Cara Selesai Cepat Hutang Hartanah

Cara Selesai Cepat Hutang Hartanah 📍KAMI BANTU ANDA KURANGKAN INTEREST KEATAS LOAN HARTANAH ANDA.🟢(SHOP LOT, KILANG, RUMAH, TANAH)🟢

ADAKAH PERLU MENYUCIKAN WANG KWSP SELEPAS BERTUKAR KE AKAUN SIMPANAN SYARIAH?Assalamualaikum. Saya ada soalan… Saya ada ...
04/03/2024

ADAKAH PERLU MENYUCIKAN WANG KWSP SELEPAS BERTUKAR KE AKAUN SIMPANAN SYARIAH?

Assalamualaikum. Saya ada soalan… Saya ada memohon untuk i-sinar, selepas daripada itu baru saya tahu mengenai akaun simpanan Syariah tapi belum sempat saya tukar ke akaun Syariah permohonan saya telah pun diluluskan dan duit tersebut telah masuk ke akaun saya. Jadi macam mana caranya untuk saya membersihkan duit saya dari duit yang haram?



Ringkasan Jawapan

Setelah meneliti keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam, wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan kerana ahli tiada hak tasarruf (hak mengurus) dalam urusan simpanan mereka dan akan menjadi hak milik mereka apabila telah mencapai had umur yang ditetapkan. Namun begitu, sekiranya ahli tersebut ingin menyucikan juga, maka kaedah penyuciannya boleh dilakukan dengan mengira kadar peratus wang tidak patuh syariah bermula daripada tahun 2017 dan wang yang ingin disucikan tersebut perlu disalurkan untuk kepentingan umum umat Islam atau disalurkan pada Baitulmal negeri masing-masing.



Kami juga ingin menasihatkan agar ahli-ahli yang masih menggunakan akaun simpanan konvensional untuk segera bertukar kepada akaun simpanan syariah. Pertukaran tersebut boleh dilakukan melalui kaunter KWSP, Kiosk KWSP atau i-Akaun atau Mengemukakan permohonan bertulis kepada KWSP dengan menyatakan sebab permohonan (iaitu melakukan penyucian dividen) beserta sesalinan dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport). Moga-moga sumber pendapatan kita terjaga daripada sumber-sumber yang tidak patuh syariah.



Huraian Jawapan

Keterlibatan dalam perkara yang haram boleh dianggap sebagai tolong-menolong dalam perkara kemungkaran. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah ayat 2.

وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ

Maksudnya: dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Surah al-Maidah (2)



Oleh kerana itu, harta yang diperoleh daripada sumber yang haram perlu dibersihkan. Sebagai contoh, wang yang dilaburkan di tempat yang tidak patuh syariah, wang yang diperoleh hasil daripada judi dan riba dan lain-lain. Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah yang memerintahkan untuk membuang hasil keuntungan daripada riba dan boleh mengambil pokok asal harta.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Surah al-Baqarah (278-279)



Imam al-Thabari p**a mentafsirkan bahawa ayat ini menunjukkan pengharaman kepada riba dan segala perkara yang berkaitan dengan riba seperti bekerja dengannya, memakannya, mengambilnya dan memberi atau membayar riba. (Rujuk Tafsir al-Thabari 12/6)



Manakala Imam Syafie ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang telah masuk Islam yang mungkin telah melakukan transaksi berasaskan riba seperti memberi pinjaman dan mengambil keuntungan daripadanya. Maka ayat ini memerintahkan mereka untuk tidak lagi mengambil saki baki keuntungan yang belum diterima (riba/interest) selepas mereka dah memeluk agama Islam. Mereka hanya berhak pada pokok asal harta mereka sahaja. (Rujuk al-Umm 223/4; Tafsir al-Imam al-Syafie 435/1)



Tambahan lagi, orang Islam dituntut untuk sentiasa memastikan pendapatannya daripada sumber yang halal kerana ianya mempunyai kesan secara langsung antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Hal ini dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟"

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?

(Sahih Muslim No.1015)



Tambahan lagi, terdapat juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi yang mana setiap manusia akan dipersoalkan daripada mana sumber harta yang diperolehinya. Ini menguatkan lagi mengenai kewajipan untuk memastikan sumber pendapatan yang diperoleh mestilah daripada sumber yang halal.

اَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ

Maksudnya: Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.

(Riwayat al-Tirmizi No.2416)



Oleh kerana itu, seorang muslim perlu cakna tentang kewajipan memastikan sumber yang diperoleh daripada sumber yang halal. Namun begitu, dalam hal berkaitan dividen daripada akaun simpanan KWSP Konvensional, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti seperti hak tasarruf (hak mengurus) harta tersebut dan juga bentuk keuntungan yang diperoleh tersebut. Oleh kerana itu, kami lampirkan Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan isu ini.



Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Bil. 2/2015 yang bersidang pada 18 Ogos 2015 telah membincangkan mengenai isu Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-Islamik).

“bagi menjaga kepentingan dan maslahah ahli KWSP yang beragama Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik.”



Antara hujah-hujah dan alasan yang disandarkan kepada hukum tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takassub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi simpanan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.



2. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.



Kadar Dividen Simpanan KWSP Konvensional Dan Peratus Yang Perlu Dibersihkan Mengikut Tahun



Kami lampirkan kadar dividen simpanan konvensional serta peratusan tidak patuh syariah daripada keseluruhan dividen tersebut sebagai rujukan. Sekiranya penyimpan ingin melakukan pembersihan dividen daripada simpanan konvensional maka dividen pada tahun yang dinyatakan perlu ditolak dengan peratusan wang tidak patuh syariah. Sebagai contoh, sekiranya dividen yang diperoleh pada tahun tersebut adalah RM1000 dan peratusan tidak patuh syariah adalah 50%, maka RM500 perlu dibersihkan daripada dividen yang diperoleh.



Kesimp**an

Setelah meneliti keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam, wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan kerana ahli tiada hak tasarruf (hak mengurus) dalam urusan simpanan mereka dan akan menjadi hak milik mereka apabila telah mencapai had umur yang ditetapkan. Namun begitu, sekiranya ahli tersebut ingin menyucikan juga, maka kaedah penyuciannya boleh dilakukan dengan mengira kadar peratus wang tidak patuh syariah bermula daripada tahun 2017 dan wang yang ingin disucikan tersebut perlu disalurkan untuk kepentingan umum umat Islam atau disalurkan pada Baitulmal negeri masing-masing.



Kami juga ingin menasihatkan agar ahli-ahli yang masih menggunakan akaun simpanan konvensional untuk segera bertukar kepada akaun simpanan syariah. Pertukaran tersebut boleh dilakukan melalui kaunter KWSP, Kiosk KWSP atau i-Akaun atau Mengemukakan permohonan bertulis kepada KWSP dengan menyatakan sebab permohonan (iaitu melakukan penyucian dividen) beserta sesalinan dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport). Moga-moga sumber pendapatan kita terjaga daripada sumber-sumber yang tidak patuh syariah.



Wallahualam.

Sumber

Bibliografi

Al-Thabari. T.t. Tafsir al-Thabari. Terbitan Dar al-Tarbiyyah wa al-Turath

Imam Syafie. 1990. Al-Umm. Terbitan Dar al-Ma’rifah: Beirut

Imam Syafie. 2006. Tafsir al-Imam al-Syafie. Terbitan Dar al-Tadmiriyyah

🟢SUDIKAH ANDA REPOST / SHARE 🟢❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤❤️❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤❤️❤️❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤❤️❤️❤️❤️🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍❤️❤️❤️❤️❤️🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍...
23/10/2023

🟢SUDIKAH ANDA REPOST / SHARE 🟢

❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
❤️❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
❤️❤️❤️🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
❤️❤️❤️❤️🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
❤️❤️❤️❤️❤️🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
❤️❤️❤️❤️🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
❤️❤️❤️💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
❤️❤️💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
❤️💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

Hati-hati jenayah di mana-mana, awasi anak-anak anda...
07/10/2023

Hati-hati jenayah di mana-mana, awasi anak-anak anda...

CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUNIkut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.Bahan-Bahan:1. ...
02/09/2023

CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUN

Ikut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.

Bahan-Bahan:

1. Cuka masakan

2. Sabun pencuci pinggan

3. Alat penyembur

Cara Membuatnya:

1. Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu,titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.

3. Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Semoga bermanfaat

07/06/2020

APA ITU COCONA DAN BAGAIMANA NAK HINDARI DARI ITU...
📍LIKE, SHARE & COMMENT📍

What is a Business Cycle?A business cycle is a cycle of fluctuations in the Gross Domestic Product (GDP) around its long...
11/03/2019

What is a Business Cycle?
A business cycle is a cycle of fluctuations in the Gross Domestic Product (GDP) around its long-term natural growth rate. It explains the expansion and contraction in economic activity that an economy experiences over time. A business cycle is completed when it goes through a single boom and a single contraction in sequence. The time period to complete this sequence is called the length of the business cycle. A boom is characterized by a period of rapid economic growth whereas a period of relatively stagnated economic growth is a recession. These are measured in terms of the growth of the real GDP, which is inflation adjusted.

Stages of the Business Cycle

In the diagram above, the straight line in the middle is the steady growth line. The business cycle moves about the line. Below is a more detailed description of each stage in the business cycle:



#1 Expansion

The first stage in the business cycle is expansion. In this stage, there is an increase in positive economic indicators such as employment, income, output, wages, profits, demand, and supply of goods and services. Debtors are generally paying their debts on time, the velocity of the money supply is high, and investment is high. This process continues until economic conditions become favorable for expansion.



#2 Peak

The economy then reaches a saturation point, or peak, which is the second stage of the business cycle. The maximum limit of growth is attained. The economic indicators do not grow further and are at their highest. Prices are at their peak. This stage marks the reversal in the trend of economic growth. Consumers tend to restructure their budget at this point.



#3 Recession

The recession is the stage that follows the peak phase. The demand for goods and services starts declining rapidly and steadily in this phase. Producers do not notice the decrease in demand instantly and go on producing, which creates a situation of excess supply in the market. Prices tend to fall. All positive economic indicators such as income, output, wages, etc. consequently start to fall.



#4 Depression

There is a commensurate rise in unemployment. The growth in the economy continues to decline, and as this falls below the steady growth line, the stage is called depression.



#5 Trough

In depression stage, the economy’s growth rate becomes negative. There is further decline until the prices of factors, as well as the demand and supply of goods and services, reach their lowest. The economy eventually reaches the trough. This is the lowest it can go. It is the negative saturation point for an economy. There is extensive depletion of national income and expenditure.



#6 Recovery

After this stage, the economy comes to the stage of recovery. In this phase, there is a turnaround from the trough and the economy starts recovering from the negative growth rate. Demand starts to pick up due to the lowest prices and consequently, supply starts reacting, too. The economy develops a positive attitude towards investment and employment and hence, production starts increasing. Employment also begins to rise and due to the accumulated cash balances with the bankers, lending also shows positive signals. In this phase, depreciated capital is replaced by producers, leading to new investment in the production process. Recovery continues until the economy returns to steady growth levels. This completes one full business cycle of boom and contraction. The extreme points are the peak and the trough.


Explanations by Economists

John Keynes explains the occurrence of business cycles as a result of fluctuations in aggregate demand, which bring the economy to short-term equilibriums that are different from a full employment equilibrium. Keynesian models do not necessarily indicate periodic business cycles but imply cyclical responses to shocks via multipliers. The extent of these fluctuations depends on the levels of investment, for it determines the level of aggregate output.

On the contrary, economists like Finn E. Kydland and Edward C. Prescott, who are associated with the Chicago School of Economics, challenge the Keynesian theories. They consider the fluctuations in the growth of an economy not as a result of monetary shocks, but a result of technology shocks, such as innovation. It is generally rejected by mainstream economists who follow the path of Keynes

Jika tiba2 rasa DOWN kejap dgn bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuk...
06/11/2018

Jika tiba2 rasa DOWN kejap dgn bisnes,

saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. 😲

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus 💵💵💵💵

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah.. kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy! 💃🏼

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a p**a gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah.. hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah 🤭

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk 😲😲😲😲

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa 😲😲😲

Allahuakbar..

Jadi.. yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki 🤲🏽

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak 💵💵💵💵

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason 👍🏾

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya
❤🔥👍🏻
l

Jom Cuba Cara Ini Utk Lepaskan Diri Dari Road Block !!!Saya Dah cuba anda Bila Lagi !!!Fuhhh, Musim Roadblock JPJ.Cerita...
20/06/2018

Jom Cuba Cara Ini Utk Lepaskan Diri Dari Road Block !!!
Saya Dah cuba anda Bila Lagi !!!

Fuhhh, Musim Roadblock JPJ.
Cerita tadi, masa OTW nak ke kedai, aku nampak roadblock JPJ kat depan.
Aku terpaksa berhenti kat tepi jalan dlm 100 meter cmtu. Tak berani nak rempuh. Dah la tak bawak lesen, helmet pun tak pakai. Memang bergegar la jantung aku time tu.
Lepas tu pura pura lah check angin tayar huhu. Plannya nak pusing balik. Tetibe aku teringat nenek aku ada pesan, kalau dalam musibah kau baca doa dan hembus je kat org tu supaya orang tu tak kan nampak kita.
Aku pun baca doa sikit, hembus kat org JPJ tu dari jauh. Dalam hati, tawakal je la.
Waktu lalu tu, semua pegawai JPJ serius tak tengok aku langsung.
Apalagi, kelam kabutlah aku kayuh basikal laju laju. Tak cukup tanah dibuatnya. Sikit lagi nak putus rantai.
Fuhh, lega sangat rasa hati🙄JPJ tak tahan. Hehe.

📌NEWBIES yang baru nak mula niaga online ni. Pantang larang dalam berbisnes online⚠️Silakan Share !!!1) JANGAN TAG RAKAN...
16/11/2016

📌NEWBIES yang baru nak mula niaga online ni. Pantang larang dalam berbisnes online⚠️
Silakan Share !!!

1) JANGAN TAG RAKAN FB (orang tak s**a nanti kena report tak pepasal plak nanti kan , umpama awak pi rumah dia, then awak paksa dia beli, agak-agak dia s**a tak ?)

2) JANGAN PM DIRECT RAKAN FB - Lagi orang menyampah tau. Baru add dia jadi rakan fb tup-tup terus promote produk korang. Ni nak berkawan ke nak menjual ? 😂

3) SPAMMING KOMEN STATUS RAKAN FB - Dia kemain duk excited cerita pasal harini dia dapat pegi Poslaju Pos barang customer dua order tup-tup awak pi komen , dapatkan segera produk XYZ dengan harga runtuh pecah palo tubek biji mato. Agak2 sopan tak terjah masuk bilik orang macamtu ? 😂😂

Okey ? 3 diatas tu adalah LARANGAN KERAS untuk kalian yang nak mula bisnes di medium online. Okay ? Ada caranya, cara yang lebih sopan, lembut dan paling best BIAR ORANG SEDARI KEHADIRAN anda dengan cara yang best.

KEPADA SEMUA BOSS KAT DUNIA NI📌    &   Tanda Sokongan 👍👍👍Teruskan usaha anda dalam berbisnes, bantu orang dengan ikhlas....
10/11/2016

KEPADA SEMUA BOSS KAT DUNIA NI
📌 & Tanda Sokongan 👍👍👍
Teruskan usaha anda dalam berbisnes, bantu orang dengan ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuanganmu. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Ramai orang sebenarnya tak tahu.

Orang berniaga ni susah.
Siang dan malam nya fikir pasal bisnes.
Tidur dan bangunnya, mimpi pasal bisnes.

Ramai orang nampak, orang bisnes ni senang.
Jadi boss minum sini sana.
Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu.

Kalau salah sendiri, sendiri kena tanggung.
Jadi boss, salah orang lain pun kita kena tanggung.

Jadi boss kena faham hati pekerja.
Jadi boss kena jaga hati pelanggan.

Tapi siapa yang nak jaga hati boss.

Dah ada bisnes, boss cari staff.
Dah ada staff, boss kena jaga staff.
Bila tak ada job, boss pening kepala.
Bila banyak job sekali sekala, staff minta gaji lebih p**a.

Boss fikir, mana nak bayar bank.
Boss fikir, mana nak bayar sewa.
Boss fikir, mana nak bayar staff.

Kerja boss, adalah cari kerja.
Kerja staff, kerja kan apa yang kerja yang boss dah cari.
Kerja boss nampak senang.
Kerja jadi staff, berpeluh satu badan.

Kesian boss² ni. Banyak makan hati dari makan nasi.

Kesian boss ni, kalau sale tak ada, staff kata produk kita orang tak nak beli.

Kesian boss ni, salah staff kekadang pelanggan marah boss juga yang kena.

Kesian boss ni, hutang keliling pinggang semata² nak carikan rezeki orang.

Kesian boss ni, siapa lah nak kesian kat boss ni.

Masa hari kerja, boss kena kerja.
Masa pekerja boleh cuti, boss pun kena kerja.

Orang kata, takpa 'Itu kan dia punya".
Boss kena jadi superman, boss tak boleh salah.
Orang lain salah tak mengapa, boss kena maafkan.

Kekawan yang bisnes. Saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda jatuh. Mereka akan merangkak dapatkan anda bila nanti anda berjaya.

Layankanlah hati sendiri. Ubatlah hati dengan solat, pujukkan hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa.

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.
Saya percayakan anda. Biar 1,000 orang kata anda tak boleh, saya YAKIN anda manusia luar biasa.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cara Selesai Cepat Hutang Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cara Selesai Cepat Hutang Hartanah:

Share