Pusat Pungutan Zakat

Pusat Pungutan Zakat Pusat Pungutan Zakat Memudahkan Anda Berzakat

Layari zakat.com.my untuk khidmat KIRA,BAYAR & SEMAK

09/09/2026

Setiap ruang pertemuan membawa peluang untuk menyampaikan sesuatu yang bermakna.

Bersempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-65, PPZ-MAIWP berpeluang bersama wanita daripada pelbagai latar belakang dan bidang. Ada yang datang sebagai usahawan serta golongan profesional hinggalah aktivis dan penggerak masyarakat.

Peluang ini dimanfaatkan untuk berkongsi, mendekati dan terus memperluaskan kesedaran tentang kewajipan berzakat.

Kerana wanita hebat bukan sahaja bijak mengurus kehidupan dan keluarga, tetapi juga bijak mengurus rezeki dengan menyucikan harta serta berkongsi nikmat bersama mereka yang memerlukan.

09/09/2026

Akad bukan sekadar lafaz, tetapi amanah yang perlu ditunaikan.

Hari ini, 15 buah koperasi tampil menunaikan zakat perniagaan dengan nilai keseluruhan hampir RM8 juta melalui PPZ-MAIWP. Komitmen ini membuktikan bahawa kejayaan perniagaan bukan hanya tentang keuntungan, tetapi juga tentang bagaimana rezeki itu dapat dikembalikan untuk manfaat masyarakat yang memerlukan.

Semoga langkah ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi dan entiti perniagaan untuk menunaikan kewajipan zakat.



Terima kasih saudara ADAM CORRIE . Susuk tubuh yang sentiasa bersama PPZ-MAIWP dalam menyebarluaskan dakwah zakat.
08/09/2026

Terima kasih saudara ADAM CORRIE . Susuk tubuh yang sentiasa bersama PPZ-MAIWP dalam menyebarluaskan dakwah zakat.

Bisnes pun ada zakat tau!

Terima kasih Tuan Mukshar dan team dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kerana sudi berkunjung ke KOPIHUT serta berkongsi penerangan dan ilmu berkaitan zakat perniagaan.

Banyak perkara yang kami pelajari, khususnya tentang tanggungjawab menunaikan zakat dalam perniagaan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi peringatan buat kita semua rezeki yang diberkati, insya-Allah membawa lebih banyak kebaikan.

Terima kasih PPZ atas kunjungan dan perkongsian yang sangat bermanfaat.

PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN 15 KOPERASI, CECAH RM7.9 JUTASebanyak 15 koperasi menyerahkan zakat perniagaan berjuml...
08/09/2026

PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN 15 KOPERASI, CECAH RM7.9 JUTA

Sebanyak 15 koperasi menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM7,986,611.52 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, dengan serahan diterima Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman dan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah Rosli serta Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam Haji Yahya.

Komitmen berterusan koperasi dalam menunaikan zakat perniagaan membuktikan peranan besar sektor koperasi dalam membantu golongan yang memerlukan, sekali gus menjadikan koperasi antara hero asnaf Wilayah Persekutuan.

Bagi penerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, sumbangan ini amat bermakna kerana dapat membantu meringankan beban kehidupan, termasuk keperluan makanan, sewa rumah, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan harian.

Bantuan berkenaan turut memberi harapan kepada keluarga asnaf untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan membina masa depan yang lebih stabil.

Bermula Januari hingga kini, PPZ-MAIWP telah menyalurkan agihan zakat berjumlah RM739,150,720.00 kepada lebih 250,000 penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Agihan itu meliputi pelbagai bentuk bantuan, termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan kecemasan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan perumahan serta program pembangunan asnaf.

PPZ-MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua koperasi yang telah menunaikan zakat perniagaan serta bersama-sama membantu memperkasa kehidupan asnaf.

Terus tunaikan zakat anda melalui saluran yang sah dan membantu golongan asnaf supaya manfaat zakat dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dana zakat yang dikutip melalui PPZ-MAIWP akan terus disalurkan bagi membantu golongan asnaf menerusi pelbagai bentuk bantuan dan program pembangunan, dengan memastikan manfaatnya sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bermula dengan sebuah keprihatinan, terzahirnya ratusan senyuman.Alhamdulillah, Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) ...
08/09/2026

Bermula dengan sebuah keprihatinan, terzahirnya ratusan senyuman.

Alhamdulillah, Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP]] selaku Pemegang Wakalah MAIWP, dengan kerjasama PPZ-MAIWP telah menyantuni 100 keluarga asnaf dan pesara kerajaan melalui sumbangan Bakul Rezeki di Dewan Orang Ramai, PPR Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.

Di sebalik setiap Bakul Rezeki yang disampaikan, terselit harapan agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penerima, khususnya dalam memenuhi keperluan asas harian.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Bakul Rezeki dan cek cura secara simbolik oleh YBrs. Encik Muhamad Hafiz Abas, Pemangku Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP kepada YBrs. Pegawai Waran 1 (bersara), Encik Mohd Isa Bakar, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jalan Jelatek.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah YBrs. Puan Nur Haliza Abd Rahman, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran Digital PPZ-MAIWP serta YBrs. Puan Wan Maizatun Wan Hassan, Timbalan Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat MAIWP.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan KWAP sebagai Pemegang Wakalah MAIWP dalam menyantuni golongan yang memerlukan melalui sumbangan tambahan, di samping memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara KWAP, PPZ-MAIWP, MAIWP serta komuniti setempat.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab kepada kehidupan yang lebih baik dan membawa makna buat setiap keluarga yang menerima.

ZakatMenyantuni AsnafDibela

08/09/2026

BERMULA KECIL, MEMBESAR DENGAN KEBERKATAN

Setiap syarikat ada cerita permulaannya.

Begitu juga AK Training, sebuah syarikat yang bermula secara kecil dalam bidang latihan dan pembangunan, dengan fokus membantu individu serta organisasi meningkatkan ilmu, kemahiran dan potensi diri.

Daripada langkah pertama yang sederhana, AK Training terus membina kepercayaan, mengembangkan perniagaan dan melangkah ke tahap yang lebih baik.

Setiap pencapaian yang diraih hadir bersama usaha, komitmen dan sokongan daripada pelanggan serta pas**an yang sentiasa memberikan yang terbaik.

Namun, di sebalik pertumbuhan sesebuah perniagaan, ada satu perkara yang tidak seharusnya dilupakan… zakat.

Bagi AK Training, keuntungan bukan sekadar tentang angka di dalam akaun atau berapa banyak wang yang berjaya dikumpulkan.

Kadangkala, keuntungan hadir dalam bentuk yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit seperti urusan yang dipermudahkan, rezeki yang dilapangkan, pelanggan yang baik, pas**an yang semakin berkembang dan ketenangan dalam menjalankan perniagaan.

Kerana zakat bukan sekadar mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan.

Zakat adalah tanggungjawab. Zakat juga jalan untuk kita berkongsi rezeki dan mencari keberkatan dalam apa yang kita usahakan.

Buat syarikat-syarikat korporat di luar sana, jangan tunggu perniagaan menjadi terlalu besar untuk mula menunaikan zakat.

Bermula dengan apa yang kita ada. Tunaikan tanggungjawab. Insya-Allah, semoga setiap usaha terus berkembang dengan keberkatan.

Terima kasih AK Training atas perkongsian dan kesedaran yang disampaikan.

Anda s**a makan pedas? Haa, min ada benda panas nak bagitahu! Khas untuk anda yang mula pendaftaran baru atau tambah jum...
08/09/2026

Anda s**a makan pedas? Haa, min ada benda panas nak bagitahu!

Khas untuk anda yang mula pendaftaran baru atau tambah jumlah Potongan Zakat Bulanan (PZB) di PPZ-MAIWP. Kali ini kami nak bagi lidah anda 'berapi' tapi hati rasa tenang & lapang!

Tahu tak, yang anda sebenarnya berpeluang untuk dapatkan Baucar Ayam Gepuk Top Global bernilai RM6! Sambil bersihkan rezeki bulan-bulan, dapat p**a makan Ayam Gepuk kegemaran ramai.

Jadi, tunggu apa lagi? Level up your spiciness, level up your zakat!

Level up juga lah keberkatan gaji anda! 🌶️ 🔥

Tapi ingat ya... TERHAD KEPADA 5,000 PEMBAYAR TERAWAL SAHAJA. Siapa cepat, dia dapat!

Layari zakat.com.my/jompotong2026 sekarang !

07/09/2026

Perniagaan ada naik dan turunnya. Hari ini untung, esok belum tentu.

Sebab itu, ketika rezeki sedang luas, jangan lupa tunaikan amanah yang ada pada harta kita.

Zakat bukan sekadar tentang berapa yang kita keluarkan, tetapi tentang keberkatan pada rezeki yang kita usahakan.

Teruskan berzakat, demi asnaf.


06/09/2026

“Kenapa apabila kita ada masalah kewangan, kita cenderung untuk membuat keputusan yang salah?,”

Dengarkan mau’izah daripada saudara Imran Zaki

Semoga bermanfaat.

BARAKAH PIT STOP SANTUNI PEMANDU P-HAILING, E-HAILING DI KUALA LUMPURBarakah Pit Stop kembali meneruskan usaha menyantun...
06/09/2026

BARAKAH PIT STOP SANTUNI PEMANDU P-HAILING, E-HAILING DI KUALA LUMPUR

Barakah Pit Stop kembali meneruskan usaha menyantuni pemandu P-Hailing dan E-Hailing menerusi penyediaan ruang rehat serta sumbangan kewangan kepada golongan berkenaan.

Program Barakah Pit Stop @ Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq memberi tumpuan kepada kebajikan pemandu yang menghabiskan sebahagian besar masa di jalan raya dalam usaha mencari rezeki.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Turut hadir Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, M***i Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Ustaz Haji Ahmad Fauwaz Fadzil, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Is. Mohd Nizam Yahya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman turut hadir bersama rakan sinergi program termasuk Yayasan Food Bank Malaysia, F&N, Dunkin’ Donuts dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Barakah Pit Stop merupakan inisiatif kerjasama PPZ-MAIWP, Yayasan Food Bank Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak masjid bagi menyediakan ruang persinggahan kepada golongan yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.

Bagi siri kedua ini, MAIWP memperuntukkan RM350,000 bagi kos operasi Barakah Pit Stop serta RM150,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia sebagai NGO yang dilantik untuk menguruskan program berkenaan.

Dalam pada itu, PPZ-MAIWP menyalurkan dana wakalah berupa wang tunai RM100 seorang kepada pemandu P-Hailing dan E-Hailing yang hadir pada program tersebut.

Inisiatif itu diharap dapat menyediakan ruang rehat yang lebih selesa kepada pemandu P-Hailing dan E-Hailing, di samping menjadi platform untuk menyemarakkan budaya berkongsi rezeki serta memperkukuh hubungan antara institusi agama dengan komuniti.

Address

68-1-6, Dataran Shamelin
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pungutan Zakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Pungutan Zakat:

Shortcuts

Share