14/12/2022
Harga telur naik harga.
1. Mengikut data Jabatan Perangkaan, Kadar Sara Diri (SSR) 2021 untuk telur ayam/itik adalah 114.4%.
Bermaksud lebih 14.4% daripada keperluan kita.
2. Logiknya kekurangan telur ayam sekarang adalah "mungkin" kegagalan mengawal eksport. Kita tidak hadkan atau ada kuota.
Kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pastinya mendorong peniaga mengeksport telur ayam ke luar negara bagi mendapatkan keuntungan lebih. Ini normal.
3. Ekosistem industri ini bermula dari membekal anak ayam, dedak, menternak ayam telur, penetasan telur, pengangkutan, pemasaran dan sebagainya.
Dan syarikat-syarikat besar semua dia tapaw (integrated).
4. Kos nak bela ayam ni, 70% adalah kos makanan. Harga makanan ayam juga makin mahal sebab kita import bahan-bahan dia.
Jagung bijian adalah antara bahan utama.
Tahun 2020 kita import 2 juta tan jagung bijian bernilai RM1.7B.
Kementerian Pertanian menjangkakan 15 tahun untuk stabilkan industri jagung bijian.
Tapi Kementerian Pertanian sebelum ni dah komited sasar 80,000 hektar tanah untuk tanaman jagung bijian.
Selangor dan Negeri Sembilan pun dah joint venture untuk mulakan projek tanaman jagung bijian.
Kerajaan Kelantan juga bersedia untuk mengusahakan semula tanaman jagung bijian termasuk di tanah-tanah pertanian yang terbiar.
Tak mampu buka bisnes penternakan ayam? Kita boleh memiliki sebahagian saham syarikat ayam yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Manakala harga saham syarikat ayam/telur ada yang "murah-murah" dan kita boleh beli terus secara online.
Harga seunit saham:
QL - RM5.54
LTKM - RM1.44
CCK - RM0.68
Lay Hong - RM0.26
Teo Seng - RM0.80