Fatah Nisa

Fatah Nisa Public Gold Authorised Priority Dealer (PG00222913)
www.wasap.my/60133538051

Assalamualaikum…Sesiapa berminat untuk join…🪴*Healing With Cik Piah & Kak Tam*🪴🌺Tarikh: 9 Disember 2023 (Sabtu)🌺Masa: 8 ...
03/12/2023

Assalamualaikum…
Sesiapa berminat untuk join…

🪴*Healing With Cik Piah & Kak Tam*🪴

🌺Tarikh: 9 Disember 2023 (Sabtu)
🌺Masa: 8 pagi - 4 petang
🌺Tempat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Sungai Tua, Selangor.

🌹Kandungan program:
Bual bicara, belajar tentang senaman regangan Melayu, belajar tentang ilmu herba.

🌹Aktiviti2 yang dijalankan:
🪻bual bicara
🪻aktiviti senaman
🪻aktiviti berkump**an
🪻explorace

🌹Sesuai untuk:
🌼 orang yang nak belajar tentang senaman dan herba
🌼 orang yang ikhtiar hamil
🌼 orang yang nak isi masa lapang dengan aktiviti2 bermanfaat
🌼 orang yang nak sihat!

🪷Yuran Pendaftaran:
RM35 seorang
RM60 dua orang

*Siapa berminat boleh register di sini
https://forms.gle/mQMzH8wtHtroU2peA*

Atau hubungi http://www.wasap.my/60143624016

Terima kasih!

🎀 Assalamualaikum!🎉 Siapa free 9 Disember ni?🎉 Jomlah join aktiviti healing denhan Cik Piah & Kak Tam.🎉 Aktiviti menarik...
21/11/2023

🎀 Assalamualaikum!

🎉 Siapa free 9 Disember ni?

🎉 Jomlah join aktiviti healing denhan Cik Piah & Kak Tam.

🎉 Aktiviti menarik menanti especially untuk siapa-siapa yang berminat untuk belajar tentang Herba dan juga senaman Melayu.

🛍️ Anda juga akan dapat set combo 2 teh herba super sedap manis lemon madu.

http://www.wasap.my/60136460792

22/09/2022
Kelebihan emas 1. Wang untuk seluruh dunia.Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di...
11/04/2021

Kelebihan emas

1. Wang untuk seluruh dunia.
Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.
Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Apakah kelemahan emas?

1. Emas tidak memberikan p**angan berbentuk dividen dan bonus.
Emas juga tidak boleh berikan p**angan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan p**angan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak, anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimp**an. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik.
Cikgu saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama) 😀"
(Kredit: Tuan Syukor Hashim)

01/04/2021

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Ini yang boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas 1gram1bulan sebagai simpanan dilupakan.

Saya sendiri bermula simpan emas dengan 1 gram pada tahun 2015.

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

(1) mereka memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan rendah,

(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Dah faham kan? Bagi yang berminat nak simpan emas 1gram1bulan,
Klik aje

23/03/2021



Asal simpan duit je habis!!!
Asal simpan duit je habis!!!
Asal simpan duit je habis!!!

Ini lah virus penyakit yang telah lama menular yang masih tiada vaksin lagi.

Begitulah diri aku sebelum mengenal Emas. Aku pantang nampak duit banyak dalam beg duit aku, mesti tanpa rasa bersalah untuk mengeluarkannya.

Ini semua psikologi manusia.

Jadi aku perlu berfikir macam mana aku nak mengelakkan daripada duit aku habis macam air. Aku masih muda dan perlu merancang untuk masa depan.

Alhamdulillah aku diperkenalkan
dengan Emas.

Bagi aku Emas bukannya ubat penyakit boros, tetapi Emas adalah penghalang kepada sikap boros.

Kenapa macam tu??

Sejak aku simpan Emas, keinginan aku untuk berbelanja masih tinggi, tetapi perkara itu tidak tercapai kerana sebelum aku berbelanja aku simpan dahulu dalam bentuk Emas 10% dari gaji aku.

Bagaimana kalau terdesak wang??

Sejak aku simpan Emas aku tidak pernah lagi menjual Emas aku, tapi bukan maksudnya tak pernah terdesak wang, pernah je.. sekarang walaupun sudah menyimpan emas,,masih cukup kewangan aku untuk menyara keluarga aku..

Dengan cara ini harta aku bertambah dan sikap boros aku dapat aku halang..

Alhamdulillah.

So, apa lagi sahabat-sahabat saya semua, simpan lah Emas, tidak rugi pun kerana duit tak habis.
Hakikatnya Emas itulah duit sebenar kerana ia aset.

Sebab itu Robert Kiyosaki berkata

"kenapa orang miskin terus miskin dan orang kaya terus kaya, kerana mereka tidak tahu beza antara aset dan liabiliti."

[ RAHNU EMAS DI AKAUN GAP PUBLIC GOLD ]Semasa krisis ekonomi mencengkam disebabkan isu COVID-19 ini, ada diantara kita y...
17/03/2021

[ RAHNU EMAS DI AKAUN GAP PUBLIC GOLD ]
Semasa krisis ekonomi mencengkam disebabkan isu COVID-19 ini, ada diantara kita yang hanya mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat kerana terputus sumber pendapatan.
Hangat isu di mana ramai orang berpusu-pusu ke ar-rahnu dan pajak gadai konvesional untuk dapatkan wang segera dengan mencagarkan emas mereka.
Ada yang terpaksa beratur dan menunggu lama untuk mendapatkan wang demi meneruskan kehidupan. Ini akan membazirkan masa, tenaga, minyak dan paling bahaya apabila terdedah dengan virus Covid-19.
Tapi, tahukah anda yang gram terkumpul dalam akaun GAP Public Gold juga boleh di rahnu kan (di pajak) secara atas talian tanpa perlu keluar rumah? Rahnu di GAP telah mendapat kelulusan patuh syariah.
Hanya beberapa langkah mudah sahaja diperlukan untuk rahnu gram emas dalam akaun GAP. Untuk pengetahuan anda, gram emas di dalam akaun GAP telah disandarkan dengan emas fizikal berketulenan 999.9
Ini contoh kiraan rahnu emas di GAP :
Contoh pajakan dibuat pada 1/1/20 iaitu harga emas semasa RM258/gram. Kita mahu pajak 10 gram misalnya. Nilai marhun adalah RM2580. So, 10 gram akan ditolak dari akaun GAP kita.
1️⃣ Jumlah pinjaman 70% daripada jumlah nilai marhun. RM2580 x 70% = RM1806 ( duit ini akan dikreditkan ke akaun bank kita dalam tempoh 2-3 hari )
2️⃣ Upah simpan 1% sebulan daripada nilai marhun. Maksimum pinjaman adalah 6 bulan saja.
Jadi nya, upah simpan : RM2580 x 1% x 6 = RM156
✅ Jumlah bayaran balik 1️⃣ + 2️⃣ = RM1962
✅ Kesimp**an,
✨Tarikh gadaian : 1/1/2020
✨Tarikh matang : 1/7/2020
✨Tempoh penebusan : 6 bulan (settle bayar lebih awal tiada masalah)
✨ Harga emas : RM258
✨ Berat : 10 gram
✨ Nilai marhun : RM2580
✨ Pinjaman 70% : RM1806
✨ Upah simpan 1% selama 6 bulan : RM156
✨ Jumlah kena bayar : RM1806 + RM156 = RM1962
Untuk pembayaran balik pinjaman, kita buat pembayaran terus ke akaun atas nama PAJAK GADAI MEWAH SDN BHD. Kita mahu bayar sikit-sikit pun tidak mengapa asalkan kita selesai bayar sebelum tarikh matang. Yang penting simpan slip pembayaran utk rujukan.
Bila sudah bayar habis, 10 gram kita pajak, akan dikreditkan semula dalam akaun GAP kita. Selesai!
Sangat mudah lagi senang buat rahnu di GAP Public Gold..! Kita tidak perlu beratur panjang untuk rahnu kan emas kita. Hanya di hujung jari sahaja!
Jom mula menyimpan emas dalam akaun GAP Public Gold dari sekarang. Info ringkas tentang GAP, boleh
📲 Whatsapp saya : http://www.wasap.my/60133538051/SayaNakSimpanEmas

FATAH
PEMUDAHCARA URUSAN EMAS ANDA

Saya kongsikan artikel ini sempena HARI WANITA SEDUNIA.Kenapa Wanita Perlu Simpan Emas?🌟 Sebagai Perlindungan DiriDari b...
08/03/2021

Saya kongsikan artikel ini sempena HARI WANITA SEDUNIA.

Kenapa Wanita Perlu Simpan Emas?

🌟 Sebagai Perlindungan Diri

Dari bencana kewangan. Jika kita masih bujang, ia bantu kita sebagai simpanan dan pelaburan.

Jika kita dah berumah tangga, jika suami tiada Hibah Takaful atau perlindungan pendapatan. Bila jadi apa apa bencana. Mereka ada emas untuk teruskan hidup dimasa depan.

Jika suami jatuh hati lagi dan tinggalkan pergi. Maka emas menjadi talian hayat pelindungi yang abadi.

🌟 Keyakinan Diri

Wanita rasa lebih yakin dan jelita bila ada barang kemas ditubuh badan mereka. Rasa percaya diri tinggi. Orang Kelantan sebut Pemanis Tubuh.

🌟 Pelaburan Paling Klasik

Sejak zaman mak ayah kita muda, mereka menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan yang paling mudah. Selagi ada lebihan duit mereka beli emas untuk simpan.

🌟 Elakkan Duit Hilang

Semakin banyak duit dalam tangan mereka nak belanja saja. Pantang nampak bag tangan online rasa nak cuba.

Bila menyimpan emas perasaan berharta dan kaya itu ada. Jika tidak asyik nak belanja beli saja.

🌟 Kalis Inflasi yang Baik

Jika kita nak kekalkan nilai duit yang mereka ada sebaiknya simpan emas dalam tempoh jangka panjang.

🌟 Emas tawarkan Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan

Jika wanita memiliki emas, mereka dapat 3 in 1 ini dalam satu masa. Ia mudah dibawa dan dicairkan, wanita tahu tempat selamat untuk menyimpan. Lelaki selalu lupa.

🌟 Ada Pilihan Barang Kemas atau Bar Emas

Berbanding lelaki hanya boleh simpan dinar, syiling, bar atau jongkong. Wanita boleh menyimpan semua itu dan barang kemas juga . Mereka ada lebih banyak pilihan.

🌟 Kawal Nafsu

Dari beli bag tangan yang akhirnya susut nilai dan dimakan zaman, lebih baik beli emas untuk masa depan.

Wanita dan emas sukar dipisahkan. Jika susah menyimpan, belajarlah menabung emas sepanjang zaman.

Kredit:
-Azizul Azli Ahmad-

 Berita baik untuk anda yanf memegang jawatan Penjawat Awam (cikgu, polis, tentera, jururawat, doktor)Dengan menyimpan M...
07/03/2021



Berita baik untuk anda yanf memegang jawatan Penjawat Awam (cikgu, polis, tentera, jururawat, doktor)

Dengan menyimpan MYR4,000 di dalam Akaun Emas (GAP), anda layak menjadi seorang Pengedar Emas!

Setiap dealer yang grab promo ini dan jadikan saya sebagai introducer akan dapat hadiah E-book Emas percuma.

Kami di TeamAE akan memberikan latihan dan bimbingan untuk anda berjaya bersama Public Gold.

Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut jika berminat.

Wasap.my/60133538051/PenjawatAwam

03/03/2021

Gais,

Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya p**a dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

𝟏. 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.

Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚: 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐬𝐞𝐭
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.

Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fatah Nisa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fatah Nisa:

Share