09/12/2024
MAJLIS PERASMIAN RUBBER PARK@KLCC.
Pada tanggal 4hb Disember yang lepas,KOPGET dengan kerjasama KOPROJAYA dengan jayanya telah mengadakan Majlis Perasmian Rubber Park@KLCC dengan julung kalinya. Majlis yang telah dihadiri dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick telah menarik perhatian ramai pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman ketika mengunjungi kawasan yang terletak di tapak tumpuan sekitar KLCC ini.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan strategik kami iaitu ZUS Coffee,Daily Dose Coffee,PANAS Express,Gembira Momento,Propain,Berkat Group dan Alamber yang memberi sokongan penuh bagi menjayakan majlis penuh bermakna ini.
Dan kepada anda mempunyai masa terluang,jemputlah mengunjungi Rubber Park@KLCC bagi mendapatkan servis dan juga tawaran produk menarik di sekitar kawasan ini. Jumpa anda disana! π