14/06/2026
Review sikit setup GOLD hari Jumaat sebelum market tutup ..
BPA bagi signal breakout BUY dan setup memang valid ikut plan. Tapi lepas breakout, price buat retrace turun hampir sentuh body candle sebelumnya. Situasi macam ni yang selalu uji emosi trader.
Kalau tengok balik, market Jumaat tu memang tak berapa rancak. Tak la terus meletup macam hari volatility tinggi. Tapi masih boleh buat rasa-rasa dan ambil peluang kalau ikut risk management.
Kat sini nampak kenapa penting tunggu confirmation dan jangan expect setiap breakout terus terbang tanpa retrace.
Kadang market bagi laju.
Kadang market bagi sikit-sikit.
Kadang market bagi peluang test sabar.
Yang penting bukan cari entry paling sempurna, tapi konsisten ikut sistem yang kita sendiri bina.
Bila setup dah ada → entry.
Dah set SL → terima risiko.
Dah set TP → bagi market buat kerja dia.
Profit kecil tetap profit.
Jangan sebab nampak tak banyak terus paksa tambah entry.
Market tak pernah salah.
Kita cuma perlu sabar tunggu breakout seterusnya
Disclaimer
Perkongsian untuk tujuan pembelajaran dan review setup sahaja. Bukan financial advice. Trade ikut risk management masing-masing.