04/06/2026
🚨 UPDATE KES KEMALANGAN PELANGGAN ANF DI PHANG NGA, THAILAND 🇹🇭
Pada 4 Jun 2026, ANF Branch Changlun telah menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Phang Nga, Thailand.
Sebaik menerima maklumat, pihak ANF Branch Changlun terus memaklumkan kepada ANF Rescue Team untuk tindakan segera. Pas**an Rescue ANF telah menghubungi pelanggan dan memberikan bantuan serta panduan sepanjang proses membuat laporan polis dan berurusan dengan pihak hospital.
Dalam kejadian tersebut, anak pelanggan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah menerima rawatan di hospital. Memandangkan pelanggan mempunyai perlindungan Insurance CI & VI melalui ANF, pas**an Rescue turut berhubung dengan pihak hospital bagi memastikan penggunaan perlindungan Compulsory Insurance dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan rawatan.
Selain itu, pelanggan juga mempunyai Travel Insurance Etiqa dan pihak ANF telah membantu memberikan panduan untuk proses tuntutan (claim) insurans tersebut.
Alhamdulillah, anak pelanggan telah menerima rawatan yang diperlukan dan dibenarkan keluar (discharge) dari hospital dalam keadaan yang baik.
✅ Bantuan kecemasan 24 jam
✅ Khidmat nasihat ketika kemalangan
✅ Bantuan urusan polis & hospital
✅ Perlindungan insurans untuk ketenangan anda di Thailand
Terima kasih kerana memilih ANF sebagai rakan perlindungan perjalanan anda. Kami sentiasa bersedia membantu pelanggan walau di mana anda berada di Thailand.