Page juga akan memberi info terkini mengenai aktiviti anjuran PSSCM. Seni Silat Cekak Malaysia dilahirkan kembali pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah. Seni Silat Cekak sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira-kira 80,000 orang dan mempunyai sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatan Tenaga Pengajar seramai lebih kurang 700 orang. PSSCM juga telah diterima dengan baik di IPTA dan IPTS seperti UIAM, UUM, USM, UiTM, UPM, UKM, UTM, UPSI serta di kolej-kolej teknikal seperti di UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan di sekolah-sekolah. Paling membanggakan juga ialah ianya telah diterima oleh pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan tertubuhnya Kelab Silat Cekak TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Di samping itu, Silat Cekak telah juga diterima sebagai salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA seperti di USM dan UUM. http://www.silatcekak.org.my/index.php/persatuan/pengenalan.html