Nor Maziah - Hong Leong MSIG Takaful Consultant

Nor Maziah - Hong Leong MSIG Takaful Consultant SIMPANAN | PELABURAN | HIBAH | MEDICAL PROTECTION

Betul lah, berat daku dan suami sekarang dah sma.. perlu bangga ke? Hmmm Jom lah diet bersama 😉
09/09/2026

Betul lah, berat daku dan suami sekarang dah sma.. perlu bangga ke? Hmmm
Jom lah diet bersama 😉

LEPAS KAHWIN, BERAT PUN NAIK SAMA-SAMA?

Mula-mula dulu, keluar dating.

Jalan sana sini.
Cari tempat cantik.
Ambil gambar.
Kadang-kadang sampai lupa nak makan.

Lepas kahwin, soalan paling kerap p**a jadi,

“Sayang, malam ni nak makan apa?”

Makan bersama memang salah satu bentuk kasih sayang.

Kita belikan makanan kegemaran pasangan.
Kita tunggu dia balik untuk makan bersama.
Weekend cari tempat makan baru.
Kalau seorang order dessert, seorang lagi pun “rasa sikit”.

Lama-lama, tanpa sedar, rutin hidup berubah.

Berat badan selepas berkahwin memang boleh meningkat pada sesetengah pasangan.

Bukan kerana perkahwinan itu sendiri.

Tetapi kerana corak makan, aktiviti fizikal, waktu tidur dan rutin harian juga boleh berubah selepas hidup bersama.

Yang menariknya, pasangan bukan sekadar boleh mempengaruhi berat badan kita.

Pasangan juga boleh mempengaruhi kesihatan kita.

Kalau seorang mula berjalan setiap petang, seorang lagi boleh ikut.

Kalau seorang mula kurangkan air manis, satu rumah boleh berubah.

Kalau seorang mula menjaga portion makanan, pasangan juga lebih mudah ikut.

Hubungan yang sihat bukan sekadar saling menemani ketika makan.

Kadang-kadang ia juga bermaksud saling mengingatkan untuk menjaga diri.

Cinta boleh bertambah setiap tahun.

Berat badan tak semestinya perlu ikut sama.

Innalillahi wainnailaihirojiun kepada mereka yang Muslim, Semoga dipermudahkan urusan keluarga mereka..Amin ya rabbal 'a...
09/09/2026

Innalillahi wainnailaihirojiun kepada mereka yang Muslim, Semoga dipermudahkan urusan keluarga mereka..Amin ya rabbal 'alamin 🤲🏻

SELURUH PETUGAS KESIHATAN BERDUKA.

UPDATE | 8 SEPTEMBER 2026

Media melaporkan bahawa kesemua lima individu yang berada dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, Sarawak telah disahkan meninggal dunia.

Pengesahan dibuat oleh Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang.

Mereka yang dilaporkan berada di dalam helikopter tersebut ialah:

• Kapten Zainol Afiq — juruterbang
• Dr Ainul Baroah Kamaruddin — Pegawai Perubatan
• Alexson Adit — Penolong Pegawai Perubatan
• Debra Moset — Jururawat
• Jessie Paya — Jururawat

Empat daripada lima mangsa merupakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang menjalankan tugas rasmi Perkhidmatan Doktor Udara untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

Mereka keluar untuk berkhidmat.
Namun hari ini, mereka tidak p**ang.

Kehilangan ini bukan sahaja dirasai keluarga dan insan tersayang, tetapi turut meninggalkan kesedihan yang amat besar buat seluruh warga kesihatan

Salam takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja semua mangsa.

Semoga segala khidmat, pengorbanan dan kebaikan mereka sepanjang menjalankan amanah kepada masyarakat menjadi amal yang berpanjangan.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Berkali-kali kita diuji, berkali-kali juga kita menerima tomahan. Namun Alhamdulillah, setiap ujian itu akhirnya dapat k...
08/09/2026

Berkali-kali kita diuji, berkali-kali juga kita menerima tomahan. Namun Alhamdulillah, setiap ujian itu akhirnya dapat kita lalui dan selesaikan. Bukan kerana kita kuat, tetapi kerana Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita..

Ustazlah🌹

Allahumma solli 'ala Muhammad 🌸

"HIBAH PREMIUM" dari suami untuk isteri tercinta ❤️Alhamdulillah, done submit plan premium 4 in 1    RM200,000 untuk cli...
08/09/2026

"HIBAH PREMIUM" dari suami untuk isteri tercinta ❤️

Alhamdulillah, done submit plan premium 4 in 1 RM200,000 untuk client 🤩

✅ Hibah/nyawa RM200,000
✅ Pampasan sakit kritikal RM70,000
✅ TPD/lumpuh RM100,000
✅ Cash value/maturity > RM13,000

Monthly RM120 sahaja untuk umur 35 tahun cover hingga usia 60tahun, seriusss murahhhh tau plan ni! 😍

Nak plan macamni?
Meh wasap azie kat rumah hijau, kita sembang sembang 🤗





Hibah Takaful ialah satu bentuk pemberian manfaat takaful kepada penerima yang kita namakan apabila kita meninggal dunia...
08/09/2026

Hibah Takaful ialah satu bentuk pemberian manfaat takaful kepada penerima yang kita namakan apabila kita meninggal dunia.
Dalam Islam, “hibah” bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela.

Dalam konteks takaful p**a, pampasan takaful akan terus diberikan kepada penama hibah tanpa perlu melalui proses faraid yang panjang..

Hibah bukan bebanan, tapi Salah satu persediaan..

07/09/2026

Allahumma solli 'ala Muhammad 🌸

Kita terlalu sibuk mahu menjadi yang terbaik, sehingga terlupa untuk menjadi yang baik. Kerana menjadi hebat mungkin membuat kita dipandang manusia, tetapi menjadi baik membuat hati kita lebih dekat dengan Allah SWT..

Ustazlah🌹

Assalamualaikum dan selamat pagi semua🥰

🔐 Apa maksud “simpanan paksa”?Maksudnya duit diasingkan secara automatik dan konsisten sebelum kita sempat membelanjakan...
07/09/2026

🔐 Apa maksud “simpanan paksa”?

Maksudnya duit diasingkan secara automatik dan konsisten sebelum kita sempat membelanjakannya.

Ianya juga adalah simpanan jangka panjang yang tidak dikeluarkan secara berkala untuk tujuan tertentu, contoh simpanan pendidikan atau simpanan hari tua/pencen - contoh familiar adalah kwsp/epf.

KWSP:
Sebahagian gaji masuk ke akaun KWSP secara automatik.
Majikan juga membuat caruman.
Tujuan utama ialah persaraan.
Pengeluaran tertakluk kepada syarat KWSP.

Pelan simpanan takaful:
Kita komited asingkan caruman bulanan, contohnya RM100/RM200 setiap bulan atas tujuan tertentu.
Ia membantu mendisiplinkan diri untuk menyimpan.

Banyak pilihan produk simpanan yang ada, termasuk plan simpanan takaful yang mana ianya menyediakan coverage perlindungan dan manfaat tambahan yang lebih menarik 😍

Jom semak plan simpanan mengikut keeper ANDA ✨


🌱 Kenapa perlu simpan untuk jangka panjang?1. Untuk masa depan Kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam 5, 10 atau 20 t...
07/09/2026

🌱 Kenapa perlu simpan untuk jangka panjang?

1. Untuk masa depan Kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam 5, 10 atau 20 tahun akan datang. Simpanan jangka panjang boleh menjadi persediaan untuk perkara seperti rumah, pendidikan anak, persaraan atau keperluan keluarga.

2. Elak bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif Selagi bekerja, kita ada gaji. Tapi apabila sudah tidak bekerja pls pendapatan berkurang, kita tetap perlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Sebab itu persaraan perlu dirancang lebih awal.

3. Duit kecil yang konsisten boleh terkumpul

Contohnya, kalau simpan RM100 sebulan:
1 tahun = RM1,200
10 tahun = RM12,000
20 tahun = RM24,000
Itu belum mengambil kira sebarang p**angan/keuntungan jika simpanan tersebut mempunyai mekanisme pertumbuhan.

4. Melatih disiplin kewangan Simpanan jangka panjang membantu kita biasakan diri untuk "bayar diri sendiri dahulu" sebelum duit habis digunakan untuk perkara lain.

5. Mula muda = lebih banyak masa Lebih awal kita mula, lebih panjang tempoh untuk wang berkembang dan lebih ringan jumlah yang perlu diketepikan setiap bulan.

💡 Paling penting
Simpanan jangka panjang bukan bermaksud perlu simpan banyak. Yang penting ialah konsisten dan ada tujuan yang jelas


06/09/2026

Bila semua meninggalkan kita, biarlah Al-Quran tetap menjadi peneman. Kerana di dalamnya ada ketenangan untuk hati yang sedang lelah, dan cahaya untuk jiwa yang hampir kehilangan arah..

Ustazlah🌹
Allahumma solli 'ala Muhammad 🌸

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Telephone

+60195189708

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Maziah - Hong Leong MSIG Takaful Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share