OSK Syariah Capital

OSK Syariah Capital A proud subsidiary of the OSK Group https://www.oskgroup.com/

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!

Setiap pencapaian bermula dengan komitmen yang luar biasa. Setiap saat yang didedikasikan adalah bukti integriti kepada amanah yang diberikan.

Jika tunjang sebuah rumah adalah tiang, anda adalah tunjang yang mengukuhkan setiap visi kami di OSK Syariah Capital. Terima kasih atas usaha yang tiada tandingannya.

Selamat Hari Pekerja, ikhlas dari kami di OSK Syariah Capital.

21/03/2026

Selamat Hari Raya!

Saat kota mula lengang dan lebuh raya kembali sesak menuju kampung halaman, semoga setiap perjalanan selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.

Inilah masanya untuk bermaaf-maafan, berkongsi cerita, dan tentu sekali menikmati hidangan Raya yang tidak pernah cukup satu pusingan.

Tulus ikhlas daripada kami di OSK Syariah Capital, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! ✨

19/02/2026

Salam Ramadan! ✨ 
 
Bulan yang paling dirindui akhirnya kembali menjelma. Di bulan yang penuh barakah dan keampunan ini, marilah kita mengambil peluang untuk memperkukuh lagi ukhwah serta mendekatkan diri kepada-Nya.  
 
Semoga setiap ibadah kita diterima dan diberi ganjaran pahala, di samping tidak melupakan mereka yang sedang diuji dengan kekurangan.  
 

Selamat Tahun Baru Cina! 🧧Tahun Kuda ini diraikan penuh meriah dengan warna merah yang membawa tuah. Kami di OSK Syariah...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina! 🧧

Tahun Kuda ini diraikan penuh meriah dengan warna merah yang membawa tuah. Kami di OSK Syariah Capital mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua!

Semoga sambutan tahun ini lebih “Ong” dari tahun yang sebelumnya dah dikelilingi insan tercinta.

Heng Ong Huat!

01/02/2026

Selamat menyambut Hari Thaipusam!

Kita yang melihat kemeriahannya sahaja pun sudah terasa auranya, apatah lagi bagi mereka yang menyambutnya sendiri.

Semoga sambutan kali ini menjadi titik tolak kepada kegembiraan yang lebih besar disamping keluarga yang tercinta. ❤️

Tidak lupa juga, Selamat Hari Wilayah Persekutuan kepada yang di kota!

Melangkah ke tahun kelima dalam menerajui perkhidmatan patuh syariah, komitmen kami terhadap kecemerlangan kekal utuh di...
01/01/2026

Melangkah ke tahun kelima dalam menerajui perkhidmatan patuh syariah, komitmen kami terhadap kecemerlangan kekal utuh di setiap langkah.

Biarpun masih di awal kembara, kami sentiasa tekad memperkasakan ekonomi pelanggan berteraskan integriti yang teguh. Terima kasih kerana mempercayai visi kami. Semoga tahun 2026 ini membuka lebih banyak peluang yang mampan buat kita semua.

Selamat Tahun Baru, ikhlas dari kami di OSK Syariah Capital.

Di kala kota mula diselimuti pepohon hijau yang mekar dengan gemerlap cahaya, kehangatan musim perayaan ini kian terasa ...
25/12/2025

Di kala kota mula diselimuti pepohon hijau yang mekar dengan gemerlap cahaya, kehangatan musim perayaan ini kian terasa di hati kami semua.

Semoga perayaan ini membawa seribu makna dan kegembiraan kepada semua yang menyambutnya. Selamat Hari Natal, ikhlas daripada kami di OSK Syariah Capital.

Sembah Takzim Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ucapan tahniah kepada Duli Yang...
11/12/2025

Sembah Takzim Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80

Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 pada 11 Disember 2025.

Seluruh warga OSK Syariah Capital mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat-Nya.

Di kala sinaran diya memecah kegelapan malam, hadir cahaya dan kehangatan yang membawa kegembiraan kepada mereka yang me...
20/10/2025

Di kala sinaran diya memecah kegelapan malam, hadir cahaya dan kehangatan yang membawa kegembiraan kepada mereka yang menyambutnya.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶, ikhlas daripada kami di OSK Syariah Capital.

Dari kepelbagaian kita muncul kekuatan, dari pelbagai cerita lahir kebanggaan.Hari ini, kita meraikan pembentukan negara...
16/09/2025

Dari kepelbagaian kita muncul kekuatan, dari pelbagai cerita lahir kebanggaan.

Hari ini, kita meraikan pembentukan negara yang dahulu menjadi titik permulaan, dan kini berkembang menjadi sebuah negara maju dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia untuk negara tercinta, dari kami di OSK Syariah Capital.

Hari ini kita meraikan seorang insan agung, pembawa cahaya yang membimbing manusia ke hari ini.Sunnah baginda tidak pern...
05/09/2025

Hari ini kita meraikan seorang insan agung, pembawa cahaya yang membimbing manusia ke hari ini.

Sunnah baginda tidak pernah lapuk, dan selawat ke atasnya tidak pernah sia-sia.

Marilah kita meluangkan masa, meraikan hari Istimewa ini dengan berselawat kepadanya, Kerana sesungguhnya orang yang berselawat kepada baginda, adalah yang paling dekat dengannya. ✨

𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙈𝙖𝙪𝙡𝙞𝙙𝙪𝙧 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙞 𝙊𝙎𝙆 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙖𝙝 𝘾𝙖𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡.

Address

Aras 7, Plaza OSK, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60386029226

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OSK Syariah Capital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OSK Syariah Capital:

Share