03/01/2018
Three Brothers Stone
3 batu ini di beri nama sedemikian rupa kerana mengikut lagenda, kampung di pantai Avancha Kamchatka ini akan di landa ribut, di atas keresahan ini, 3 beradik mengambil kepitisan untuk melindungi kampung mereka. Pada malam sebelum ribut bermula, 3 beradik ini telah ke muka teluk avancha bay dah bertahan di situ menahan ombak ganas. Setelah beberapa hari ribut, munculah 3 batu di depan teluk tersebut yang masih berkhidmat bagi penduduk tempatan menahan ombak besar dari memhempas bandar Kamchatka ini.
Ada cerita rakyat lainnya yag tidak kurang popular berkaitan 3 batu ini, batu ini berasal dari tiga beradi lelaki yang cuba menyelamatkan adik perempuannya dari di kahwini oleh sharman (bomoh/pawang) yang jahat. Ketiga-tiga beradik ini akhirnya di sumpah menjadi batu. Sharman dapat juga berkahwin dengan adik perempuan mereka. Kejahatan sentiasa menang...
Trip Avancha Bay memakan masa 5 jam, bermula jam 11 pagi hingga 16 petang dengan kos rub5,000 (RM350). Bagi musim sejuk, hampir keseluruhan trip di lokasi menggunakan snowmobile. Sau pengalaman yang mengujakan. Tidak dinasihatkan untuk wanita mengandung kerana hentakannya hampir sama menaiki bot di pulau-pulau di Thailand.
Terdapat 5 checkpoint untuk trip ini termasuk dengan makan tengahari menu kembara Rusia, jika jenis nasi punya manusia sila bawa bekal. Jika ingin cantik dan kurus seperti Russian Girl amatlah di galakan mengikuti menu ini.
Peserta akan menikmati keindahan musim sejuk dari pinggir laut, puncak bukit hinggalak ke gigi air lautan pacific utara, tetapi kena berani menuruni tangga curam 30 meter... tetapi semuanya amat berbaloi walaupun skrin camera panda retak kerana bergesel dengan tangga besi ini.