11/12/2023
Nak Financial Freedom? Kene ada Dana Kecemasan & Melabur dulu.
Tapi nak buat Dana Kecemasan atau Melabur dulu, atau serentak?
Apa fungsi Dana Kecemasan?
Untuk tampung kewangan kita jika sumber pendapatan terganggu.
Contoh; Selepas dibuang kerja, kita masih mampu membayar komitmen-komitmen untuk kita teruskan kehidupan seperti rumah sewa, bil elektriK & air sementara mencari pekerjaan baharu tanpa perlu kita menggadaikan atau menjual asset kita.
Berapa RM kene simpan?
Sebaiknya, ia mampu tampung 1 tahun komitmen kita. Simpan sikit-sikit, bermula dengan jumlah kita mampu tampung hidup untuk 1 hari,1 minggu, 1 bulan & seterusnya.
Apa fungsi Pelaburan?
Untuk mendapatkan pulangan untung.
Contoh: beli 1 saham pada harga RM100, dan jual balik saham pada harga RM200, maka kita dapat untung RM100. Boleh mendatangkan pendapatan pasif a.k.a duit bekerja untuk kita.
Berapa RM nak melabur?
Jumlah duit kita nak melabur mestilah sejumlah wang yang kita sanggup rugi 100% & tidak menjejaskan kewangan kita untuk teruskan kehidupan. Kalau sanggup rugi RM 100 melabur RM 100 je. Di Malaysia, pelbagai platform/jenis pelaburan yang sah ada. Bermula daripada serendah RM50 pun ada.
Yang mana patut sediakan dulu?
Dana Kecemasan patut diutamakan dahulu, sebab:
1. Pulangan pelaburan ambil masa. Sementara tunggu duit pelaburan masuk, kita masih perlu makan, bayar bil & sara hidup.
2. Kalau ada kecemasan & terpaksa keluarkan dana pelaburan, ini akan menggangu potensi keuntungan
3. Pelaburan tak sentiasa untung.
Nak kukuhkan lagi kewangan? Ambil hibah/medical card supaya jika berlaku cacat kekal/ rawatan di hospital / kematian tidak mengganggu Dana Kecemasan atau Pelaburan.
Klik sekarang untuk dapatkan quotation PERCUMA! https://wa.me/c/601156287150 ❗️
Klik sekarang untuk dapatkan quotation PERCUMA! https://wa.me/c/601156287150 ❗️
Klik sekarang untuk dapatkan quotation PERCUMA! https://wa.me/c/601156287150 ❗️