Remy & Sifuroadtax - SP002

Remy & Sifuroadtax - SP002 Sifuroadtax since 2009. Agensi memperbaharui insurans & cukai jalan kenderaan.

Bagi anda yg akan menunaikan Umrah dan Haji. Boleh dapatkan perlidungan insurans dengan kami.Tuk info lebih lanjut, bole...
14/05/2024

Bagi anda yg akan menunaikan Umrah dan Haji. Boleh dapatkan perlidungan insurans dengan kami.

Tuk info lebih lanjut, boleh klik link dibawah

http://www.wasap.my/+60122748283/

Saksikan perlawanan bola sepak seperti yg dijadual tuk J-SUPER LEAGUE RAFA 2024.
06/05/2024

Saksikan perlawanan bola sepak seperti yg dijadual tuk J-SUPER LEAGUE RAFA 2024.

Selamat tinggal roadtax yang lama. 👋👋Perbezaan yang ketara,saiz roadtax kereta ni lebih kecil seakan sama saiz roadtax m...
06/02/2024

Selamat tinggal roadtax yang lama. 👋👋

Perbezaan yang ketara,
saiz roadtax kereta ni lebih kecil seakan sama saiz roadtax motosikal atau lesen memandu.

Jadi,
kepada pelanggan-pelanggan yang dikasihi jangan terkejut ya nanti bila dapat roadtax fizikal yang lebih kecil.

Walaubagaimanapun,
berkemungkinan ada sebahagian kaunter atau mesin kiosk di JPJ tertentu yang masih ada lagi stok roadtax yang lama.

Pihak JPJ akan habiskan dahulu stok roadtax yang lama dan akan berikan roadtax yang baru bila stok lama dah habis nanti.

Diingatkan sekali lagi,
roadtax fizikal ni dah tidak wajib ditampal di cermin kereta ya. Kepada yang mahu gunakan roadtax digital pun boleh, tiada masalah.

Semuanya dah jadi pilihan.👌

http://www.wasap.my/+60122748283/


since 2009

04/02/2024

Bermula 1 Mac nanti,
kada cukai SST akan naik dari 6% naik kepada 8%. Kesannya kita sebagai pengguna akan terpaksa bayar lebihan dua persen untuk renew insurans kenderaan.

Tidak kisah kenderaan persendirian atau perdagangan tetap naik juga sekali.

Yang nak jimat duit,
renew lah roadtax dan insurans kereta atau motosikal sebelum 1 Mac ya.
Boleh la buat beli beras sekampit yang dapat jimat tu. Biar pun sedikit, tapi kalau boleh diselamatkan, kenapa tak nak elak kan? 🤔🤫🧐

Cakna.


Beri servis sehabis baik sejak 2009.

Apa Itu NCD?NCD (No Claim Discount) adalah diskaun yang diberi kepada anda oleh pihak insurans sekiranya anda tidak memb...
24/01/2024

Apa Itu NCD?

NCD (No Claim Discount) adalah diskaun yang diberi kepada anda oleh pihak insurans sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tahun yang lalu.

Sebagai contoh, anda beli kereta pada tahun 2022. Sekiranya anda tidak melakukan tuntutan ke atas insurans anda untuk kemalangan, anda akan diberikan NCD pada tahun 2023 untuk pembaharuan insurans.

Jumlah diskaun NCD ini diberikan antara 25%-55% bergantung kepada berapa lama anda tidak melakukan tuntutan. Lagi lama, lagi tinggi diskaun.

Dan NCD ini juga ditentukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan setiap syarikat diwajibkan ikut.

Kadar NCD Insurans Di Malaysia

Di Malaysia, kadar NCD adalah berbeza untuk kenderaan persendirian dan kenderaan komersil/motorsikal. Untuk kenderaan persendirian, diskaun maksima yang diberikan adalah sehingga 55% manakala untuk kenderaan komersil/motosikal hanya sehingga 25% diskaun.

Lindungi NCD Anda Daripada Tuntutan Kecil
Sungguhpun kereta anda dilindungi insurans, tapi tidak semestinya anda perlu buat tuntutan untuk segala jenis kerosakan kenderaan kereta anda. Apatah lagi sekiranya kerosakan yang terlibat adalah kerosakan kecil.

Sebaikya, lakukan sedikit kira-kira terlebih dahulu untuk mengira kos pembaikan vs penjimatan NCD yang bakal anda hilang.
Sebagai contoh :

Kos Pembaikan Kereta : RM600
NCD terkini kereta : 55%
Harga insurans tahunan : RM1,200

Sekiranya anda lakukan tuntutan insurans untuk baiki kerosakan RM600 kereta anda, tahun hadapan anda akan perlu bayar harga insurans tanpa sebarang diskaun (RM1,200) berbanding harga dengan diskaun (RM540).

Dan anda perlukan 5 tahun untuk dapatkan kembali nilai NCD 55% anda! Amatlah rugi!

Namun, tidak semua jenis tuntutan insurans menghilangkan NCD anda. Dalam sesetengah kes, anda masih mampu mengekalkan NCD kereta. Misalnya :

Kemalangan Bukan Salah Anda – Sekiranya anda dapat buktikan yang anda tidak bersalah, bukan punca berlakunya kemalangan (harus dibuktikan di dalam laporan polis), anda boleh lakukan tuntutan insurans pada kereta pesalah dan NCD anda tidak akan terusik.

Penggantian Cermin Kereta – Sekiranya anda ada insurans tambahan untuk perlindungan cermin kereta, anda boleh lakukan tuntutan tanpa mengakibatkan NCD anda hilang. Namun sekiranya anda tiada insurans tambahan untuk cermin kereta, ada masih boleh buat tuntutan, namun NCD kereta anda akan kembali kepada 0% tahun hadapan.

Fakta Mengenai NCD Kereta

Beberapa fakta lain yang perlu anda tahu mengenai NCD kereta anda.

1. NCD terikat pada individu bukan kereta – Anda boleh pindahkan NCD dari kereta A kepada kereta B, tapi anda tak boleh pindahkan kepada orang laing.

2. NCD anda terpakai untuk semua syarikat – Sekalipun anda tukar dari syarikat insurans A ke syarikat insurans B, NCD tetap akan diberikan dan nilainya adalah tetap berdasarkan jadual.

3. NCD hilang sekiranya dituntut pihak ketiga – Meskipun anda tidak buat sebarang tuntutan, NCD anda boleh hilang sekiranya ianya dituntut oleh pihak ketiga. Namun tuntutan pihak ketiga hanya boleh dibuat apabila anda dibuktikan bersalah oleh pihak penguatkuasa.

Untuk Info lebih lanjut boleh klik link dibawah
http://www.wasap.my/+60122748283/

since2009

Kami menyediakan khidmat pembaharui insurans, cukai jalan kenderaan, premis perniagaan dan lain-lain.Apa yang bestnya de...
20/12/2023

Kami menyediakan khidmat pembaharui insurans, cukai jalan kenderaan, premis perniagaan dan lain-lain.

Apa yang bestnya dengan kami anda tak perlu susah-susah nak pergi branch terdekat untuk endorsement.

Nak batalkan insurans kami bantu.
Nak withdraw NCD kami bantu.

Senang cerita segala urusan berkaitan dengan anda kami akan bantu.

Seronok kan?

Dah perlu pening kepala. Tahu-tahu semua dah selesai.

Jadi jangan tunggu lama-lama, jom renew insurans dengan kami✌️

http://www.wasap.my/+60122748283/

“Macam mana saya nak dapatkan polisi insurans/takaful motosikal sekali dapat servis TOWING PERCUMA?”Ok jom kita fahamkan...
14/12/2023

“Macam mana saya nak dapatkan polisi insurans/takaful motosikal sekali dapat servis TOWING PERCUMA?”

Ok jom kita fahamkan sama-sama.
Bagitahu ejen insurans/takaful untuk add on BIKE PA PLUS- PLAN 3 dalam polisi.

Dengan hanya tambahan RM25 (belum termasuk sst), anda layak dapat manfaat tambahan :

1. TOWING PERCUMA 30km (sekali sahaja setahun).

2. Kes Kematian berpunca dari kemalangan (penunggang & penumpang), pewaris akan menerima RM3000.

3. Kes Kecacatan kekal berpunca dari kemalangan (penunggang & penumpang), pewaris akan menerima RM3000

4. Badal Haji : Sekiranya pemilik meninggal dunia akibat kemalangan, pihak prinsipal akan buatkan badal haji berjumlah RM2000

5) Sekiranya pemilik meninggal dunia akibat kemalangan, pihak prinsipal akan uruskan ibadah qurban berjumlah RM500.

Kesemua manfaat ni boleh dapat dengan hanya buat tambahan RM26.50 (termasuk sst) sahaja untuk kes motosikal.

Pastikan pilih dan buat insurans TAKAFUL MALAYSIA (first party sahaja) untuk dapatkan semua manfaat tambahan ni ya.

Menarik kan???

Jangan lepaskan peluang ni ok. 👌

http://www.wasap.my/+60122748283/


since 2009

Tahukah anda bahawa NCD akan kembali pada 0% apabila berlaku perkara seperti di dalam gambar berikut:Untuk ketahui lebih...
13/12/2023

Tahukah anda bahawa NCD akan kembali pada 0% apabila berlaku perkara seperti di dalam gambar berikut:

Untuk ketahui lebih lanjut atau punyai sebarang pertanyaan boleh klik link dibawah

http://www.wasap.my/+60122748283/

since2009

Meh ketahui perbezaan Insurans tuk Motorsikal.Ade beberapa perkara yg perlu diketahui.Untuk ketahui lebih lanjut boleh k...
12/12/2023

Meh ketahui perbezaan Insurans tuk Motorsikal.
Ade beberapa perkara yg perlu diketahui.

Untuk ketahui lebih lanjut boleh klik link
👇👇👇

http://www.wasap.my/+60122748283/

“Dah boleh dapatkan roadtax fizikal ke?”“ OK dah boleh. Welcome back ya. Yang ada kesulitan mahu dapatkan roadtax fizika...
28/11/2023

“Dah boleh dapatkan roadtax fizikal ke?”

“ OK dah boleh. Welcome back ya. Yang ada kesulitan mahu dapatkan roadtax fizikal, especially untuk orang-orang tua yang memerlukan, wasap sahaja saya atau Sifuroadtax team untuk kami setel kan ya. 👌”

Yang nak maintain guna roadtax digital pun tiada masalah. Bukan satu kesalahan tidak cetak roadtax fizikal sekiranya dah renew roadtax digital.

https://SifuroadtaxQuotation.wasap.my - tuk keterangan lanjut.

“Boleh ke nak dapatkan roadtax fizikal?”“Boleh dik. Tapi hanya untuk kenderaan syarikat, warga emas dan bukan warganegar...
01/11/2023

“Boleh ke nak dapatkan roadtax fizikal?”

“Boleh dik. Tapi hanya untuk kenderaan syarikat, warga emas dan bukan warganegara (sekatan pendaftaran apps Myjpj) sahaja yang boleh dapat.”

“Saya punya kenderaan persendirian, tapi nak roadtax fizikal. Boleh dapat tak?”

“Maaf dik tak boleh, pihak JPJ suruh guna roadtax digital sahaja. Buat masa ni stok roadtax fizikal untuk kenderaan persendirian dah kehabisan stok.”

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60122748283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Remy & Sifuroadtax - SP002 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Remy & Sifuroadtax - SP002:

Share