Etiqa Facebook Engagement Guideline
This official page is specially set-up for Etiqa fans and we would love to hear from you. Etiqa is about people, we put people over policies. We work continuously to serve you better on matters pertaining to our product and services. We encourage concrete discussions here on just about anything interesting. Therefore, feel free to comment, raise any questions o
r suggestions and we will do our level best to assist you. In line with our humanizing platform towards a positive customer experience, we strive to personalize your chat with us as much as possible. More often than not, our moderators will introduce themselves but if they forget, do find out so that you’ll get to know the person that is attending to your query. We have laid down some basic rules of engagement to ensure that both you and the moderator enjoy each other’s company. So, let’s practice these:
• We stay on topic, post contents and commentary that is only relevant and applicable.
• We respect other people’s opinions and at all time avoid foul language or offensive statements.
• We shall never post illegal contents and any personal information such as email addresses or phone numbers publicly. We never know what others could do with this info, so stay safe. And let’s avoid these:
• Abusive, harassing or threatening others through any means. You wouldn’t like making friends with this kind of people.
• Everybody gets annoyed with out of place message so don’t spam the page.
• Don’t nag your statement everywhere or repetitive posts for attention. You know we have Facebook notification.
• Insulting, obscene, vulgar or violence post are not the attitude for our page.
• We should also avoid posting hateful, racist, sexist or discriminatory statement or material.
• Fraudulent, deceptive, misleading or unlawful too.
• We don’t want you to fall to sites that could do harm you so we don’t allow link baiting as well (embedding a link in your post to draw traffic to your own site).
• We promote harmony so don’t post on issues touching the sensitivity of anybody; person, group, community, authority etc. We actively moderate our Facebook activities and may ban you from our page or remove your comments if you violate any of the above. We are here to assist and have a healthy discussion with you. So, let's talk it out.
===============================================
Garis Panduan Penggunaan Laman Facebook Etiqa
Laman rasmi ini diwujudkan khas untuk peminat-peminat Etiqa berinteraksi dengan kami. Kemudahan insan adalah asas urusan kami dan kami berusaha secara berterusan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Kami menggalakkan perbincangan yang sihat dan membina mengenai perkara-perkara yang menarik di laman Facebook kami. Kami akan berusaha untuk membantu anda menjawab soalan-soalan ataupun cadangan-cadangan yang anda kemukakan. Sejajar dengan matlamat kemudahan insan kami ke arah pengalaman pelanggan yang positif, kami ingin menjadikan perbincangan di antara kita lebih mesra. Moderator kami biasanya akan memperkenalkan diri mereka. Jika mereka terlupa, anda hanya perlu bertanya untuk mengenali siapa yang berurusan dengan anda. Kami telah meletakkan beberapa garis-garis panduan asas berkenaan penggunaan laman Facebook Etiqa untuk memastikan anda dan moderator kami berinteraksi dengan lebih sempurna. Amalkan perkara-perkara berikut:
• Jangan lari daripada topik perbualan. Beri pendapat atau komen yang berkenaan dan bersesuaian sahaja.
• Hormati pendapat orang lain. Elakkan penggunaan kata-kata kesat ataupun mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
• Jangan siarkan kandungan-kandungan yang menyalahi undang-undang. Dan untuk keselamatan anda, jangan siarkan maklumat-maklumat peribadi seperti alamat emel dan nombor telefon. Ia mungkin disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Dan jauhilah perkara-perkara berikut:
• Menganiaya, mengganggu atau mengancam orang lain dengan apa cara sekalipun.
• Spam. Tidak ada orang yang s**a mesej-mesej yang tidak berkenaan.
• Menghantar mesej berulang kali untuk mendapatkan perhatian.
• Menghantar mesej yang menghina, lucah, kasar atau ganas.
• Mengeluarkan kenyataan berunsurkan kebencian, perkauman, seksis atau diskriminasi.
• Mengeluarkan kenyataan palsu, penipuan, mengelirukan atau menyalahi undang-undang.
• Umpanan pautan ("link baiting") adalah tidak dibenarkan, terutamanya pautan-pautan kepada laman sesawang yang memudaratkan.
• Mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang lain. Kami memantau secara aktif semua aktiviti di laman Facebook kami dan kami tidak akan teragak-agak untuk menyekat anda daripada laman kami atau menghapuskan komen anda jika anda melanggar mana-mana garis panduan di atas. Tujuan kami adalah untuk membantu anda dan mengadakan perbincangan secara sihat dengan anda.