19/08/2023
3 KUALITI PELABUR BERJAYA
Berikut merupakan 3 kualiti penting yang harus ada dalam diri pelabur berjaya.
1. Ilmu
๐ Jumlah pendapatan yang anda perolehi daripada pelaburan saham sangat berkait rapat dengan tahap ilmu yang anda miliki.
๐ Maka, untuk berjaya dalam pasaran saham, anda perlu tentukan berapa banyak masa yang anda sanggup peruntukkan dalam mendalami ilmu pelaburan.
2. Keberanian
๐ Sangat penting bagi seorang pelabur mempunyai kualiti keberanian ini. Keberanian bermula apabila anda berani bertindak untuk menceburi bidang pelaburan saham ini iaitu berani mempelajari sesuatu yang baru.
๐ Selepas mempelajari ilmu pelaburan p**a, pelabur perlu berani mengambil risiko dan bertindak berdasarkan ilmu yang telah dipelajari.
3. Kesabaran
๐ Dalam pasaran saham, time is your friend. Sabar menunggu sehingga pelaburan anda matang yang akan buat anda berjaya membuat keuntungan dalam pasaran saham.
๐ Selain itu, sabar menunggu peluang juga penting bagi seorang pelabur. Anda tidak perlu paksa diri membeli saham setiap hari. Anda hanya perlu memasuki pasaran apabila jelas nampak peluang yang baik datang. Kawal emosi anda dengan bersabar.