HR Wealth Advisory

HR Wealth Advisory Welcome to the official HR Wealth Advisory page

“Kalau sesuatu berlaku kepada kita hari ini… adakah keluarga tahu kita ada sijil takaful atau polisi insurans?”Ramai yan...
26/06/2026

“Kalau sesuatu berlaku kepada kita hari ini… adakah keluarga tahu kita ada sijil takaful atau polisi insurans?”

Ramai yang mencarum bertahun-tahun untuk melindungi keluarga. Namun, tidak semua waris mengetahui kewujudan perlindungan tersebut. Akibatnya, manfaat yang sepatutnya membantu keluarga kekal tidak dituntut.

Inisiatif terbaru ‘Semak Kasih’ oleh Bank Negara Malaysia merupakan satu langkah yang sangat baik untuk membantu waris menyemak sama ada si mati mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut. Dianggarkan kira-kira 50,000 polisi insurans dan sijil takaful yang melibatkan manfaat kematian masih belum dituntut oleh waris yang layak. 

Namun, menyemak perlindungan hanyalah langkah pertama.

Sebagai pemilik sijil takaful atau polisi insurans, kita juga perlu memastikan:
• Penama (nominee) sentiasa dikemas kini.
• Ahli keluarga mengetahui kewujudan perlindungan tersebut.
• Dokumen penting disimpan di tempat yang mudah dikenal pasti.
• Perancangan pusaka dibuat supaya proses tuntutan dan agihan menjadi lebih lancar.

Meninggalkan perlindungan adalah satu tanggungjawab. Memastikan keluarga dapat menuntutnya p**a adalah satu amanah.

Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal ‘Semak Kasih’ hari ini bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata portal berkenaan diperkenalkan bagi membantu waris menyemak kewujudan perlindungan insurans atau takaful serta menghubungi penyedia berkaitan untuk tindakan lanjut.

"Perlindungan insurans dan takaful tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mampu membantu keluarga ketika berdepan pelbagai kesukaran termasuk kos rawatan perubatan, kebakaran dan kemalangan malah masih terdapat keluarga tidak menyedari bahawa insan tersayang telah meninggalkan perlindungan takaful atau insurans untuk kebajikan mereka."


Bank Negara Malaysia




Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2573422

Jika seorang pemilik harta meninggal dunia, adakah waris boleh terus mengurus dan memindahkan semua aset yang ditinggalk...
14/06/2026

Jika seorang pemilik harta meninggal dunia, adakah waris boleh terus mengurus dan memindahkan semua aset yang ditinggalkan?

Jawapannya: Tidak semestinya.

Dalam banyak keadaan, pelaksanaan pembahagian pusaka memerlukan mekanisme tertentu termasuk Surat Kuasa Mentadbir yang hanya dikeluarkan apabila keadaan kes memerlukannya.

Perkongsian yang sangat baik untuk difahami oleh setiap pemilik harta dan waris.

𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟗𝟖

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐥𝐢𝐟 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐧𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬

Di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98], pemula guaman yang diperuntukkan ialah Petisyen untuk Pembahagian (𝑃𝑒𝑡𝑖𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑓𝑜𝑟 𝐷𝑖𝑠𝑡𝑟𝑖𝑏𝑢𝑡𝑖𝑜𝑛) dan bukannya prosiding khusus untuk mendapatkan kuasa pentadbiran ke atas harta pusaka.

Pendekatan ini berbeza dengan amalan di Mahkamah Tinggi bagi harta pusaka tak berwasiat yang bernilai melebihi RM5 juta, di mana permohonan difailkan secara khusus untuk mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir (𝐺𝑟𝑎𝑛𝑡 𝑜𝑓 𝐿𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟𝑠 𝑜𝑓 𝐴𝑑𝑚𝑖𝑛𝑖𝑠𝑡𝑟𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛) sebagai instrumen pentadbiran harta yang didukung oleh Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].

Walau bagaimanapun, subseksyen 13(4) Akta 98 memberikan kuasa kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) sama ada sebagai ganti atau tambahan kepada Perintah Pembahagian apabila keadaan sesuatu kes memerlukannya.

Frasa “𝑖𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑛𝑎𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑐𝑎𝑠𝑒 𝑠𝑜 𝑟𝑒𝑞𝑢𝑖𝑟𝑒𝑠” menunjukkan bahawa Surat Kuasa Mentadbir bukanlah suatu relif permohonan (𝑝𝑎𝑟𝑡𝑦-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑟𝑒𝑙𝑖𝑒𝑓) yang berdiri sendiri. Sebaliknya, ia merupakan mekanisme berdasarkan keperluan kes (𝑐𝑎𝑠𝑒-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑚𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛𝑖𝑠𝑚) yang hanya digunakan apabila terdapat halangan undang-undang, teknikal atau pentadbiran yang menghalang pelaksanaan terus Perintah Pembahagian.

Antara keadaan yang lazim mewajarkan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir termasuklah:

𝟏. 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤.

𝟐. 𝐇𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐢 (𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒐𝒇 𝒕𝒓𝒂𝒏𝒔𝒇𝒆𝒓).

𝟑. 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤.

𝟒. 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬.

𝟓. 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧

𝟔. 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐤 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧.

Oleh itu, Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta 98 hendaklah difahami sebagai suatu instrumen pelaksanaan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sesuatu kes, dan bukannya suatu relif yang boleh dituntut secara bebas oleh pihak-pihak berkepentingan. Pendekatan ini memastikan Perintah Pembahagian dapat dilaksanakan secara sah, teratur dan berkesan selaras dengan tujuan Akta 98.



Address

Suite 31. 01, The Empire Signature Office, Level 31, AIA CapSquare Tower, 10 Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR Wealth Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share