Biaya Kendiri

Biaya Kendiri Pembiyaan Pesara JPA, Pesara Tentera, Penjawat Awam dan GLC terpilih Certification

PCE, Ceili, TBE

Mudah saja. Boleh dapatkan di saluran berikut:1️⃣ Pengguna eCCRIS berdaftar; eccris.bnm.gov.myNota: Pengguna kali pertam...
23/09/2021

Mudah saja. Boleh dapatkan di saluran berikut:

1️⃣ Pengguna eCCRIS berdaftar; eccris.bnm.gov.my

Nota: Pengguna kali pertama / tidak mahu berdaftar eCCRIS; Muat turun borang permohonan di bnm.gov.my/ccrisapplication, lengkapkan dan hantar kesemua dokumen berkaitan di bnm.my/LINK

2️⃣ Agensi pelaporan kredit lain
- Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd; https://creditbureau.com
- CTOS Data Systems Sdn Bhd; https://ctoscredit.com
- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd; https://www.mycreditinfo.com.my

Mencari tip kewangan? Dapatkan artikel, infografik dan bahan ilmiah yang lain tentang pelbagai topik kewangan oleh AKPK di ask.akpk.org.my

*credit AKPK

17/09/2021

sharing is caring☺️☺️

Tahukah anda nama negara kita “Malaysia” adalah gabungan perkataan “Malays” dan akhiran Latin-Yunani “-ia” dan jika dite...
15/09/2021

Tahukah anda nama negara kita “Malaysia” adalah gabungan perkataan “Malays” dan akhiran Latin-Yunani “-ia” dan jika diterjemahkan menjadi “tanah orang melayu”.

Selamat hari Malaysia kepada semua admin ucapkan kepada semua rakyat Malaysia.

Tanpa mengira bangsa dan agama kita semua tetap satu.

“TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!”
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🤲🏻🤲🏻Alhamdulillah, semakin banyak permohonan perlu di uruskan.. siapa nak semak kelayakan boleh pm admin ok🤩
15/09/2021

🤲🏻🤲🏻Alhamdulillah, semakin banyak permohonan perlu di uruskan.. siapa nak semak kelayakan boleh pm admin ok🤩

9 Kelebihan Perbankan Islam Yang Ramai Orang Tak TahuPerbankan Islam yang menekankan konsep syariah adalah perkara penti...
15/09/2021

9 Kelebihan Perbankan Islam Yang Ramai Orang Tak Tahu

Perbankan Islam yang menekankan konsep syariah adalah perkara penting yang melibatkan kaedah, cara dan teknik sesebuah bank berfungsi. Itulah sebabnya kita Majlis Penasihat Syariah di Malaysia. Kita ada di peringkat tertinggi iaitu di Bank Negara Malaysia, di setiap bank pun ada panel penasihat syariah mereka yang tersendiri.

Ini bagi memastikan setiap gerak-geri bank adalah di atas landasan yang digariskan oleh agama Islam. Perbankan Islam akan memastikan keseragaman amalan dan setiap aktiviti kewangan yang dilaksanakan.

Tahukah anda, setiap perkara yang telah ditetapkan oleh hukum Al-Quran mahupun dalil hadis mempunyai kebaikan dan hikmahnya yang tersendiri. Ini termasuklah yang berkaitan dengan sistem perbankan dan kewangan.

Jom kita tengok kelebihan perbankan Islam yang memanfaatkan kita semua berbanding mengamalkan perbankan konvensional.

1. Dividen

Pembahagian dividen atas keuntungan diberikan berdasarkan keuntungan aktiviti jual beli. Sememangnya ia untung dan halal.

2. Dipantau Badan Bertauliah

Setiap saluran dana atau penyerahan dana yang mengikut syariah Islam akan diawasi oleh badan Pengawal Syariah.

3. Aktiviti Halal

Aktiviti yang terlibat adalah jual beli yang halal sahaja.

4. Kadar Purata Hasil Jual Beli

Penentuan kadar purata untuk hasil jual beli akan dibuat pada waktu akad, ia akan ditentukan mengikut keuntungan dan kerugian.

5. Sistem Muamalat

Sistem ini adalah berdasarkan jumlah keuntungan yang diperoleh, kemudian akan dikira kadar purata hasil jual beli.

6. Berlandaskan Syariah

Tidak ada gharar dalam setiap urusan iaitu perkara yang meragukan daripada segi sumber keuntungan setiap pelaburan dan jual beli yang dilakukan.

7. Kesan Ekonomi

Tahukah anda, hampir 40% rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perbankan Islam. Ini sekaligus turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

8. Wakil Dengan Produk Yang Lengkap

Kini kita ada pengendali takaful dengan modal yang besar dan kukuh, menawarkan servis serta produk Islamik yang amat komprehensif dan lengkap. Tiada lagi alasan untuk masih kekal dengan insurans konvensional.

9. Tanpa Riba

Ramai orang bukan Islam turut memilih perbankan Islam kerana ia lebih mesra pengguna, tidak ada riba dan menggalakkan keadilan sosio-ekonomi.

Meskipun perbankan Islam lebih fokus kepada penggunaan individu, tidak mustahil suatu masa nanti ia lebih cenderung ke arah perdagangan dan perusahaan. Kini ramai yang sudah sedar akan kepentingan dan kelebihan perbankan Islam dalam kehidupan seharian.

credit Majalah Labur

sop guys..
10/09/2021

sop guys..

Ringkasan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1-3 berdasarkan kemas kini 9 September 2021.

Rujuk Majlis Keselamatan Negara untuk SOP penuh.

Salam Jumaat semua..☺️
10/09/2021

Salam Jumaat semua..☺️

alhamdulillah, dah boleh datang jumpa admin di bank, nak jumpa kat mamak pun boleh sebab admin dah complete vaksin 😉😉😷😷
08/09/2021

alhamdulillah, dah boleh datang jumpa admin di bank, nak jumpa kat mamak pun boleh sebab admin dah complete vaksin 😉😉😷😷

𝟱 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 ‘𝗢𝘃𝗲𝗿𝗹𝗮𝗽 𝗟𝗼𝗮𝗻Pembiayaan semula atau bahasa anak muda overlap loan boleh merujuk kepada p...
06/09/2021

𝟱 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 ‘𝗢𝘃𝗲𝗿𝗹𝗮𝗽 𝗟𝗼𝗮𝗻

Pembiayaan semula atau bahasa anak muda overlap loan boleh merujuk kepada penggantian hutang sedia ada. Terma dan syarat pembiayaan semula mungkin berbeza dari satu insitusi kewangan ke satu institusi kewangan yang lain.
Overlap loan biasanya dilakukan oleh peminjam yang menghadapi masalah kewangan bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan mereka dengan tempoh yang ditetapkan untuk membayar hutang mereka.
Dalam konteks kewangan peribadi, pembiayaan semula hutang-hutang yang pelbagai menjadikan pengurusan hutang lebih mudah. Jika hutang faedah tinggi seperti hutang kad kredit disatukan ke dalam gadaian janji rumah, peminjam boleh membayar hutang yang tinggal pada kadar gadai janji dalam tempoh yang lebih lama.

1. 𝙋𝙖𝙠𝙚𝙟 𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙞𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣

Overlap loan memberikan kita pilihan pakej yang sesuai dengan kedudukan kewangan semasa dan dalam keadaan pasaran ekonomi negara semasa.
Kita akan membayar faedah yang tetap sepanjang tempoh pinjaman sekiranya memilih kadar faedah tetap. Namun, jika kita memilih kadar faedah yang ‘floating’, ianya akan berubah mengikut kadar pasaran semasa.
Kemudahan pembiayaan semula membolehkan kita menukar pakej pembiayaan mengikut kesesuaian yang kita mahukan.

2. 𝙆𝙤𝙢𝙞𝙩𝙢𝙚𝙣 𝙆𝙚𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣

Bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang agar kita dapat membayar ansuran bulanan yang lebih kecil.
Penjimatan ini kemudiannya boleh digunakan sebagai simpanan atau pelaburan. Jangan pergi buat hutang baru p**a.

3. 𝙁𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝘼𝙠𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜

Perubahan yang berlaku dalam KPA (Kadar Pinjaman Asas) akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman. Ini akan membantu kita mengurangkan ansuran bulanan pinjaman apabila pihak bank menawarkan KPA yang lebih rendah dan kompetitif.
Siapa yang tak s**a bila dikenakan kadar faedah yang lebih murah?

4. 𝘽𝙚𝙗𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙃𝙪𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah kewangan, overlapping loan dilihat sebagai salah satu cara penyelesaian masalah. Tempoh pembiayaan yang lebih lama akan menyebabkan bayaran ansuran bulanan menjadi lebih rendah.
Namun jika tidak diurus secara bijak, overlap loan ini sebenarnya dapat meningkatkan bebanan hutang kerana kita perlu membayar lebih dalam jumlah faedah secara keseluruhan bagi tempoh jangka masa yang panjang.

5. 𝙈𝙖𝙣𝙖 𝙋𝙚𝙧𝙜𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙇𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩?

Sekiranya kita mempunyai baki jumlah pinjaman rumah berjumlah RM200,000 dan nilai semasa rumah adalah sebanyak RM300,000, maka kita boleh membiayai semula 90% daripada 300,000 (iaitu 270,000). Kita boleh gunakan wang tersebut untuk melangsaikan pinjaman lain dan bakinya dijadikan simpanan atau buat modal untuk melabur.
Tapi ada juga ramai yang guna wang tersebut untuk membuat pelaburan dalam skim yang bukan-bukan yang kononnya menjanjikan p**angan lumayan. Malah ada yang juga yang membuat hutang baru dengan membeli kereta yang tak sepatutnya dibeli.
Oleh itu berhati-hatilah dengan wang yang secara tiba-tiba ada depan mata. Silap haribulan, bebanan yang lebih besar menanti kita.

Overlap Loan Bagus Jika Kita Pandai Kawal Nafsu

Kesimp**annya, overlap loan mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Kajilah sejauh mana overlap loan betul-betul dapat memberi faedah kepada kita.
Bagi mereka yang boleh kawal nafsu, memang terbaik dan boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mengurangkan bebanan hutang.

*credit majalah labur

Selamat pagi…🤩🤩☀️☀️☀️
04/09/2021

Selamat pagi…🤩🤩☀️☀️☀️

𝑲𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒎𝒊𝒕𝒎𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒖𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒏𝒅𝒂!!Sebelum ini kami telah kongsikan penerangan berkenaan penyatuan h...
04/09/2021

𝑲𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒎𝒊𝒕𝒎𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒖𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒏𝒅𝒂!!

Sebelum ini kami telah kongsikan penerangan berkenaan penyatuan hutang.

Untuk kali ini kami kongsikan lagi sekali berdasarkan kes sebenar pelanggan kami. En Ahmad ( Bukan Nama Sebenar ) agak resah kerana gaji bulanan nya habis untuk membayar komitmen sahaja. Tidak cukup untuk berbelanja apatah lagi menabung untuk kecemasan. Jika En Ahmad ingin berbelanja lebih atau kegunaan kecemasan beliau terpaksa mengunakan kad kredit atau meminjam dengan kawan.

En Ahmad berpendapatan RM3,300 sebulan.

𝑲𝒐𝒎𝒊𝒕𝒎𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑬𝒏 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 :
- 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒂𝒏 𝑹𝑴1,096
- 𝑻𝒆𝒓𝒎 𝑳𝒐𝒂𝒏 ( 𝑨𝑺𝑩 ) 𝑹𝑴489
- 𝑯𝒐𝒖𝒔𝒊𝒏𝒈 𝑳𝒐𝒂𝒏 𝑹𝑴1,019
- 𝑪𝒓𝒆𝒅𝒊𝒕 𝑪𝒂𝒓𝒅 𝑹𝑴13,373 ( 5% = 𝑹𝑴668.65 )

Jumlah bayaran balik bagi pinjaman sahaja RM2,604 yang sudah 79% dari gaji En Ahmad. Ini tidak termasuk bayaran minima kad kredit 5%, jika dijumlahkan kesemua nya RM3,272.65, 99.17% dari pendapatan En Ahmad. Bersih gaji yang dapat dibawa p**ang En Ahmad hanya RM27.35.

Setelah berbincang dengan En Ahmad, pihak kami sarankan supaya membuat penyatuan hutang bagi 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒍𝒐𝒂𝒏 dan 𝑪𝒓𝒆𝒅𝒊𝒕 𝒄𝒂𝒓𝒅 sahaja. Ini untuk memastikan En Ahmad mempunyai aliran tunai positif. Tidak perlu mengunakan kad kredit secara tidak terkawal dikemudian hari.

Jumlah satukan hutang RM103,512 ( Baki ) dengan bulanan RM1764.65. Dengan satukan hutang mengunakan pinjaman baru yang lebih rendah kadar faedah nya, En Ahmad memohon RM105,000 dengan bayaran balik bulanan RM1,144.29.

Jadi sekarang ini setiap bulan En Ahmad ada lebihan tunai sebanyak RM647.71. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu En Ahmad. Selepas ni masih boleh gunakan kad kredit secara berhemah.

*𝑺𝒆𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒂𝒏 𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒘𝒉𝒂𝒕𝒔𝒂𝒑𝒑

Address

Kuala Lumpur
50450

Telephone

+60105654759

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biaya Kendiri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share