07/03/2025
ISTERI MINTA FASAKH SEWAKTU SUAMI TERLANTAR SAKIT
Terkedu bila saya baca luahan wife ni. Tapi inilah hasil tekanan melampau bila ditimpa musibah.
Dalam hidup kita ni tak semuanya indah. Bermacam ujian sedang menunggu di depan.
Ketua dalam keluarga adalah suami. Tugas suami, mencari nafkah untuk isteri dan keluarga. Terutamanya nafkah kewangan.
Suami ni seperti nakhoda kapal. Sentiasa kena jaga stereng kapal supaya haluan kapal di jalan yang betul.
Kalau nakhoda sakit, macam mana nak jaga haluan kapal?
Begitu juga dalam hidup berkeluarga. Ketua adalah suami/ayah. Tapi kalau ketua sakit, siapa nak ganti cari duit? Tugas isteri ke? Atau keluarga suami?
Formula hidup ni mudah. Kita senang, orang sekeliling s**a. Kita susah, orang sekeliling lari. Masa ni baru kita tahu siapa kawan, siapa lawan.
Isunya sekarang adalah bukan tanggungjawab siapa tapi PERSEDIAAN APA ??
Sakit kritikal ni bukan perkara mudah. Risiko sakit ni ada pada semua orang. Tak kira kaya atau tidak.
Perit tahan sakit bukan kejap. Boleh drag sampai 10-15 tahun malah lebih. Masa ni kita akan gadai semua harta yang ada hanya untuk bayar kos sakit.
Boleh dikatakan punca utama kemiskinan di negara ini disebabkan sakit kritikal. Ubat kanser yang paling murah adalah berharga RM 6,000 dan boleh bertahan selama sebulan. Setahun memerlukan RM 72,000 untuk membeli ubat kanser sahaja.
Ubat sakit jantung yang paling murah ialah RM 1,000 untuk 10 biji. Sebulan perlukan RM 3,000 untuk membeli ubat sakit jantung. Setahun memerlukan RM 36,000 untuk kos ubat sahaja.
Ilmu menyimpan duit yang betul adalah dengan cara SECURE THE SAVINGS. Dalam kita simpan duit, kita perlu lindung simpanan tu supaya tak digunakan dengan cepat bila sakit.
Disebabkan risiko kewangan yang sebegini, diwujudkan takaful untuk jadi persediaan dan tangani masalah risiko ini.
Jadi semua, sediakan persediaan dari sakit kritikal. Lindungi gaji dan simpanan keluarga.
Takaful Sakit Kritikal adalah sangat penting. Ramai tak sedar hal ini. Harga takaful ni murah sahaja. Yang mahal adalah kesedaran kita. Serendah RM50 sebulan pon ada untuk kita.
Sekurangnya, sediakan nilai pampasan sama dengan 3-5 tahun pengganti pendapatan kita.
Boleh runding dan mulakan daftar bulan ini. Tenang tak perlu fikir bila kita dah ada Tabung yang kita dah sediakan.
Bukanlah kata perkara ni akan jadi pada kita, tetapi rata-rata, menganggap kita beban bila ujian seperti atas melanda.
Persiapkanlah diri kita, sekurang-kurangnya, duit menjadi tempat berpaut bila kita tiada tempat bergantung.