Moccis Berhad

Call Directions Website Contact the business

Moccis Berhad Julai, 1934 merupakan salah sebuah koperasi terbesar di Malaysia.

Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) atau dahulunya dikenali sebagai Malay Officers Cooperative Credit And Investment Society (MOCCIS) ditubuhkan pada 4hb.

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.  Pelbagai kaum, satu hati.Pelbagai budaya, satu identiti...
16/09/2026

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.

Pelbagai kaum, satu hati.
Pelbagai budaya, satu identiti.
Pelbagai cerita, satu Malaysia. โค๏ธ

Semoga semangat perpaduan sentiasa menjadi kekuatan kita untuk melangkah ke hadapan.

"MOCCIS ERA BARU"

Moccis Berhad mengucapkan sekalung tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa' atas pelantikan sebagai Ketua ...
15/09/2026

Moccis Berhad mengucapkan sekalung tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa' atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti, serta terus membawa kecemerlangan dan kejayaan yang lebih gemilang kepada gerakan koperasi di Malaysia.

Selamat menjalankan amanah dan selamat maju jaya!

โ€œMOCCIS ERA BARUโ€

๐ŸŽ‰ MATTA FAIR SEPTEMBER 2026 KUALA LUMPUR KEMBALI LAGI!!! ๐ŸŽ‰โœจ PROMOSI PAKEJ PENGINAPAN ISTIMEWA! โœจJangan lepaskan peluang ...
03/09/2026

๐ŸŽ‰ MATTA FAIR SEPTEMBER 2026 KUALA LUMPUR KEMBALI LAGI!!! ๐ŸŽ‰

โœจ PROMOSI PAKEJ PENGINAPAN ISTIMEWA! โœจ

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi pakej penginapan di Dฤ“ Moccis Boutique Hotel & Dฤ“ Moccis Lake Resort Teluk Intan pada harga yang berbaloi-baloi dan murah! ๐Ÿจ๐Ÿ’

๐ŸŽก Lagi best โ€” setiap tempahan berpeluang membawa pulang hadiah menarik melalui cabutan bertuah dengan permainan โ€œSpin of the Wheelโ€! ๐ŸŽ

๐Ÿ“ Jom jumpa di MATTA FAIR!
๐Ÿ“… Tarikh: 4 โ€“ 5 September 2026
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“Œ Tempat: Domestic Hall, Level 1, MITEC KL
๐ŸŽช No. Booth: 1P53 โ€” Zon Kuala Lumpur

๐Ÿคฉ Datang beramai-ramai, dapatkan tawaran istimewa dan meriahkan booth MOCCIS Inn kami!

๐ŸŽก Spin. Menang. Stay. Repeat! ๐Ÿฅณ

Jangan lupa singgah Booth 1P53 โ€” kami tunggu anda! โค๏ธ

"MOCCIS ERA BARU"

Berita Istimewa khas buat ANGGOTA MOCCIS yang AKTIF!!!Pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pegawai-Pe...
01/09/2026

Berita Istimewa khas buat ANGGOTA MOCCIS yang AKTIF!!!

Pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) Kali Ke-83 yang telah diadakan pada 16 Ogos 2026, mesyuarat telah bersetuju untuk memberikan saguhati sebanyak 3% sebagai menggantikan dividen kepada Anggota Aktif MOCCIS.

Pemberian saguhati ini merupakan penghargaan dan tanda terima kasih pihak koperasi atas sokongan serta komitmen berterusan Anggota Aktif terhadap MOCCIS.

"MOCCIS ERA BARU"

MAPT MOCCIS Ke-83 Perkukuh Tadbir Urus dan Buka Peluang Perniagaan Baharu KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Agung P...
01/09/2026

MAPT MOCCIS Ke-83 Perkukuh Tadbir Urus dan Buka Peluang Perniagaan Baharu

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026 โ€“ Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) MOCCIS ke-83 telah berlangsungnya pada 16 Ogos 2026, bertempat di De MOCCIS Boutique Hotel Kuala Lumpur, dengan kehadiran seramai 60 orang perwakilan yang mewakili anggota MOCCIS.

MAPT merupakan platform penting bagi anggota melalui perwakilan untuk membincangkan, mempertimbangkan serta memberikan persetujuan terhadap dasar dan keputusan yang dicadangkan sebelum sesuatu perkara dilaksanakan. Segala dasar yang berkaitan dengan pengurusan dan operasi koperasi perlu mendapat persetujuan mesyuarat agung sebelum dikuatkuasakan.

Antara perkara yang dipersetujui dalam MAPT pada kali ini ialah pemberian saguhati sebanyak tiga (3) peratus sebagai ganti dividen kepada anggota MOCCIS yang aktif. Keputusan tersebut mencerminkan komitmen koperasi dalam menghargai sokongan dan kesetiaan anggota yang terus bersama-sama menyumbang kepada kelangsungan MOCCIS.

Majlis penutup MAPT MOCCIS ke-83 telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara MOCCIS dengan Shue Ellis Group Sdn. Bhd., Mayda Consulting (M) Sdn. Bhd. dan Koperasi FK Capital Berhad. Majlis menandatangani MOU tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Ahmad Norihan.

Kerjasama strategik bersama organisasi berkenaan dilihat sebagai salah satu langkah penting dalam usaha MOCCIS meneroka dan memperluaskan peluang perniagaan, di samping membuka ruang kepada perkembangan aktiviti koperasi pada masa akan datang.

Pengerusi MOCCIS Berhad, YBhg. Datoโ€™ Ahmad Sobri bin Wan Teh, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota MOCCIS atas kesetiaan serta sokongan yang diberikan kepada koperasi selama ini.

Beliau berharap agar MOCCIS terus kekal relevan, berdaya saing dan kukuh dalam industri, di samping mempertahankan kedudukannya sebagai antara koperasi yang tertua di Malaysia.

MAPT MOCCIS ke-83 bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap tadbir urus koperasi yang berkesan, malah menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan bersama anggota serta meneroka peluang baharu demi memastikan MOCCIS terus berkembang dan kekal relevan pada masa hadapan.

โ€œMOCCIS ERA BARU"

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.Kemerdekaan bukan sekad...
31/08/2026

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan, tetapi amanah dan tanggungjawab kita bersama dalam memelihara keamanan, keharmonian serta perpaduan demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera.

Bersatu hati, teguh berdiri, bersama membina Malaysia yang aman, makmur dan gemilang.

"MOCCIS ERA BARU"

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1448H/2026M. Semoga sambutan yang penuh keberk...
25/08/2026

Moccis Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1448H/2026M. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita menghayati perjuangan, sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W serta menjadikannya pedoman dalam kehidupan. Marilah kita memperbanyakkan selawat dan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

"MOCCIS ERA BARU"

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara TEKUN Corporation dan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (M...
07/08/2026

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara TEKUN Corporation dan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis Berhad) telah berlangsung sempena Majlis Pelancaran Sistem Permohonan TEKUN Online pada 7 Ogos 2026 di Grand Sudirman Ballroom, Kuala Lumpur International Hotel.

TEKUN Corporation diwakili oleh YBhg. Dato' Normaziah Sheikh Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah TEKUN Corporation, manakala MOCCIS Berhad diwakili oleh YBhg. Dato' Ahmad Sobri bin Wan Teh, Pengerusi Moccis Berhad.

Majlis pertukaran MoU tersebut telah disaksikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta YBhg. Datuk Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) ini mencerminkan komitmen TEKUN Corporation dan Moccis Berhad dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi mempertingkatkan usaha pemulihan kredit. TEKUN Corporation akan memanfaatkan pengalaman dan kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan kutipan hutang serta pemulihan kredit yang dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berkesan, sekali gus menyokong objektif kedua-dua organisasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kredit.

"MOCCIS ERA BARU"

Moccis Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga YBhg. Tan Sri Dato' Zainol Ab...
28/07/2026

Moccis Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga YBhg. Tan Sri Dato' Zainol Abidin bin Abd. Rashid atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada pagi ini.

Semoga Allah S.W.T mengampuni segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Moccis Berhad amat menghargai segala jasa, sumbangan dan bakti Allahyarham kepada Koperasi Moccis Berhad. Segala pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai buat selama-lamanya.

Al-Fatihah.

"MOCCIS ERA BARU

๐ŸŽ‰ SEMPENA ULANG TAHUN MOCCIS BERHAD KE-92 ๐ŸŽ‰Peluang Istimewa untuk Anak-Anak Anggota MOCCIS!Bersempena sambutan ulang tah...
22/07/2026

๐ŸŽ‰ SEMPENA ULANG TAHUN MOCCIS BERHAD KE-92 ๐ŸŽ‰

Peluang Istimewa untuk Anak-Anak Anggota MOCCIS!

Bersempena sambutan ulang tahun ke-92 MOCCIS Berhad, berita gembira buat anak-anak Anggota MOCCIS yang aktif!

Sebagai tanda penghargaan kepada Anggota yang terus setia bersama kami, Moccis Berhad menawarkan 20 Biasiswa Penuh Yayasan Bank Rakyat yang disediakan oleh Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

๐Ÿ“š Biasiswa ini meliputi keseluruhan tempoh pengajian bagi program:

๐ŸŽ“ Diploma
๐ŸŽ“ Ijazah Sarjana Muda

Inilah peluang terbaik untuk merealisasikan impian melanjutkan pengajian tinggi dengan pembiayaan penuh di UKKM.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
MOCCIS Berhad
๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“Pn. Norhayati Awi
๐Ÿ“ž Tel: 03-4260 4227 samb. 204
๐Ÿ“ง E-mel: [email protected]

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mohon sekarang dan bina masa depan yang lebih cemerlang!

"MOCCIS ERA BARU"

Address

No 27-3 Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, Off Jalan Jelatek
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60342604227

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moccis Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Moccis Berhad:

Shortcuts

Share

Category