05/04/2017
JANGAN MELABUR DEKAT KAWASAN MRT SELAGI ANDA TAK BACA 5 FAKTA INI
Semua orang tahu MRT ini apa, kemudahan awam yang kerajaan sediakan untuk semua.
Untuk laluan 1 sahaja dah ada 31 stesen, dan boleh memuatkan sehingga 400,000 penumpang sehari.
Apa maknanya nombor semua ni?
Secara tidak langsung menunjukkan ‘demand’ yang ada untuk pengangkutan awam.
Walaupun begitu bukan semua rumah dekat stesen MRT ini sama. Sama seperti Subway Line di US, untuk kawasan Miami dan Atlanta, kewujudan infrastruktur macam ini menurunkan harga hartanah sekitar.
Jadi apa perkara penting yang perlu anda tahu?
Ini dia 5 tips asas analisa yang anda perlu tahu.
1) Tengok jumlah peluang pekerjaan di kawasan sekitar stesen.
Jumlah pekerja di Kuala Lumpur dari 15% ke 30%.
Ini menunjukkan pengangkutan ini memberi manfaat kepada orang ramai untuk ke tempat kerja.
2) Kadar penggunaan pengangkutan awam di setiap satu stesen.
Hint: Ada beza stesen dengan tempat parking dengan stesen tanpa 'parking'.
3) Orang naik MRT selalunya rumah berapa jauh dari tempat kerja?
Lagi cantik kalau kalau boleh tahu berapa banyak golong pengguna sanggup bayar.
Tengok dari sudut pengguna, adakah mereka boleh jimat duit ‘parking’, tol dan minyak.
4) Mempunyai akses terus kawasan hotspot.
Menghubungkan terus ke empat kawasan panas seperti Perbandaran Kwasa Damansara, Projek Mega Menura Warisan Merdeka, Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan Pembangunan Pusat Bandar Damansara.
5) Tengok analisa sedia ada, kumpul dan buat analisa anda
Nak tips lebih lagi? Lengkap dengan analisa stesen yang hot?
Kajian terperinci peluang pelaburan hartanah di sekitar MRT ada di sini. Klik link di bawah untuk jadi yang terawal mendapatkannya.
----> http://gilahartanah.com/mrt/