05/08/2026
Ramai individu sepanjang tempoh bekerja hanya bergantung kepada Medical Card yang disediakan oleh syarikat. Apabila bersara, berhenti kerja atau ingin mendapatkan perlindungan sendiri, barulah menyedari mereka telah mempunyai pelbagai penyakit sedia ada (pre-existing illnesses) yang menyebabkan permohonan Medical Card individu mungkin tidak diluluskan atau penyakit tersebut tidak dilindungi.
Perlu difahami bahawa Employee Benefits dan Individual Insurance/Takaful adalah dua jenis perlindungan yang berbeza.
Employee Benefits (Medical Card Syarikat)
• Risiko dan kos ditanggung oleh majikan melalui polisi berkumpulan.
• Premium pembaharuan (renewal) bergantung kepada prestasi tuntutan keseluruhan kumpulan pekerja.
• Syarat penyertaan biasanya lebih longgar.
• Penyakit sedia ada (bergantung kepada terma polisi kumpulan) lebih berkemungkinan mendapat perlindungan berbanding polisi individu.
Individual Insurance / Takaful (Medical Card Individu)
• Risiko dikongsi oleh peserta melalui konsep insurans atau takaful.
• Setiap permohonan tertakluk kepada proses penilaian kesihatan (underwriting).
• Syarat utama ialah pemohon perlu mengisytiharkan status kesihatan dengan jujur.
• Penyakit sedia ada (pre-existing illness) lazimnya tidak dilindungi atau mungkin dikenakan pengecualian, penangguhan atau syarat tambahan bergantung kepada keputusan underwriting.
• Manfaat perlindungan memberi fokus kepada kemasukan ke hospital (hospitalisation) serta manfaat rawatan pesakit luar yang hanya terpakai untuk penyakit atau keadaan tertentu mengikut terma polisi.
Kesimpulannya, jangan tunggu sehingga mempunyai penyakit untuk mendapatkan Medical Card individu. Dapatkan perlindungan ketika masih sihat supaya peluang kelulusan lebih tinggi dan manfaat perlindungan lebih menyeluruh.