Liyana Aqilah - Hong Leong MSIG Takaful

Liyana Aqilah - Hong Leong MSIG Takaful Liyana Aqilah
013-219 1015
HLMT Takaful Advisor

19/12/2025
22/11/2025

Bila kita semakin matang, kita mula sedar satu perkara penting. Hati kita sudah tidak mudah terpesona dengan material. Kita tidak lagi kagum dengan kereta mewah, beg berjenama atau apa sahaja yang berkilat di luar… sebab semakin banyak kita hidup, semakin jelas satu hakikat:

benda boleh dibeli, tapi nilai diri tidak.

Kita mula nilai semula apa yang benar-benar berharga. Tenang tidur walaupun hidup sederhana. Kesihatan yang tidak boleh dijual beli.
Keupayaan untuk bangkit selepas melalui luka dan penderitaan. Hati yang masih lembut untuk menjaga mak ayah. Dan jiwa yang tak perlukan sorakan dunia untuk rasa cukup.

Semua ini tak ada di butik, tak ada di showroom, tak ada di mana-mana katalog mewah.

Ia terbentuk dalam diam, dalam susah payah, dalam pengalaman hidup yang mematangkan jiwa.

Generasi baru perlu tahu, kejayaan bukan tentang apa yang ada di tangan. Kejayaan adalah tentang siapa kita menjadi, walaupun segala benda yang kita ada boleh hilang bila-bila masa.

Dan bila kita sudah kenal nilai diri sebenar…
kita tak lagi kejar untuk nampak kaya,
kita cuma mahu rasa CUKUP.

22/11/2025
Salam Maal Hijrah 1447HMoga lembaran baru ini menjadikan kita hamba yang tidak pernah jemu mencari keberkatan, menjemput...
27/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H
Moga lembaran baru ini menjadikan kita hamba yang tidak pernah jemu mencari keberkatan, menjemput reda-Nya dalam tiap langkah dari dunia hingga ke akhirat. ♥️🤍

✅ Struktur Asas Piramid Kewangan🔻 1. Asas (Perlindungan)Contoh: • Dana kecemasan (3–6 bulan gaji) • Perlindungan insuran...
22/06/2025

✅ Struktur Asas Piramid Kewangan

🔻 1. Asas (Perlindungan)
Contoh:
• Dana kecemasan (3–6 bulan gaji)
• Perlindungan insurans (nyawa, kesihatan, hilang upaya, harta benda)

➡️ Tujuan: Melindungi diri dan keluarga daripada risiko kewangan luar jangka seperti kemalangan, penyakit, kehilangan kerja, atau kematian.

🔺 2. Peningkatan Aset (Pelaburan Rendah Risiko)
Contoh:
• Tabung ASB, Tabung Haji, bon, simpanan tetap
• Dana unit amanah berisiko rendah/sederhana

➡️ Tujuan: Menambah nilai wang secara selamat dengan risiko terkawal.

🔺 3. Pertumbuhan Kekayaan (Pelaburan Tinggi Risiko)
Contoh:
• Saham, hartanah, kripto, perniagaan

➡️ Tujuan: Menjana pulangan yang lebih tinggi, tetapi dengan risiko yang lebih tinggi. Perlu ilmu dan pemantauan berterusan.

🔺 4. Gaya Hidup & Kemewahan
Contoh:
• Bercuti mewah, beli kereta idaman, aksesori, hobi mahal

➡️ Tujuan: Kegunaan peribadi atau gaya hidup, hanya apabila keperluan asas dan pelaburan telah stabil.

✳️ Kenapa Penting Ikut Struktur Ini?
• Elak beban hutang dan tekanan kewangan
• Utamakan keselamatan kewangan jangka panjang
• Bina kekayaan secara stabil dan tersusun

✅ Tips Praktikal
• Mulakan dengan menyimpan dana kecemasan
• Pastikan perlindungan takaful mencukupi (termasuk perubatan)
• Melabur ikut tahap risiko yang anda mampu
• Jangan melompat terus ke pelaburan berisiko tinggi tanpa asas kukuh.

20/06/2025

Please..

Bagi yang mampu digalakkan ambil insurans ketika sihat. Jangan biasakan bila dah sakit baru ambil.

Takaful adalah untuk orang SIHAT. Time sihat dan muda, caruman masih rendah.

Bila satu saat, Allah uji dgn sakit. Kita dah ada takaful ✅

Sayang kalau KWSP habis untuk kos perubatan je. Sediakan payung sebelum hujan💪🏻🤍

Salam Jumaat Semoga dipermudahkan urusan semua pada hari ini ✨🌟
20/06/2025

Salam Jumaat

Semoga dipermudahkan urusan semua pada hari ini ✨🌟

19years🤍🤍🤍
20/06/2025

19years🤍🤍🤍

🎉 19 Years of Excellence, Thanks to You! 🙏

Through trust, dedication, and legacy - values that unite us - we celebrate 19 remarkable years as 'The Preferred Takaful Provider'. 🤝✨

05/05/2025

[Kisah yang Ramai Lupa: Tragedi HFMD Sarawak 1997]

Tahun 1997, bumi Sarawak Sibu, Bintulu, Miri menjadi saksi kepada satu kesedihan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Bermula hanya dengan beberapa kes biasa.
Anak-anak kecil demam ringan.
Ulser kecil di mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki.

Mereka masih dihantar ke taska. Masih bermain bersama. Masih berkongsi mainan.

Dalam beberapa minggu, jumlah kes melonjak.
Lebih 2,600 kes HFMD dilaporkan. Dan lebih menyayat hati, 31 anak kecil berusia bawah 6 tahun maut dalam wabak maut ini.

Virus apakah yang begitu kejam?

Ia bukan sekadar Coxsackievirus A16 yang biasa. Ini Enterovirus 71.

Satu jenis virus yang tidak hanya menyebabkan ruam, tetapi boleh menyerang terus ke dalam otak, paru-paru, dan jantung.
Autopsi kanak-kanak yang meninggal menunjukkan:

• Radang otak otak kecil mereka bengkak
• Paru-paru dipenuhi cecair
• Radang otot jantung m

Suasana Sarawak waktu itu berubah.

Taska kosong.
Sekolah sunyi.
Bilik mayat penuh dengan tangisan ahli keluarga
Petugas kesihatan hiba di penjuru bilik.
Doktor bergilir siang malam.

Hari ini… ramai sudah lupa kisah itu. Tapi virus itu tidak lupa, masih ada, senyap, menunggu kita leka.

Menunggu kita cakap

“Demam sikit je.”

“Ulser biasa je.”

“Kalau tak hantar taska, macam mana nak kerja?”

Satu kealpaan kecil hari ini,
boleh mencipta semula satu tragedi besar esok hari.

Tolonglah.

Kalau anak anda demam, batuk, ulser, ruam JANGAN hantar ke taska.

HFMD bukan sekadar ruam.

Ia pernah membunuh.
Dan jika kita lupa sejarah,
sejarah itu akan berulang.


Address

Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liyana Aqilah - Hong Leong MSIG Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share