18/10/2024
Marcus Tullius Cicero
Dalam budget 2025 ada mention tokoh negarawan Rom kuno hidup dari 106 SM – 43 SM yang merupakan seorang falsafah, ahli politik, peguam, dan pemidato terkenal.
Dari petikan dalam ucapan budget 2025 adalah untuk mengingat kita semua kekayaan dan kejayaan memerlukan kita untuk lebih berhati-hati dan bersederhana berbanding ketika menghadapi kesusahan atau cabaran.
Apa inti yang kita boleh ambil sebagai seorang pelabur adalah:
1. Bahaya yang Tersembunyi dalam Kemakmuran
- Boleh related dengan pelaburan apabila berjaya, kita mudah mengambil risiko yang lebih besar selepas itu dengan menjangka akan berulang lagi tetapi kita lupa akan datang risiko yang besar sekira gagal.
2. Keperluan untuk Kebijaksanaan (Prudence) dalam Kejayaan
- Pelabur yang baru meraih keuntungan besar mungkin tergoda untuk melabur lebih agresif, namun kebijaksanaan memerlukan dia untuk menilai risiko terlebih dahulu dan mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan kekayaan tersebut
3. Pentingnya Kesederhanaan (Moderation)
- Pelabur berjaya memilih hidup sederhana dan membantu masyarakat bukan sahaja mengekalkan kestabilan kewangan, tetapi juga membina hubungan yang baik dengan komuniti.
4. Perbandingan Antara Kemakmuran dan Kesusahan
- Dalam keadaan meleset, sangat berhati2 dalam berbelanja tetapi ekonomi stabil, kita s**a berbelanja dengan lebih yang sebenarnya kita sedang mengambil risiko besar pada masa hadapan
Kesimpulan peringatan bahawa kejayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan atau kestabilan jika tidak diuruskan dengan baik.