08/06/2026
MENABUNG MEMANG PERLU DIPAKSA
Kata guru emas saya, kalau nak bina kewangan yang kukuh ada dua perkara penting: ilmu dan tabiat menabung.
Tak pernah lagi kita dengar pakar kewangan berpesan:
โKalau nak kaya, tak perlu menabung.โ
Sebaliknya, hampir semua orang berjaya berkongsi nasihat yang sama โ mulakan tabiat menabung seawal mungkin.
Hakikatnya, menabung memang terasa susah pada permulaan. Ia perlu dipaksa sedikit demi sedikit sehingga menjadi kebiasaan. Bila dah biasa, ia akan bertukar menjadi disiplin.
Apabila kita mula menabung, kita mula ada matlamat kewangan. Kita lebih berhati-hati berbelanja dan mula membezakan antara keperluan dan kehendak.
Bila simpanan semakin bertambah, kita juga akan lebih berhati-hati untuk berhutang. Kerana setiap komitmen bulanan sebenarnya mengurangkan kemampuan kita untuk menyimpan.
Contohnya, jika ansuran kereta RM1,000 sebulan, bermaksud RM1,000 itu tidak dapat ditukar menjadi simpanan atau aset setiap bulan.
Sebab itu ramai orang yang berjaya kewangannya sangat menjaga komitmen bulanan mereka. Mereka lebih fokus membina aset berbanding menambah liabiliti.
Bagi saya, salah satu cara paling mudah untuk โmemaksaโ diri menabung ialah dengan menukar sebahagian wang kepada emas.
Dengan adanya aplikasi Public Gold, simpanan emas boleh dimulakan serendah RM100 sahaja. Simpan sedikit demi sedikit setiap bulan. Bila gram emas dah mencukupi, boleh keluarkan emas fizikal dan pegang sendiri.
Bila duit sudah bertukar menjadi emas, biasanya kita lebih sukar untuk membelanjakannya sesuka hati. Lama-kelamaan, simpanan akan bertambah dan menjadi aset yang berpotensi meningkat nilainya dalam jangka masa panjang.
Sebab itu antara sikap penting orang yang berjaya kewangannya ialah mereka konsisten menabung dan membina aset.
Nak mula simpan emas serendah RM100?
๐ https://pg2u.my/sham
Semoga bermanfaat. โจ