Takaful dan Kamu

Takaful dan Kamu Jalan penyelesaian bagi anda yang sedang tercari-cari plan takaful bersesuaian dan nasihat perunding

“Bila Klien Nak Stop Takaful…”“Kak, saya nak stop takaful.”Saya terdiam sekejap.Saya cuba berlapang dada.Saya balas perl...
26/02/2026

“Bila Klien Nak Stop Takaful…”

“Kak, saya nak stop takaful.”

Saya terdiam sekejap.
Saya cuba berlapang dada.

Saya balas perlahan,
“Boleh insyaAllah… tapi apa sebabnya?”

Jawapannya jujur.

“Saya dah tak ada income, kak. Ekonomi sekarang membimbangkan. Saya rasa perkara pertama saya kena buat ialah stop takaful.”

Saya tarik nafas dalam-dalam.

Saya jelaskan dengan tenang —
Bila stop, coverage akan terhenti.
Kalau sambung semula nanti, waiting period bermula dari kosong.

Saya beri pilihan,
“Kalau nak, kita boleh reduce ke plan paling minimum dulu.”

Tapi dia tetap dengan keputusan.
Tak mahu komitmen lagi.

Dan saya jawab…

“Baiklah. Kakak faham.

Saya doakan urusan awak dipermudahkan.”



🌙 Moral Yang Saya Belajar

Kadang-kadang tugas kita bukan untuk memaksa.
Tapi untuk menerangkan.

Kadang-kadang peranan kita bukan untuk menahan.
Tapi untuk mendoakan.

Kerana rezeki bukan pada polisi semata-mata.
Rezeki itu milik Allah.

Dan sebagai ejen, kita bukan sekadar menjual perlindungan.
Kita menjaga hati manusia.

Ramadhan: Bulan Tarbiah Hati“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke ...
25/02/2026

Ramadhan: Bulan Tarbiah Hati

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah: 183)

🌅 Subuh yang hening ini mengingatkan kita bahawa Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia adalah bulan:

✨ Membersihkan hati
✨ Mendidik nafsu
✨ Melatih kesabaran
✨ Menguatkan hubungan dengan Allah

Puasa melatih kita jujur — walaupun tiada siapa melihat kita makan atau minum, kita tetap menahan diri kerana yakin Allah sentiasa melihat.

🌿 3 Pesanan Ramadhan:

1️⃣ Jaga solat di awal waktu
2️⃣ Perbanyakkan bacaan Al-Quran
3️⃣ Jaga lidah dan hati daripada dosa

Ramadhan mungkin tidak akan kembali untuk kita tahun hadapan.
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan.

Hari itu ada klien lama WhatsApp, minta quotation hibah takaful.Dulu dia ambil plan yang ringkas, ikut kemampuan gaji wa...
23/01/2026

Hari itu ada klien lama WhatsApp, minta quotation hibah takaful.
Dulu dia ambil plan yang ringkas, ikut kemampuan gaji waktu itu.
Hari ini rezekinya bertambah, baru dia rasa bersedia nak tambah perlindungan.

Klien ini bukan baru.
sudah bertahun bersama saya dalam dunia takaful.
Bayaran tak pernah culas, komitmen cantik, kepercayaan dijaga.

Kadang-kadang kita bukan cari klien “besar-besar”.
Tapi klien yang setia, konsisten dan hargai perancangan.
Itulah rezeki paling bermakna bagi seorang ejen takaful.
Alhamdulillah 🤍

jom dpt kan hibah promosi dari GETB skrg.

http://www.wasap.my/60182093732/takafulnovapromo

Nothing much to say!just Alhamdulillah.for the great journey.perjalanan itu tak mudah tapi masih berdiri disini.Tiada yg...
06/01/2026

Nothing much to say!
just Alhamdulillah.
for the great journey.
perjalanan itu tak mudah tapi masih berdiri disini.

Tiada yg menguatkan diri selain clients yg sentiasa support dari dulu hingga kini.
Thanks all❤️🥰

since 05th Jan 2017


masih belum terlmbat untuk saya mengucapkan “salam tahun baru”2026Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita...
01/01/2026

masih belum terlmbat untuk saya mengucapkan

“salam tahun baru”
2026

Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua.

😍

Lagi satu jangan lah berkira buat kan takaful hibah untuk isteri juga ya.✌️😁
11/10/2025

Lagi satu jangan lah berkira buat kan takaful hibah untuk isteri juga ya.✌️😁

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾Kebebasan sebenar adalah bila kita bebas merancang masa depan tanpa risau akan risiko.Denga...
31/08/2025

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Kebebasan sebenar adalah bila kita bebas merancang masa depan tanpa risau akan risiko.
Dengan Takaful, kita wujudkan ketenangan & perlindungan untuk generasi akan datang. 💪✨”

Salam Kemerdekaan Malaysia yg ke 68tahun.
Semoga keamanan yg dikecapi hari ini,
akan dikecapi selamanya.

ikhlas dari,
takaful&kamu

24/07/2025

Ramai kawan-kawan kena. Hati-hatilah ye.

Punca Kena Banned WhatsApp Business (Ringkasan Point)

1. Spam atau hantar mesej terlalu banyak serentak

- Hantar mesej broadcast secara agresif tanpa kebenaran penerima
- Guna auto-blast ke nombor yang tak kenal

2. Guna perisian pihak ketiga (third-party tools)

- Guna software auto-reply atau auto-blast yang tak rasmi
- Contoh: WhatsApp Blaster, WAPI, WA Web Plus dan lain-lain

3. Dapat banyak report/block dari pengguna

- Ramai orang tekan "Report" atau "Block" lepas terima mesej
- Ini petanda akaun tu ganggu orang

4. Melanggar Polisi WhatsApp Business

- Hantar kandungan sensitif, penipuan, scam, MLM haram, atau maklumat palsu
- Jual produk yang langgar polisi (ubat tak berdaftar, produk seksual dsb.)

5. Guna nombor yang kerap tukar device atau IP address

- Sistem WhatsApp boleh anggap ni aktiviti mencurigakan

6. Gunakan API palsu / tidak berlesen

- Guna WhatsApp Business API daripada sumber yang tak sah atau murah (bukan Meta partner)

7. Tak ikut format mesej yang betul untuk template WA Business

- Jika guna WhatsApp Business API, mesej mesti ikut format approved
- Mesej salah format boleh kena flag dan banned

Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.

kredit to :

🏡 “Rumah tangga yang bahagia bukan hanya tentang cinta, tapi juga perlindungan bila musibah melanda.”Bayangkan…Suami jat...
15/07/2025

🏡 “Rumah tangga yang bahagia bukan hanya tentang cinta, tapi juga perlindungan bila musibah melanda.”

Bayangkan…

Suami jatuh sakit tak boleh bekerja.

Isteri jadi sandaran kewangan keluarga.

Anak-anak masih kecil perlukan pendidikan dan penjagaan.

Tanpa perlindungan, keluarga boleh terjejas dari segi kewangan.

✅ Di sinilah Takaful keluarga berperanan:

Perlindungan Pendapatan:
Bila pencari nafkah tak mampu bekerja, pampasan Takaful bantu tampung komitmen rumah tangga.

Simpanan & Warisan:
Hibah Takaful sebagai hadiah terakhir untuk isteri dan anak-anak — tanpa perlu melalui proses faraid.

Kos Rawatan:
Kad perubatan Takaful bantu lindungi simpanan bila suami/isteri dimasukkan ke hospital.

Perancangan Masa Depan:
Dana pendidikan anak atau simpanan jangka panjang untuk isteri/suami jika berlaku kehilangan.

🌟 Jangan tunggu sakit atau musibah baru nak mula.
Perlindungan keluarga bermula dengan satu tindakan hari ini.

📲 DM saya “Takaful Keluarga” untuk semakan percuma pelan bersesuaian 🫶

wasap 018-209 3732

“Kasih Seorang Isteri”Siti, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak, sentiasa menjadi tulang belakang keluarga. Sua...
30/06/2025

“Kasih Seorang Isteri”

Siti, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak, sentiasa menjadi tulang belakang keluarga. Suaminya, Amir, bekerja sebagai pemandu lori dan kerap berada di luar kawasan. Walaupun hidup sederhana, Siti tidak pernah lalai memikirkan masa depan anak-anak mereka.

Suatu hari, Siti membuat keputusan untuk mengambil perlindungan takaful keluarga. Katanya,
“Kalau jadi apa-apa dekat abang nanti, sekurang-kurangnya anak-anak kita ada perlindungan.”

Amir hanya mengangguk, masih tidak benar-benar faham tentang pentingnya takaful.

Setahun kemudian, Amir terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari kerja. Dia tidak dapat bekerja lagi dan memerlukan rawatan jangka panjang. Kos rawatan tinggi, dan simpanan mereka hampir habis.

Tetapi kerana takaful yang diambil oleh Siti, segala kos perubatan ditanggung sepenuhnya. Bukan itu saja, Siti juga menerima manfaat penggantian pendapatan bulanan – cukup untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan.

Satu hari, Amir berkata dengan sebak,
“Abang tak pernah sangka keputusan Siti ambil takaful tu akan selamatkan keluarga kita. Terima kasih, sayang.”



Moral cerita:
Takaful bukan sekadar pelan kewangan. Ia adalah bukti kasih sayang, dan warisan perlindungan untuk mereka yang kita cintai. Jangan tunggu esok – lindungilah keluarga hari ini.

http://www.wasap.my/60182093732/takafulhibah










Baru selesai menghadiri Kelas Advance treatment for cancer hari ini.Banyak ilmu dan kesedaran baru yang saya pelajari—te...
25/06/2025

Baru selesai menghadiri Kelas Advance treatment for cancer hari ini.

Banyak ilmu dan kesedaran baru yang saya pelajari—terutamanya betapa pentingnya pengesanan awal dan persediaan kewangan jika diuji dengan penyakit seperti kanser. 😔

Apa yang lebih menyentuh hati adalah kisah-kisah sebenar pesakit yang pernah melalui saat-saat sukar ini.

Sebagai seorang perunding Takaful, saya rasa lebih bertanggungjawab untuk bantu lebih ramai orang menyediakan perlindungan dari awal. 🌸

📌 Kanser tak mengenal usia. Tapi kita boleh pilih untuk bersedia.

Kalau anda nak tahu bagaimana Takaful boleh bantu jika diuji dengan penyakit kritikal, saya sedia bantu.

📲 DM saya | 📞 018-2093732
📍 Instagram:
📍 FB Page: Takaful&kamu

Address

Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful dan Kamu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share