari hospital, ada bilik kosong. (Memang musim HFMD dan penyakit lain jugak yang serang budak2 masa tu, tak lupa juga covid kan)
Since i kan agent takaful, mestilah anak i ada takaful. Medical card untuk anak sangat2 penting. Ini kerana anak kecil adalah golongan yang paling berisiko untuk mendapat penyakit. Berdasarkan pengalaman sendiri, ramai ibubapa lebih selesa untuk anak dimasukkan ward single. Ini kerana kebiasaanya bila anak warded, si ibu lah yang jaga.
Jadi pemilihan bilik single dapat menjaga privasi si ibu terutamanya untuk menjaga aurat dan urusan persiapan diri, bilik pon selesa. Jaga orang sakit ni, kita pon kadang2 rasa penat sangat, bukan setakat penat badan, mental pon penat, sbb anak asyik nak clingy je. Kadang tido pon tak cukup.
I bersyukur sangat ada kemudahan yang selesa, bilik privasi, tak perlu share dengan ramai orang, husband pon boleh dtg dan jaga sekali, Atok dan nenek nak datang melawat cucu pon selesa la. Tempat duduk sofa semua, dah macam rumah la. so i tak rasa rugi la bayar insurance ni.
Ada orang cakap rugi ambil insurance, sbb tak sakit. Baik masuk hospital kerajaan free ,takyah nak fikir kos tinggi2. Tapi kita cakap pasal keselesaan dan Ketenangan jiwa. Tak tau la nak cakap macam mana, takkan nak ambil insurance time dah sakit kan. Memang company insurance tak terima lah.
Ni haa nak btau, memang hospital kerajaan tu bill nya murah. Tapi tak semua ye free. Ada charge nya juga. Contoh kalau accident dan kaki kena masuk besi, RM4K juga kena keluar atau kena buat chemotherapy, kena bayar ye.
Hospital kerajaan ni bukan kerana isu doktor yang lambat, tetapi kerana faktor ramai pesakit yg datang untuk menerima rawatan. Biasalah, doktor sedikit, pesakit p**a ramai, memang kena tunggu giliran panjang la. So ape kata, untuk orang yang berkemampuan tu, ambilah medical card bagi lah peluang kepada golongan yang berkemampuan dengan memendekkan nombor giliran di hospital kerajaan tu.
Sekian dari
Azie
Agent takaful
www.wasap.my/60172007669/infomedicalcardAia