10/01/2022
DISTRIBUTION AWARENESS
Apabila kita jelas perbezaan faraid, wasiat dan hibah barulah ia akan memudahkan kita merancang harta pusaka dengan lebih baik.
Semoga perancangan ini menjadi amal kebaikan pada kita, surah Al Mulk (67) / ayat 2
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
Kita perlu tahu apa beza ketiga- tiga ini;
WASIAT
Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian.
HIBAH
Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (โiwad). Ia memerlukan ijab dan qabul dan pindah milik harta boleh dilakukan ketika pemilik harta masih hidup atau selepas kematiannya.Kategori hibah terbahagi kepada dua iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat (Umra dan Ruqba).
FARAID
Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris-waris si mati sahaja yang layak mendapat harta pusaka. Waris-waris yang sah dan layak adalah isteri, anak-anak, ibu, bapa serta saudara-mara yang berkenaan.
Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris-waris si mati sahaja yang layak mendapat harta pusaka. Mengikut konsep wasiat p**a, ia hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia merupakan waris atau bukan waris.
DM untuk tahu lebih lanjut!
Link di bio.