05/11/2024
Kami sedia bekerjasama dengan pertubuhan, NGO, koperasi atau badan korporat untuk memberi kesedaran tentang hal-hal pewarisan Islam kepada orang ramai.
Lawatan kami semalam adalah ke ibu pejabat MARA.
Satu perbincangan yang sangat baik telah diadakan mengenai perlunya perancangan harta, satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang beragama Islam.
Bagi seseorang muslim yang meninggal dunia dan tidak merancang sebaiknya harta peninggalan mereka, dia sebenarnya telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan sebagai seorang muslim
Prinsip utama panduan kehidupan sehingga peringkat kematian yang bersifat menyeluruh yang ditekankan oleh agama Islam, nyata gagal diterima sepenuhnya oleh umat Islam yang akhirnya menyebabkan sebahagian dari mereka tidak merancang pengagihan harta setelah kematian.
Situasi ini menyebabkan wujudnya perdebatan antara ahli keluarga atau waris yang berhak dan ini menjadi faktor kepada harta tidak dituntut setelah kematian seseorang individu.
Perkembangan semasa pengurusan harta pusaka di Malaysia masih tidak menggalakkan walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berwajib dan pemain industri.
Inisiatif awal telah dibuat oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan menubuhkan institusi dikenali sebagai Amanah Raya Berhad serta seterusnya kemunculan pelbagai pemain industri swasta dalam menyediakan khidmat pengurusan harta pusaka serta yang berkaitan.
Namun demikian, sehingga kini, sejumlah 700,000 individu sahaja telah melaksanakan deklarasi wasiat berbanding bilangan umat Islam di Malaysia yang mencecah 30 juta orang. Perbezaan yang amat ketara ini berhubung individu beragama Islam yang mempunyai wasiat dan yang tidak berwasiat membuka kepada persoalan apakah dilema yang dihadapi dalam pengurusan harta Islam di Malaysia.
(https://www.researchgate.net/publication/345011221_Islamic_Estate_Planning_in_Malaysia_The_Dilemma_The_Dilemma_Perancangan_Harta_Islam_di_Malaysia_Satu_Dilema )
Kami tak sabar untuk merancang aktiviti yang akan meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk merancang harta pusaka di kalangan staf organisasi yang kami lawati semalam.