AIA Public Takaful Izz Group - Amir Faez

AIA Public Takaful Izz Group - Amir Faez Don's Wealth Genius - menawarkan perkhidmatan menyeluruh takaful, insurans, perancangan harta dan unit trust untuk individu, keluarga, dan legasi korporat.

Faez Beauty Shoppe mengedar dan menjual pelbagai variasi produk kecantikan dan kesihatan keluaran usahawan tempatan yang dijamin HALAL, selamat dan mujarab dengan harga yang gila-gila murah.

—————————————————KISAH SEORANG PESAKIT KANSER—————————————————Saya ni seorang cancer survivor. Kimoterapi, radioterapi, ...
13/08/2018

—————————————————
KISAH SEORANG PESAKIT KANSER
—————————————————

Saya ni seorang cancer survivor. Kimoterapi, radioterapi, open heart surgery, semua dah pernah rasa..hidup pakai mesin oksigen pun pernah rasa...Family history tak pernah ada yg kena cancer. Nak buat mcmana dah rezeki saya. Saya tak s**a nak cerita pengalaman saya di FB memandangkan saya ni kebetulan seorang Ejen Takaful.. saya tak s**a kdg bila sy share, ramai beranggapan yg saya ni nak buat sale semata-mata...

Ini yang saya sebenarnya agak sedih dengan mentaliti segelintir manusia , kita ni share pengalaman menghidap tumor bersaiz 14cm supaya jadi iktibar, pun ada manusia yg masih fikir saya ni nak melariskan bisnes jer. Inilah masalah manusia yg tak mampu untuk “TAKE CHARGE” minda mereka sendiri.. Soal sakit, mati, masih boleh dianggap perkara main2 seumpama perkara tu takkan jadi pada mereka...Kos rawatan saya dulu hampir mencecah 140k. Syukur sgt tak perlu guna duit simpanan atau meminjam pd org lain...

Nak share sikit wad daycare masa saya menjalani kimoterapi, bersebelah tu ada daycare utk kanak-kanak. Kat situlah tempat kanak-kanak menjalani kimo. Kalaulah anda pernah berada di situ, sayu hati ni xtau nk kata. Sedih bila tengok anak2 kecik yg menghidap kanser darah atau lebih dikenali sbg Leukimia menangis, meraung sakit, sebut nama mommy... daddy....itu jugaklah antara penguat semangat sy utk fight cancer bila tengok anak2 kecil pun sgt ramai yg kena. Masatu boleh syukur kena pada diri sendiri, klu kena pada anak sendiri, lagilah tak boleh nk bayangkan...

Pernah saya berborak dgn salah sorang parents anak yg sakit leukimia. Sy tegur pasal nampak dier sorang jer Melayu. Saya masuk Hospital Ramsay Sime Darby, biasanya klu xde insurans orang mmg x berani nak masuk hospital ni, biasalah hospital swasta mana ada yg murah. Bila tengokkan raut wajah mereka mmg down sangat. Cerita beliau waktu tu, baru jer jual rumah dan kereta Storm sbb annual limit medical card anaknya dah lama habis.. Mereka tinggal di Seremban berulang ke Subang.. dahsyat sungguh pengorbanan mak ayah..

Isteri dah lama berhenti kerja sbb selalu nak ulang alik hospital dan jaga anak.. memang sedih.. Kos masatu dier kata dah melebihi 200k. Annual limit kad masatu 60k jer.. Maknanya yg selebihnya semua kena topup duit sendiri..Sejak aritu dah x jumpa beliau mungkin sambung rawatan ke hospital Kerajaan agaknya. Taktau la apa khabar anak mereka skrg ni.. Mudah2an Allah dah sembuhkanlah anak mereka seperti sediakala..

Berfikiran positif utk attract benda2 yg baik tu mmglah penting. Tapi bukanlah sampai kita tak memikirkan langsung possibilities yg mungkin boleh berlaku kat kita.. Adakala kita mmg kena duduk sejenak, termenung, dan tanya pada diri kita apa yg kita dah prepare.. Ada yg dah berumur pun masih xnk pikir kalau tiba2 Allah nk uji.. Apa yg mereka lebih s**a?

Biar xde takaful yg penting tengok buku ASB nampak baki ada banyak 000,000.. Tapi andai nasib x menyebelahi, boleh licin apa yg dikumpul saban tahun..

Sumber ~ Iskandar Nordin

Good morning and happy Monday Everyone!😎
08/01/2018

Good morning and happy Monday Everyone!😎

Have a great Sunday guys! 😎😎
13/08/2017

Have a great Sunday guys! 😎😎

Address

Kuala Lumpur
50250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Public Takaful Izz Group - Amir Faez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share